Wednesday, December 18, 2013

Yes.. dah baca novel Jurutera Hati Saya



inilah novel yang baru saya beli sabtu lepas. syok tak terkira. at least tak menghampakan hati saya. sebab ada sesetengah buku tu, saya beli, yg 2nd hand lah, tak menarik hati untuk membaca. tapi untuk novel ni, saya akan beri 8 daripada 10 markah. tahniah penulis.
Memang sejak akhir-akhir ni macam tak ada idea nak lanjutkan cerita untuk novel saya, Novel Aku Jodohnya.. tetapi lepas baca novel Jurutera Hati Saya, ada semangat balik nak sambung cerita.

nak tahu cerita dia???

ceritanya macam ni, Melissa ialah seorang PA kepada Tuan Haji Bakri, di sebuah pejabat. Irfan, bos kedua yang terpenting di pejabat Melissa. boleh dikatakan bila PA Irfan tak ada iaitu Mimi, dia yang akan ganti tempat Mimi. Jadi Mel gelar Irfan Tuan Belum Haji. Sebabnya dia ada dua bos, iaitu Tuan Haji dan Tuan Belum Haji. sebenarnya antara Irfan dan Mel, ada sesuatu kenangan indah yang terlakar dalam minda dan hanya mereka sahaja yang mengetahuinya. mereka pernah mengenali antara satu sama lain iaitu semasa zaman sekolah menengah. Dulu Mel menaruh hati pada Irfan sampai bagi surat cinta pada Irfan. namun, surat itu diketahui oleh pengetua. Mel ingat Irfan bagi surat itu kepada pengetua. Pada hakikatnya, Irfan tak bagi pun. semenjak itu, Mel pindah sekolah dan lupakan Irfan. Pada hari pertama bekerja, Mel terkejut apabila mendengar nama Irfan. ya Irfan yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. Hubungan mereka seperti anjing dan kucing. jumpa sahaja mesti ada yang tak kena. suatu hari, Mel terjumpa dengan Taufik di gim, tempat yang selalu Mel pergi lepas habis kerja. sebelum ni, Mel pernah terjumpa di rauangan kamar pejabat Irfan, berbincang dengan Irfan. Taufik telah membawa Mel pergi ke klinik kerana kaki Mel terseliuh semasa membuat treadmill. bermula dari hari itu, hati Mel terpaut pada Taufik. Taufik juga begitu.

Irfan tidak tahu hubungan kawannya, Taufik dengan Mel. Yang pasti, emak Irfan ingin Irfan berkenalan dengan Melissa, gadis yang telah menarik hatinya untuk dijadikan menantu setelah terjumpa semasa mengadakan majlis di rumahnya. Irfan menyembunyikan hubungan sebenar dia dengan Mel yang memang tak sebulu bila berjumpa kepada emaknya. banyak kali, emak Irfan iaitu Cikgu Halimah bertemu dengan Mel. Mel tidak tahu yang sebenarnya Cikgu Halimah berkenan dengannya.

Semenjak itu, Irfan terbuka hati untuk rapat dengan Mel. sememangnya dia menyukai Mel lagi. Mel pula sudah menerima lamaran Taufik. hati Irfan hampa. sememangnya dia menyukai Mel namun tak berani meluahkan isi hatinya.

tetapi takdir tak mengizinkan Mel bersama Taufik selama-lamanya. walupun mendapat restu daripada mama dan papa namun nenek Taufik tidak mengizinkan.

Irfan seorang jurutera dan Taufik juga begitu. Itulah yang menjadi kriteria Suami pilihan Mel. tak disangka pula, akhirnya dia benar-benar mendapat seorang suami yg bekerja sebagai jurutera.

Dia ialah Irfan, yang dulunya dia cinta, dan akhirnya menjadi kenyataan. dia Jurutera Hati Saya...

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me