Dunia remaja merupakan alam pertengahan di mana memisahkan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa. bagi perempuan umur 16 tahun-18 tahun merupakan tahun akhir remaja. selepas ni tiada lagi pembesaran dari bentuk fizikal dan maksudnya ketinggian remaja perempuan hanya setakat ni, tiada lagi pertambahan tinggi dan ciri-ciri seorang perempuan sempurnanya telah terbentuk dalam diri kita. Pernah ke terfikir bagaimana perasaan apabila menjadi seorang ibu? adakah perasaan kita sama dengan mereka? jika kita merasakan apa yang dirasakan ibu kita, maksudnya kita telah matang. Apa yang perlu kita tahu, naluri seorang ibu memang kuat. bila kita menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki begelar suami, rasa tanggungjawab itu akan hadir. bila kita sudah matang, kita mampu melakukan apa sepatutnya kita lakukan tanpa perlu disuruh oleh orang lain. kalau masih memerlukan orang untuk suruh kita buat kerja, baru nak buat kerja...maksudnya belum matang. sebagai seorang yang matang, seorang perempuan itu sendiri akan rasa belas kasihan pada seseorang yang lain terutama kanak-kanak. kerana kita juga akan mempunyai anak pada suatu hari nanti..in shaa Allah. saya pernah bertanya kepada emak saya..."emak, apa perasaan emak bila bergelar seorang isteri..adakah emak dengan sendirinya inginkan seorang anak padahal seperti kita tahu keadaan seorang ibu saat melahirkan anak seperti nyawa di hujung rambut?..emak pun menjawab dgn ringkasnya.."memang perempuan, Allah lahirkan dalam hatinya untuk menjadi seorang ibu"...Betapa indahnya apabila kita dapat melihat bayi apalagi kalau bayi itu anak sendiri..
Jadi tiada masalah untuk menjadi seorang ibu muda jika telah matang untuk bertanggungjawab dalam semua perkara yang diambil bersama seorang suami.... jadi, adakah kita sudah matang?
sebelum memasuki alam dewasa, sebaiknya kita mendalami ilmu-ilmu yang bermanfaat agar kita tidak tersalah jalan. ketika dunia remaja lah kita perlu membuat keputusan apa yang akan kita lakukan apbila memasuki alam dewasa. renung-renungkan..sebagai ingatan kpd diri saya dan teman-teman..
meyda sefira--->pelakon syara azlin--->pilot
ustazah siti nor bahyah-->motivasi terkenal
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.