sebenarnya khamis lepas dia kena. waktu tu saya takut betul. takut berjangkit dengan saya. saya belum kena lagi.tambahan pula, hari sabtu nak pergi KL ada bengkel penulisan. jadi hati punya tak tenteram pada pagi khamis tu (23/1/14). seperti biasalah, saya mandikan dia pagi-pagi tapi bila saya nak basuh lengan dia, Ya Allah, apakah ini? ada bintik-bintik, bukan itu saja, bintik-bintik terkandung air. Apalagi saya basuh cepat-cepat badan dia dan lap dengan tuala. lepas tu, saya telefon mak. Saya tahu tu chicken pox sebab dia demam semalam harinya dan tak sia-sia belajar dekat sekolah macam mana bentuk chicken pox.(tak percaya? tgk balik buku teks.hehe..) saya beritahu emak yang adik kena chicken pox. mak pun gelisah, takut anak dara dia ni tak tahu nak jaga adik yang sakit tu. hehe.. pagi tu memang jadi berita tergempar dalam keluarga saya. waktu tu ayah pergi outstation, abang pula hantar mak kerja, dekat rumah hanya ada saya dan adik perempuan saya. ni dia bintik-bintiknya...
ni waktu mula-mula, hari khamis, bintik-bintik yang terkumpul hanya di belakang badannya belah kanan.
ni lepas 5 hari, banyak kan...
walaupun sakit, boleh juga main, hehe,
macam tu lah adik kakak, kuat semangat ye...
ni kalau tengok dekat-dekat
lupa nak kenalkan adik saya ni, dia lelaki dan lagi 2 minggu, hari jadinya ke-5, lima tahunlah adik saya ni nanti. nama dia Ahmad Baqir. dia anak bongsu tau. manjalah juga. biasalah kan... dia dah masuk pra-sekolah. kakak harap adik sihat, boleh tidur sebelah dia. <-- ni ayat adik perempuan saya. mereka memang rapat sangat-sangat. kalau ayat saya pula, hehe...kakak harap adik sihat, boleh hantar ke taska pagi-pagi. haha... takdelah sampai macam tu sekali...kakak harap adik sihat, kakak kasihan tengok badan adik yang bintik-bintik, kakak kalau boleh nak ganti mak jaga adik waktu malam-malam hari tu, tapi nanti kena jangkit, siapa pula nak jaga kakak yang dah besar ni... apa yang mampu kakak buat, kakak buat... sebab nanti pun kakak akan ada anak... ceh wah... enam tahun lagilah..
kenangan indah
ni dia adik perempuan saya dgn Baqir
tgk matanya... kakak tahu adik sayang kakak kan...
lepas mandi, kita orang main-main jadi model gitu...
haha.. cute kan..doakan dia sihat macam ni ye!!
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.