tahun ni genaplah enam tahun persahabatan saya dengan kawan-kawan saya semasa di sekolah rendah. (sek keb sg rapat). Alhamdulillah masih terjalin ukhwah antara kami. memang pernah buat reunion waktu tingkatan tiga, tapi tak ramai yang hadir waktu tu. tapi malam ni ramai yang datang. kami buat reunion di KFC Medan Gopeng. Ada 22 orang yang hadir. kali ni, saya buat kelainan sedikit. sebagai menghargai persahabatan, saya ingin sekali memberi mereka hadiah. Namun dek wang saku yang tak mencukupi untuk membeli hadiah yang mahal-mahal, timbul satu idea. saya buat penanda buku. bukankah lebih ikhlas jika berbuat demikian. (daripada hati gitu). tak jangka pula saya seorang sahaja membawa hadiah, yang lain hanya membawa diri. tak apalah, bukan wang ringgit yang saya mahukan, cukuplah sekadar mengetahui betapa saya hargai persahabatan ini. saya tidak menjangka seramai 22 orang akan hadir. saya hanya membuat 20 penanda buku. untuk kawan perempuan semuanya dapat penanda buku itu tapi untuk kawan lelaki, tak cukup untuk saya beri semuanya. jadi saya cari jalan supaya mereka tidak tersinggung. ini memang idea di luar jangkaan. kalau boleh saya tak mahulah jadi orang yang aktif malam tu, tapi keadaan betul-betul memerlukan saya berbuat begitu. saya membuat kuiz!! dan siapa yang dapat memberi jawapan yang betul akan mendapat penanda buku tu. Akhirnya selesai masalah saya. Lebih adil kan. kepada kawan-kawan saya yang membaca blog ini, saya ada ucapan untuk korang semua, i always appreciate this moment.. thank you so much...
ini sedikit gambar yang dapat saya ambil dan sayalah orang terawal yang datang dan yang balik.. sorry ya..
gambar ini saya ambil sebagai kenangan kita yang masih ada masa untuk enjoy, lepas ni busy lah kita dengan assignment di U.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.