Assalamualaikum pembaca yang saya sayangi,
Moga sentiasa dalam rahmat Illahi.
Semalam merupakan malam pewarisan atau secara ringkasnya perlantikan jawatan Majlis Tertinggi Mahasiswa bagi 2016/2017 iaitu untuk semester depan. Alhamdulillah, saya dilantik sebagai exco biro pembangunan usahawan.
Apa rasanya bila nama saya diumumkan untuk memegang jawatan ini?
Rasa tidak percaya, betul ke nama aku ni?
Sekali lagi, saya memegang jawatan besar seperti ni. Saya tahu tanggungjawab yang bakal saya tanggung. Tugas ni bukan kecil tapi besar. Tugas ni perlukan pengorbanan. masa dan tenaga saya. Tugas ni bakal menjadi sebahagian hidup saya. Tugas ini yang bakal menemani siang malam saya. Tugas ini yang akan membuat saya tahu erti kehidupan sebenar.
Masih saya teringat ketika saya memegang jawatan Pengerusi Pusat Sumber Sekolah ketika di tingkatan 5 yang merupakan tahun akhir saya berada di sekolah menengah. Waktu tu, banyak benda yang saya belajar. Tidak semua suka dekat kita, tak semua akan hormat pada kita, tak semua akan memahami kita dan tidak mudah untuk memimpin seseorang. Setiap kali hari Jumaat, kadang kala saya terpaksa balik lewat rumah ketika hari untuk pulang ke kampung. Siapkan laporan dan gantikan sesiapa yang tak dapat tugas di PSS. Keputusan perlu cepat dan tepat. Dan pernah satu saat saya berkata dalam hati, "Kalau aku tak mampu tanggung ni semua, bagaimana pula kalau sudah belajar di luar negara". Sebabkan pada waktu tu, saya nak belajar luar negeri maka saya cabar diri saya waktu tu dengan masa depan saya.
Selain itu, niat waktu tu nak jadi pengawas sebab nak terkenal. Sebab dulu saya ni pendiam, jadi saya nak tunjukkan pada orang yang saya ni pun boleh berubah jadi lebih dikenali.
memang saya dapat semua tu. dan betul ke niat macam tu?
dan akhirnya saya menyedari sesuatu apabila saya menjadi seorang penulis novel dan cerpen.
banyak orang mengkritik saya, menghentam saya untuk jatuhkan saya.
Saya kata pada diri saya "bahagia ke hidup kalau hidup untuk mendapat pujian?"
dan jawapannya tidak.
bila kita mengharapkan pujian atau dikenali oleh manusia semata-mata , hidup kita takkan tenang.
hidup dalam boneka senyuman yang palsu.
jadi, bila saya masuk ke Asasi, saya ingin membuat sesuatu tapi bukanlah kerana nak terkenal tapi kerana pengalaman. Sebab tu saya kata yang saya belajar dari pengalaman. pengalamanlah yang mematangkan kita.
Alhamdulillah, setelah itu saya sedar, yang hidup secara sederhana tanpa memikirkan mahu jadi popular atau pujian adalah hidup yang indah. Indah pada akhirnya.
Setelah itu, barulah saya dapat siapkan novel iaitu hasil pengalaman saya selama empat tahun mulai tahun 2012 (tingkatan empat).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya ceritakan sedikit tentang perancangan hidup.
perancangan yang terbaik adalah perancangan Allah.
selalu kita dengar "kita hanya merancang, Allah yang menentukan"
memang betul apa yang dikatakan.
dulu saya nak jadi ahli meteorologi atau lebih dikenali sebagai ahli kaji cuaca. itulah impian saya sejak tingkatan 1. nak tahu macam mana akhirnya saya ambil subjek Sains Komputer?
itulah perancangan Allah. lima tahun saya kumpul maklumat pasal ilmu meteorologi dan akhirnya saya redha dengan ketentuan daripada Allah. Waktu asasi masa ada booth untuk melanjutkan pelajaran, saya tak jejak langsung booth sains komputer. saya pandang dari jauh booth tu. memang tak terlintas langsung untuk ambil course tu. tapi bila saya perlu untuk isi borang nak lanjutkan degree dalam bidang apa, terlintas pula untuk ambil subjek yang saya tengah ambil sekarang ni. alasannya, fizik saya lemah, saya takut benda sama akan berulang. dan masa tu sem 3, pelajaran saya agak merundum. jadi saya buat solat sunat istikharah. (istimewa solat istikharah ni memang tak disangkal lagi, maka solatlah ketika kita perlu memilih). tanya banyak pihak, dan akhirnya saya letak course sains komputer sebagai pilihan pertama.
begitu juga dengan keputusan menjadi MTM. saya memang tak ada niat waktu mula-mula masuk kolej. bagi saya, biarlah saya berehat dulu daripada tanggungjawab lain. tapi menipulah untuk saya katakan yang saya tak rindu nak jadi pengawas PSS semula. sebab itulah permulaan hidup saya sebagai pemimpin. Jadi, setelah itu ketika saya perlu menghadiri satu kem kepemimpinan, kem ni banyak mengajar saya. tapi, ada jugalah terlintas, saya tak sanggup kalau beginilah caranya untuk jadi MTM. jadi, ketika itu saya ada bernekad sedikit untuk tidak menjadi MTM. seperti pengalaman sebelumnya, benda yang kita rancang tidak selalu menjadi kenyataan. Allah telah tentukan inilah yang terbaik untuk saya iaitu ada jawatan baru yang bakal saya pegang. sekali lagi saya katakan solat istikharah permulaannya.
dalam kedua-dua situasi yang saya alami, saya tidak pernah kecewa. malah, saya lebih bersyukur. sebab apa yang Allah beri pada kita, in shaa Allah yang terbaik untuk kita buat masa ini dan masa yang seterusnya. In shaa Allah inilah yang terbaik dan memberi kebaikan untuk kita dalam urusan agama, dunia, dan akhirat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kenapa saya cerita semua ni? tak takut ke kalau orang tahu kisah silam kita? tak takut ke orang ungkit kembali apa yang telah terjadi?
saya ceritakan untuk dijadikan iktibar pada semua yang hidup kita telah diatur oleh Allah.
qada'Nya memang tak dapat diubah, namun qadarNya mampu berubah, bermula dari tindakan dari diri kita sendiri.
sesuatu perkara takkan terjadi kalau tidak ada usaha dari kita. begitulah dengan kisah saya tadi. sebenarnya ada sedikit usaha yang saya lakukan untuk tercalon. saya mungkin takkan jadi MTM kalau tak hantar borang kan?
tapi kita tengok juga, mungkin itulah kehendak Allah, saya hantar juga borang dan melalui proses selanjutnya iaitu temuduga dan akhirnya pengumuman perlantikan jawatan Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi 2016/2017.
Alhamdulillah, moga hidup kita sentiasa dalam kasih sayang Allah.
Akan bersambung...
Program BPU >>
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.