Assalamualaikum... Hai semua yang membaca. Hmm.. nampaknya tahun 2014 akan menyusul.. sepanjang tahun ini memang sibuk, tahun akhir di sekolah menengah. Ya saya budak Form 5 dan lepas ni menjadi gelaran budak lepasan SPM.
Di sekolah
Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Sebuah amanah yang perlu saya laksanakan. Dengan pelbagai jawatan yang disandang dan pula mengambil peperiksaan umum iaitu SPM. Saya dah cuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Turun naik markah memang dah jadi seperti makan roti setiap petang. Ada yang nyaris-nyaris gagal tapi saya cuba bersabar. Belajar bukanlah hal yang mudah. perlu menempuh pelbagai cabaran. Aktiviti yang diadakan di sekolah, saya cuba ambil bahagian. Kalau peringkat kelas, seboleh-bolehnya saya akan jadi wakil. saya juga telah masuk pertandingan mendeklamasi puisi peringkat zon di sekolah lain. setiap kali kena buat persembahan seperti rakan pembaca, saya akan cuba juga buat walaupun sibuk dengan pelajaran. Kalau nak fikir balik, memang stress sebab tidak semua seperti yang kita harapkan. Dan akhirnya, saya dah melalui semua pengalaman sedih, gembira dan pahit di sekolah ini, yang sudah lima tahun saya belajar.
Kawan-kawan
Tak dinafikan kehadiran mereka benar-benar menjadikan saya lebih matang. Bila nak selesaikan sesuatu masalah, saya akan mengenali rakan saya. Misalnya kawan yang mudah merajuk, kawan yang ego tinggi, kawan yang suka buat kecoh. memang mematangkan kita untuk menjadi lebih dewasa. mereka juga banyak membantu saya selama ini. semenjak di tingkatan satu saya mengenali mereka sebab kami seperti keluarga besar duduk di bawah satu bumbung iaitu asrama. mereka telah berjaya memberikan saya untuk yakin terhadap diri sendiri.
Keluarga
Emak dan ayah orang yang paling dekat dalam hati ini. walaupun sering berjauhan, saya tak pernah lupa untuk doakan mereka dan menelefon mereka. saya tahu dalam usia saya sebegini, saya banyak melukakan hati mereka. tapi saya dah anggap mereka seperti sahabat yang terbaik. segala duka dan tawa saya, mereka mendengarnya. kalau ada nasihat, sedalam-dalamnya saya memahaminya. tanpa mereka, saya tak mampu hadapi semua cabaran yang mendatang. saya perlukan mereka untuk menyokong pembelajaran saya, hobi saya, perasaan saya dan peperiksaan yang dilalui. Abang dan adik-adik saya tak pernah dilupakan. mereka memberi inspirasi kepada saya. sepupu saya juga, banyak bantu saya untuk selesaikan masalah peribadi.
Cinta
Terus terang saya kata, saya tolak tepi kalau ada orang nak ber'couple' atau seumpamanya. Fokus saya hanya pelajaran. sekolah saya semuanya perempuan, jadi keadaan ini membantu saya. walaupun kadang-kadang tu memang nak berbual-bual dengan lelaki, namunn saya menangkis perkara itu. Tahun ni, saya lebih selesa tidak ambil tahu soal lelaki. tahun ini lebih, saya berpegang pada prinsip "Kalau dah tiba masanya, jodoh itu pasti akan datang". dah tak perlu nak rapat-rapat dengan mana-mana lelaki, kalau hanya sakit hati yang dirasai. Keadaan yang sering kali menimpa saya sepanjang jadi senior iaitu saya perlukan seseorang untuk berkongsi masalah walaupun hanya mendengar, ia sudah cukup bagi saya. setiap orang mempunyai masalah, itu memang fitrah, dan itu membuat saya kesian untuk memanggil kawan saya mendengar masalah saya. Dan dari situ wujudlah surat-surat cinta. Surat-surat yang tak akan dibaca oleh sesiapapun. yang dituju hanya untuk bakal jodoh saya. walau siapa pun dia, saya menulis surat itu untuk dirinya apabila saya menghadapi masalah. dan sebenarnya cara itu yang membuat saya kuat untuk teruskan semangat walaupun disogok pelbagai masalah.
Jadi penulis
Tahun ni, saya ada hobi baru iaitu menulis cerpen dan novel. memang dah lama saya nak buat, tapi bila masuk tingkatan lima barulah betul-betul nak buat, sebenarnya di sebalik ini semua, saya disokong oleh kawan-kawan yang saya kenal di FB. mereka juga minat menulis. kami berkongsi idea dan dari situ hubungan persahabatan terjalin. dua lelaki dan dua perempuan. lepas tu, saya pergi bengkel penulisan antara negeri. seorang penulis ni banyak memberi sokongan. teruskan minatmu! dia ajar banyak cara dan tips. itu yang membuat saya bersemangat sekali, tahun ni saja sudah ada 2 cerpen, cerpen pertama saya hantar ke majalah sekolah dan penulisan2u. cerpen kedua saya hantar ke majalah MW. dan sekarang saya tengah tungkus-lumus siapkan novel pertama untuk masuk pertandingan MPH. memang sibuk dengan pelajaran, namun minat tetap minat. saya cuba juga curi-curi masa nak siapkan semua ni. pada awalnya, saya ingin meluahkan apa yang ada di fikiran ini, dan selepas itu saya cuba nasib untuk hantar ke penerbitan untuk diterbitkan dan dapat loyalti.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.