Tuesday, January 1, 2019

Ready, Set, Go.. 2019

Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Canselor di Shaftbury Asteria, Cyberjaya

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi.

Hari ni saya nak berkongsi perancangan saya untuk tahun 2019. Haha...

Rasa seperti baru semalam saya tulis Azam tahun 2018. Alhamdulillah sedikit sebanyak saya mempraktikkan dalam hidup saya.

Kali ini, pastinya saya inginkan kelainan. Mungkin saya sudah ada sedikit pengalaman bagaimana caranya untuk menghadapi era umur 20-an. Ini kali ketiga untuk saya berada dalam era umur 20-an iaitu dengan usia 23 tahun.

Di usia ini, saya akan melangkah dari kehidupan kampus atau pelajar ke kehidupan kerja. Inshaa Allah.

Saya ada menyediakan Planner 2019 untuk saya catat semua aktiviti yang berlaku pada tahun 2019.

Planner 2019

Planner ini saya buat sendiri. Saya lebih suka membuat planner sendiri berbanding membelinya di kedai. Satu, untuk penjimatan. Jumlah untuk menghasilkan buku ini hanya RM8. Kos yang saya keluarkan ialah printing cover buku (berwarna) dan kandungan (hitam putih) yang ada dalam buku, pembalut buku, gam dan buku kosong yang mempunyai 200 muka surat. Nak dibandingkan dengan planner yang ada di pasaran, harganya jauh lebih tinggi sekitar RM20. Cukuplah ada ruang kalendar dan muka surat yang boleh dicatat, itu sudah cukup bagi saya. Kedua, saya membuat sendiri buku ni, jadi lebih bermakna. Saya juga ada buat untuk adik dan kakak ipar saya. Mereka menyukainya :)

Bagi yang menyukai design buku ini dan ingin membuat sendiri, boleh dapatkan di TheCottageMarket. Kalau nak saya buatkan, boleh juga. Tetapi saya hanya mengambil tempahan untuk sesiapa yang berada di sekitar Ipoh, Perak.

Jadi, apa perancangan untuk tahun 2019 ni?

1) Pelajari sebaik mungkin menjadi pekerja yang baik di tempat intern di MBI (1/2/19-18/7/19)
2) Lebihkan yang utama, kurangkan yang sampingan
ertinya: saya akan banyakkan masa dalam perkara yang berfaedah dan kurangkan perkara yang kurang faedah seperi sosial media. Jika sudah menjadi ibu bapa atau sudah berkeluarga, adakah kita banyak luangkan masa update status? Tidak bukan? Jadi begitulah. Praktik menjadi seorang dewasa.
3) Setiap hari sebelum tidur, rancang nak buat apa keesokan harinya
4) Travel to Turkey (inshaa Allah)
ertinya: kumpul duit lah sayang
5) Berniaga di kampung
ertinya: ada kerja part time dalam masa intern tu
6) Pastikan ada kerja walaupun bukan dalam bidang yang dipelajari di universiti
ertinya: apapun yang kita buat, mestilah konsisten! Yang penting halal
7) Lebih kepada kawan offline berbanding online

Rasanya itu sahaja plan saya.

Oh.. ada satu lagi. Ni plan mak saya.

8) Kumpul duit, ada rumah sendiri, barulah kahwin :)
Tetapi ini rasanya jangka masa panjang. Haha. Tapi dah kena start lah..

Selamat Tahun Baru semua.
Moga tahun ini lebih baik dan bersemangat.

ditulis pada: 1 Januari 2019

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me