Di sudut sebuah bilik, aku termenung sendirian. Dunia ini ibarat putaran roda. Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah. Siapalah aku kan?, bisik hatiku. Semua memandang aku seakan aku tidak punya apa-apa. Mulut orang kan tiada sesiapa yang dapat jangkakan. Ada sahaja kata-kata yang akan mengguriskan hati ini. Dulu, aku dikagumi oleh kawan-kawanku tapi...sekarang aku dipinggir oleh mereka. Ya Allah, apa salahku? Kenapa dan kenapa?, jerit batinku.
Kawanku menghampiri aku tatkala air mata membasahi pipi. Aku menangis teresak-esak. Aku tidak dapat menerima hakikat itu. Aku ingin dihormati oleh rakan-rakanku. Namun, masih tiada lagi harapan untuk aku dihormati oleh mereka.
"Ami, aku tahu kenapa kau sedih, aku sendiri mendengar apa yang mereka katakan, kau jangan sedih lagi ye" tangan Nurdila memegang bahuku sambil duduk di sebelah aku.
"Dila, aku malu, mereka merendah-rendahkan aku seolah-olah aku ni tiada kelebihan langsung, aku jelah yang banyak kekurangan" luahku.
"Walauapapun kata mereka, kau kena yakin Allah telah memberikan setiap manusia itu kelebihan dan kelemahan yang berbeza-beza. Tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini. Lagi pula, berdengki itu tidak baik, apalagi dengan orang yang beriman"
"Kenapa kau cerita pasal orang beriman pula, dia tu beriman sangat ke?"
"Kita tidak tahu beriman atau tidak seseorang itu, itu semua kuasa Allah. Kita tak berkuasa satu hal pun. Namun, barangkali kerana keimanannyalah, kita menyimpan dengki terhadapnya. Usahlah kau kenang lagi kata-katanya. Dia juga manusia yang tidak lepas daripada melakukan dosa. Yang penting sekarang, kita memaafkan dia. Allah lebih tahu isi hati hambanya. dan Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa" kata Nurdila sambil menunjukkan doa mohon dijauhkan hati daripada hasad dengki.
"Terima kasih Dila. Aku rasa lebih tenang sekarang. Jom baca sama-sama doanya" aku dan Nurdila menadah tangan memuji kebesaran Illahi dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W lalu berdoa,
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
(Surah Al-Hasyr, 10)
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.