Alhamdulillah, hari ini kita dah masuk tahun baru. tahun 2014. Jadi apa harapan saya tahun ni? Jom kita belek-belek apa yang tercatat dalam buku Diari 2014, saya baru siapkan tadi..hehe
Sasaran saya pada tahun 2014 boleh dibahagikan kepada tiga
Pertama (1) Pembelajaran
- In shaa Allah, saya akan cuba fokus dalam bidang yang bakal saya ceburi.
- Gunakan masa sebaik mungkin.
- Ada study group
- Bertanya apabila tidak faham, dengan kata lain jangan malu bertanya kalau tak tahu sesuatu topik
- Berkawan dengan seseorang yang memang suka belajar, kawan yang tak pernah kedekut utk kongsi ilmu
- Beli buku rujukan yang sesuai, tanya senior-senior yang ada (kenalah berani sikit utk kwn dgn senior)
Kedua (2) Bersosial ikut cara yang ditetapkan syarak
- In shaa Allah, saya akan cuba berkawan dengan sesiapa sahaja, namun tetap menjaga tatasusila saya sebagai seorang muslimah
- Apabila bertemu, memberi salam dan bersalaman (kalau kawan perempuan)
- Bantu orang yang dalam kesusahan (tak cukup duit, terjatuh dll)
- Mengikuti kelab penulisan cerpen dan novel (in shaa Allah dengan Ana Muslim)
- Beriadah seperti bermain badminton apabila ada masanya (kalau kwn ajak pd masa yg sesuai, ikutlah sekali)
Ketiga (3) Pengurusan emosi
- In shaa Allah, saya akan cuba kawal perasaan jatuh hati atau seumpamanya
- Bila stress, saya akan berzikir dan berjumpa dengan orang yang betul (0rang yg boleh mendengar dan bagi nasihat sbg penyelesaian)
- Tak fikir benda yg remeh-temeh (tak besar-besarkan masalah yg kecil)
- Selalu telefon mak dan ayah
- Kalau rindukan seseorang (bkn keluarga), lepaskan dlm doa-doa
- Jaga hati dan perasaan diri dan juga orang lain
Semoga harapan ini tercapai dengan jayanya
Semuanya untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling saya
Asalkan niat betul, kerana Allah, in shaa Allah
semuanya akan dipermudahkan oleh Allah..
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.