Monday, April 7, 2014

Apabila Mindaku Berfikir

semenjak saya berada di tingkatan empat, saya suka sangat berfikir mengenai perbezaan lelaki dan perempuan. saya punya research, dengan buat sebuah novel. novel yang bertajuk 'Sungguh, Tulus Menyayangimu' adalah hasil daripada experiment saya mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan.


Jadi banyaklah saya baca dekat buku, internet, tanya orang, pemerhatian dan banyak lagi cara yang saya buat. experiment yang paling dekat ialah mak dan ayah saya.

serba sedikit yang saya tahu apa bezanya lelaki dan perempuan

1. lelaki tak suka besarkan hal-hal yg kecil TAPI perempuan suka besarkan hal yang kecil
contoh perbualan:-
  isteri: Abang, kenapa beli sos cili jenama pelangi?
  suami: Sos cili jenama Life dah habis. jadi abang ambil lah yang jenama ni.
  isteri: rasa dia tak sama, tak nak masaklah macam ni
  suami: yela-yela, abang pergi beli yang Life punya. (sos Pelangi ke, sos Life ke, asalkan sos cili, ish-ish, ni lah perempuan)

2. lelaki luahkan apa yang dia rasa melalui perbuatan TAPI perempuan luahkan melalui perkataan
contoh perbuatan:-
  suami: aku kena kerja kuat untuk sara hidup keluarga aku, walaupun hari ni hari Sabtu, harap isteri aku faham

  isteri: manalah abang ni, dah tak sayangkan aku ke, hari Sabtu pun nak buat OT

3. lelaki seorang yang fokus TAPI perempuan mesti fikir benda lain selain benda yang kena fokus
contoh perbualan:-
  isteri: kenapa beli kepak ayam pula, kan yang minta peha ayam tadi.
  suami: tadi yang minta kepak ayamlah
  isteri: mana ada (yeke.. tadi aku cakap kepak, hmm)

4. lelaki fikir menggunakan akal TAPI perempuan fikir menggunakan akal+emosi
contoh perbuatan:-
  isteri: tolonglah cari cermin mata yang, tadi yang letak dekat bilik
  suami: abang tengah cari ni, yang. mesti ada punya, mungkin yang salah letak, mungkin dekat ruang tamu
  isteri: abang takpelah tak rabun, sayang ni rabun, nanti macam mana nak buat kerja, kalau abang    boleh kemas rumah, masak sekali takpelah, ni semua yang kena buat, tak boleh rehat
  suami: takpe-takpe, nanti abang tolong sekali (perempuan macam ni lah, kalau cakap...meleret-leret sampai topik lain masuk sekali)

macam tu lah gayanya.. ni cuma pemikiran saya, kalau salah, bagi tahulah ye

dan hari ni saya terfikir...
kalau lelaki luahkan rasanya melalui perbuatan dan perempuan pula luahkan melalui perkataan,
 contohnya bila nak lauhkan rasa cinta:-

 perempuan berkata "saya cintakan awak"
 lelaki pula sentiasa menemani bila nak ke mana-mana TANPA berkata "saya cintakan awak"

macam mana boleh serasi dua insan yang berlainan jantina ni??

bagi sayalah, kalau lelaki tu ucapkan kata-kata manis(i love u, saya sayangkan awak, dll), saya boleh jatuh hati, kalau lelaki tu tunjukkan melalui perbuatan(belikan apa yg kita nak, bagi hadiah bila birthday, dll), saya juga boleh tertarik. sebab saya akan berfikir apa yang lelaki tu fikir.

contohnya: hari tu saya ada kata dekat ayah, saya nak beli telefon baru. lepas beberapa hari dia belikan untuk saya. saya terkejut dan terharu walaupun bukan jenis yg berjenama,tapi dia tetap nak belikan. dan semalam bila kami tengok berita tentang seorang remaja mati kerana terkena electric shock waktu charge telefon, ayah terkejut sebab telefon remaja yang mati tu, bukanlah jenis yang berjenama seperti yang dia belikan untuk saya. jadi beginilah perbualannya:

saya: habis tu kenapa ayah beli telefon tu? ayah sedih sebab saya tak ada telefon?
ayah: a'ah, ayah sedihlah bila kamu tak ada telefon, tu yang ayah beli juga

bila saya fikir balik, saya terharu sebab ayah cuba tunaikan hasrat anaknya yang ingin ada telefon sendiri. dan ayah pula, nak jadi orang yang pertama belikan telefon untuk anaknya, (maksudnya nak kelihatan perfect di mata isteri dan anak-anaknya walaupun ada kesempitan untuk tunaikan hasrat tu)

bagi lelaki pula, ada sesiapa boleh jawab, macam mana perasaan lelaki bila perempuan luahkan perasaan melalui ucapan mahupun perbuatan?


0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me