Tuesday, January 12, 2016

Liku-liku tahun 2015



Assalamualaikum semua!
Apa khabar? Sihat semua?

Terlajak sudah tarikh yang sepatutnya saya update kisah saya dalam tahun 2015.
tapi masih tidak terlewat kan?

oklah, serius tahun 2015 memang tahun yang sibuk.
lebih-lebih lagi bila sambung belajar dalam bacelor( degree ).
seperti sudah dimaklumkan dahulu, saya ambil jurusan Kejuruteraan Perisian bawah fakulti Sains Komputer. Hidup saya setiap minggu akan dibayangi dengan 'source code'. Soalan yang diberikan untuk siapkan 'source code' bukanlah mudah. Perlu menggunakan akal fikiran dan kelogikan akal.

Saya ni pula bukan mahir sangat. Perlu fikir berjam-jam untuk siapkan satu soalan.
Ada satu saat tu, kena tidur bangun tidur bangun untuk dapat ilham. Saya punyalah banyak berfikir sampailah masuk mimpi. Saya tidak tahu pula kalau orang lain macam mana. tetapi itu memang realiti yang saya hadapi sepanjang belajar subjek baru iaitu 'Programming'.

Sebabkan itu, saya memang akan banyak senyum dekat luar. Bila dengan kawan-kawan kami akan gurau semaksimumnya. Orang akan nampak kami seperti tiada masalah. Sebenarnya, kami sudah letih hadapi komputer, 'source code', pemikiran logik dan seumpamanya. Namun, seberat manapun tugasan yang diberi, kami masih boleh hadapinya kerana kami MINAT dan mungkin ada BAKAT dalam bidang ini.

Itu kalau nak cerita mengenai pelajaran khususnya.

Saya nak ceritakan pula tentang persahabatan.

Saya memang rapat dengan semua 'classmate' saya terutama 'first intake' sebab jurusan ini yang membuat saya begini. atau adakah itu tandanya saya sudah lebih terbuka? Mungkin. Jurusan ini membuat saya berkawan dengan lelaki dan perempuan. memandangkan lelaki lebih tajam pemikirannya, maka lebih mudah untuk bertanya kepada mereka. lagipun, kelas saya memang majoriti lelaki. perempuan hanya 13 orang, yang lain semua lelaki dalam 20 lebih macam tu. dan disebabkan bilangan perempuan sedikit, Kami amat rapat dan mudah untuk didekati. Saya sendiri rasakan hubungan kami rapat kerana sebelum ni saya memang tak rasa macam ni.

kehidupan saya banyak berubah. saya dah jadi pekerja dekat kiosk. jadi, banyak juga masa saya untuk kerja. selain itu, saya juga dah jadi pekerja kreatif di fiverr.com. dalam tempoh empat bulan, dapat satu 'client' dan kerjanya adalah buat video tutorial. bukan senang rupanya, lebih-lebih lagi kalau itu pengalaman pertama saya untuk menghasilkan video tutorial. buat pertama sekali, saya gunakan tripod. nasib kawan saya ada tripod tu untuk menghasilkan video yang statik.

alam kolej juga sudah berubah. saya perlu aktif untuk terus berada di sana. aktiviti yang saya boleh buat, saya akan cuba masuk. setakat ni, jadi ajk prop untuk sketsa dan pemantun untuk wakil blok. pernah juga cuba untuk jadi pemain bola baling tetapi tak ada rezeki.

itu tak masuk lagi soal cinta,
hmm, boleh dikatakan ada 3 orang yang dah buat saya tersenyum sendiri, siapa 3 orang itu? biarlah saya je yang tahu. bukanlah saya suka sekaligus tetapi berperingkatlah. seorang demi seorang saya tepis dan akhirnya pada hari terakhir tahun 2015, saya nekad untuk tinggalkan rasa suka saya pada mereka.

nak cerita memang banyak lagi, tapi cukuplah untuk saya ingat semua ini sebagai kenangan dalam tahun 2015.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me