Assalamualaikum...
Nak buat novel ni bukan senang sebenarnya. Ini pengalaman sayalah. Hampir setahun saya nak siapkan novel Aku Jodohnya (Sungguh, tulus menyayangimu) <--- ni tajuk baru yang saya rasa lagi menarik. Kadang-kadang tu bila ada idea, mood tengah baik, cepat saja boleh siapkan satu bab. tapi bila tak ada idea, nak siapkan satu ayat pun amatlah perit. haha.. memang betul... sampai dah nak putus asa. tapi kuatkan semangat, semangat itu datang kembali. kadang-kadang tu masa ulangkaji, dapat ilham, tapi waktu masa lapang, ketandusan kata. sebelum buat novel, fakta yang diberikan tu mesti betul. kita buat novel bukanlah sekadar suka-suka sebenarnya tapi untuk menyampaikan ilmu. bukankah lebih baik kalau berniat begitu? Dapat pahala kongsi ilmu dengan orang lain. Usah saya seorang penulis saja ingin menyampaikan ilmu, kalau tanya penulis lain pun, jawapan mereka mesti sama. Tapi dalam berfakta,cara penyampaian itu perlulah dalam keadaan santai. Baca novel bukan untuk menambahkan lagi beban yang sedia ada namun untuk meringankan sedikit beban.
Nak beritahu sikit pembikinan novel ni (macam buat filem pula, hehe)
Nampak tajuk pun macam alam perkahwinan kan, memang pun! lagi-lagi saya yang masih bujang ni. tapi sebabkan imaginasi saya tertumpu pada perkahwinan, jadi saya cuba untuk meluahkannya. saya punyalah cari maklumat pasal perkahwinan ni dekat internet, buku, dan orang sekeliling. macam buat research pula... sampaikan saya sendiri ingin mendekati alam perkahwinan ni. gatal rupanya saya ni, hehe.. tapi kena kuat imanlah.. makin dalam saya buat research, bab tengah-tengah buat research tu memang nak kahwin sangat.. tapi bila nak last-last research, barulah kita tahu betapa perlunya komitmen dalam alam perkahwinan ni.. maaflah ni cuma luahan dari hati. kepada lelaki-lelaki yang membaca, saya masih menjaga tatasusila sebagai seorang muslimah ya. novel ini masih dalam proses penyiapannya. harap bersabar kepada pembaca yang ingin membacanya. saya pun tengah bersabar nak tahu endingnya apa..
Mungkin ini novel pertama saya, jadi agak susah sedikit untuk menyiapkannya. sekarang ni bila tengok filem atau novel, barulah saya faham yang penulis dan pengarang ini amat hebat. mempunyai idea di luar pemikiran kita. saya memang tabik dekat penulis yang mampu menghasilkan banyak novel. ni rahsia sebenarnya tapi kami (penulis-penulis yang ada termasuklah saya) ingin pembaca tahu, kami rasa gembira bila karya kami dibaca. bukanlah wang ringgit yang kami harapkan sebenarnya (dah dapat tu, kira rezekilah ya), tapi kepuasan apabila dapat meluahkan imaginasi kami, cerita romantik kami, cerita sedih kami, cerita seram dan banyak lagi. sebab bagi kami itulah yang memberi senyuman kepada kami.. jadi kepada pembaca-pembaca terutama penggemar novel, hargailah karya kami... karya yang begitu istimewa terluah daripada hati kami sebenarnya..
nasihat yang bagus..kadang2 blank kejap 2-3 hari nak cari idea. sekarang byk idea ada yang hampir sama..nak cuba sesuatu di luar kotak tapi masih mempunyai nilai-nilai murni..eh, dah mcm belajar komsas pulak ^^
ReplyDeleteterima kasih.. tu lah kena lain drpd yg lain, barulah ada spesialnya karya kita drpd penulis lain
Delete