Monday, May 6, 2013

Doakan saya kawan-kawanku

walaupun ini exam kali ke4 saya duduki tahun ni, tapi debarannya tetap sama, tidak kurang malah kekadang makin laju. setelah 3 kali lepas saya lalui peperiksaaan, keputusannya tidak gempak. saya bersyukur namun saya tahu usaha yang saya lakukan tidak setanding dengan harapan yang saya inginkan. in shaa Allah, peperiksaan pertengahan tahun ni, saya cuba untuk tidak memandang ke belakang, hidup mesti ada peningkatan. saya sedar untuk mencapai sesuatu yang indah bukanlah perkara yang mudah untuk kita capai. perlukan usaha yang MANTAP! namun sesuatu itu tidak mustahil untuk kita capai jika kita benar-benar melakukannya. hati saya sentiasa mengharapkan yang terbaik, segala-galanya saya lakukan kerana berjihad di jalan-Nya. moga usaha yang bersulamkan keyakinan kepada-Nya, membuahkan hasil yang indah bak kepulan awan di langit. Aamiin

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me