Thursday, June 18, 2015

Marhaban Ya Ramadhan 1436H




















Assalamualaikum para pembaca
yang dirahmati Allah dalam bulan yang penuh berkat,
bulan Ramadhan

Ingat Kembali Tujuan Puasamu di Bulan Ramadhan

KEWAJIPAN BERPUASA


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah, 183]



















(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [Surah Al-Baqarah, 185]


Puasa = Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari disertai dengan NIAT.

Syarat wajib berpuasa
1. Islam
2. Baligh (sampai umur)
3. Berakal
4. Tidak uzur syarie (spt haid, nifas, pitam sepanjang hari)

Syarat sah puasa
1. Islam
2. Berakal
3. Mumaiyyiz
4. Suci daripada haid dan nifas
5. Niat pada waktu malam (puasa fardu)
6. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
7. Berpuasa pada hari yang diharuskan

Rukun puasa
1. Niat
2. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari






               3. Surah Al-Baqara- Arabic Text
               4. Al-Baqarah Terjemahan Al-Quran



0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me