Monday, December 17, 2012

semangat untuk tekun belajar

Semalam, ayah saya membawa saya sekeluarga ke Batu Gajah untuk beli barang-barang keperluan untuk sekolah.. tahun 2013, hanya saya dan adik saya (Aqilah) bersekolah, abang saya dah masuk asasi di UIAM. Jadi semua bendalah kami beli, dari kasut, baju, singlet, 'pencil case' dan banyak lagi. semua benda ayah belikan untuk saya dan adik. saya tengok ayah saya tak pernah pun merungut harga tu mahal. saya nampak tanggungjawab seorang ayah kepada anaknya.. sebagai nafkah yang perlu diberikan anaknya setelah menjadi suami kepada seorang perempuan bernama isteri. sungguh terharu dibuatnya.. ayah, terima kasih sebab belikan kami keperluan untuk kami ke sekolah. hari ini pula, ayah belikan buku-buku kerja di sekolah masing-masing, saya di SMK Raja Perempuan Ipoh, adik pula di SMK Rapat Setia. Banyak juga wang yang dikeluarkan untuk membeli buku-buku ni. Perkara-perkara beginilah yang telah membuka mata saya. Membuka hati kerana selama ni ( sejak form 4) saya selalu main-main, kadang-kadang tu asyik tidur je dalam kelas bila mengantuk tanpa ada usaha untuk mengelakkannya, bila ada masa saya 'chating' dengan kawan-kawan di bilik prep. tu lah saya pada tahun ni.
Alhamdulillah, semangat untuk beristiqamah dalam belajar semakin meningkat. In shaa Allah, saya akan lakukan yang terbaik sepanjang tahun 2013. Mohon doanya teman..

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me