Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik sudah lebih setahun saya bekerja dalam bidang Teknologi Maklumat iaitu bidang yang saya ambil ketika zaman universiti.
Serba sedikit pengalaman sebelum saya mendapat tawaran pekerjaan ini.
Saya pulang dari Turki adalah di hari di mana sejarah Covid-19 berlaku. Bagi saya, itu zaman yang paling gentir bagi semua penduduk di bumi. Pada 18 Mac 2020 iaitu hari pertama lockdown di Malaysia berlaku. Ketika itu, saya juga menimpa satu pengalaman yang sangat pahit. Saya punya perjalanan pulang ke Malaysia terpaksa ditangguhkan oleh syarikat penerbangan. Oleh demikian, saya terpaksa beli tiket penerbangan yang baru.
Setibanya saya di Kuala Lumpur International Airport (KLIA 2), tiada sambutan dari ahli keluarga. Ya, ia agak menyedihkan. Saya perlu tunggu selama 5 jam di lapangan terbang memandangkan tiada ahli keluarga terdekat. Mereka bertolak dari Taiping ke KLIA setelah saya menelefon mereka. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan ketika itu tiada lagi arahan untuk kuarantin di tempat khusus. Saya hanya kuarantin di rumah selama 14 hari.
Untuk memendekkan cerita saya, sebulan setelah berada di Malaysia. Ada satu tawaran dari kawan-kawan di aplikasi Whatsapp. Ketika itu, saya tidak berfikir panjang. Saya ambil peluang ini untuk memulakan zaman karier saya. Memandangkan duit tabungan saya memang 0 kerana telah digunakan sepenuhnya untuk ke Turki bagi program sukarelawan sebelum saya menamatkan pelajaran.
ALHAMDULILLAH
Saya lulus temuduga dan memulakan pekerjaan saya dari rumah sehingga 3-4 bulan lamanya. Serba sedikit tentang syarikat yang menawarkan pekerjaan kepada saya. Syarikat ini ialah syarikat yang baru membangun dan amat memerlukan kepakaran fresh graduate. Hal ini kerana syarikat yang baru membangun menawarkan gaji yang tidak tinggi namun lumayan untuk lepasan graduan seperti saya. Bagi saya, itu sangat bagus untuk saya mengumpul pengalaman sebelum saya bekerja di syarikat yang besar. Hal ini kerana syarikat lebih menumpukan pada pekerjanya kerana jumlah yang sedikit dan pada waktu yang sama, kita sebagai pekerja mempunyai masa untuk membangunkan kelebihan dan kebolehan dalam diri masing-masing.
Pada mulanya saya bekerja di Kuala Kangsar. Pejabatnya hanya rumah kedai tingkat 2. Dan setelah pejabat di Cyberjaya sudah siap dan boleh merentas negeri, saya berpindah ke Cyberjaya. Saya antara pekerja yang awal di syarikat itu dan sangat berharga. Hah gitu.. haha. Di Cyberjaya, pejabatnya lebih besar dan mempunyai 3 tingkat. Namun, hanya tingkat 1 (tingkat bawah sekali) yang digunakan. Setelah makin besar jumlah pekerja, tingkat 2 dan 3 akan diubahsuai dan digunakan.
Saya menyewa di bilik sebuah keluarga. Harganya mampu dibayar sekitar RM250 sahaja di kawasan Sri Kembangan. Saya memilih untuk menyewa jauh sedikit kerana tempat yang lebih tenang dan harga yang berpatutan berbanding di Cyberjaya.
Pengalaman Baru
Tidak dinafikan banyak pengalaman apabila bekerja. Ada yang sedih, ada yang stres dan ada juga yang gembira. Namun, teman LDR saya a.k.a kawan lelaki saya, Sinan, banyak memberi sokongan dari segi mental dan dia juga berpengalaman dalam alam pekerjaan. Terima kasih Sinan, hehe :)
Dalam setahun ni, saya sudah menepis rasa takut dibuang kerja, haha. Bagi saya 3 bulan pertama, mental tidak berapa kuat dan sering berfikiran negatif. Setiap kali saya ada membuat kesilapan, saya akan takut jika saya dibuang kerja. Jadi, cepat-cepat saya positifkan diri saya. Jika saya dibuang kerja, masih banyak rezeki di luar sana yang Allah sudah aturkan kepada saya. Bagi saya, tidak ada yang perlu takut, kita juga ada kebolehan dan boleh dikembangkan lagi. Yang penting, perlu percayakan diri yang kita boleh berdiri meski badai menimpa. hah gitu, haha. Dan satu lagi, jika tiba-tiba rasa malas, saya akan kata kalau tak kerja, nak buat apa. haha. dah memang tugas kita adalah bekerja, haha.
Kesimpulan
Bekerja di apa jua bidang, yang penting perlu ikhlas dan bersemangat. Pilih pekerjaan yang sesuai dan kita yakin boleh buat. Siapkan diri dari segi fizikal dan mental, inshaaAllah semua akan baik-baik saja. Tidak perlu memilih syarikat, kerana semua syarikat ada potensi tersendiri untuk kita mengembangkan bakat kita. Pilih teman dan kawan yang boleh sama-sama positifkan diri kita di saat cubaan datang. Keluarga juga penting memberi sokongan dan sudah tiba masanya untuk kita membalas jasa ibu bapa kita. hehe
Terima kasih sudi membaca pengalaman saya. Kalau ada soalan boleh tanya di ruangan komen.
Ada buat class programming tak
ReplyDelete