Thursday, February 6, 2014

Novel Sungguh, Tulus Menyayangimu 1 (pg 2 of 2)












Novel : Sungguh, Tulus Menyayangimu
oleh : Nabihah Taquddin

Bab 1 (2/2)


Lagi tiga bulan dia akan melangkah ke alam baru, alam rumah tangga. Dalam masa tiga bulan juga, emaknya menyuruh dia mengenali Ahmad Ilman dengan lebih rapat. Dari sudut kecil hatinya, dia tidak bersedia lagi untuk menjadi isteri orang. Usianya baru mencecah 18 tahun. Dia masih muda untuk berumah tangga.

 “Ilm, kau pasti nak kahwin dengan dia?” Zulfahmi bertanya kepada kawan rapatnya ketika makan tengah hari di kafe pejabat.
“Aku pasti Zul, lagipun aku tak mahu panjangkan lagi masa bujang, aku inginkan seorang teman yang akan setia mengharungi kehidupan ini bersama”
“Tapi aku tak rasa begitu, dia masih muda dan ingin menyambung pelajaran, takkan disebabkan Encik Fadhli, kau terus setuju”
“Aku dah nekad nak berkahwin dengannya sebelum orang lain mencintainya. Semenjak kali pertama aku melihatnya, aku dah jatuh cinta dengan keindahan akhlaknya. Wajahnya yang mempesonakan betul-betul membuat hati ini terpikat. Aku tak nak kehilangan seorang perempuan yang telah berjaya membuka hati ini semula untuk menerima cinta daripada seorang wanita. Aku dah berbual dengan Encik Fadhli untuk membantu aku membayar separuh bayaran pembelajaran Fyna dan tuan bersetuju. Alhamdulillah tuan memberi kepercayaan kepada aku untuk menjaga anak sulungnya. Kau doakan aku supaya semuanya berjalan lancar” panjang lebar Ahmad Ilman menyatakan hasratnya.
“Kalau begitu, aku akan sokong kau dari belakang. Tapi kau kena ingat, nak cari isteri ni, mesti cari kerana agamanya, bukan sekadar wajah. Wajah yang cantik tidak akan kekal selama-lamanya. Lambat-laun akan berkedut juga. Tapi kalau agamanya baik, ia akan kekal selama-lamanya”
 “In shaa Allah, dia seorang perempuan yang beragama. Lihat saja ayahnya, kalau ayahnya baik, maka baik jugalah anaknya. Aku yakin itu.”
“Pukul berapa kau nak jumpa dia, nak aku temankan?” kata Zulfahmi sambil menepuk belakang badan Ahmad Ilman.
“Kau tak payah susah-susah ikut aku, nanti kau pula kebas tunang aku”
“Aku bergurau je, nampak sangat kau sayang sangat dekat dia ya”

Suasana di bilik Nura Afyna begitu suram. Dia masih trauma dengan peristiwa itu. Kata-kata Syamira langsung tak dihiraukan. Langsir-langsir di dalam biliknya tidak diselaknya. Hatinya menjadi tidak keruan. Apa yang akan kawan-kawan katakan ya bila dapat tahu aku akan berkahwin?, kata hatinya. Jam di tangan telah menunjukkan pukul empat petang, dan lagi sejam, temu janji pertamanya dengan Ahmad Ilman akan menjadi sejarah dalam hidupnya. Dia tak tahu latar belakang lelaki yang tua enam tahun daripadanya. Selama ini, dia tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki. Sungguhpun tidak menyukai Ahmad Ilman, hatinya tetap berdebar-debar untuk menemuinya.
“Mira, nanti teman Kak Fi jumpa Abang Ilman ye, kakak gementarlah” dia memecahkan kesunyian di dalam bilik.
“Boleh je, nanti bolehlah Mira ngorat Abang Ilman sekali”.
“Orang suruh teman, dia nak ngorat pulak. Mana boleh, Ilman tu kakak yang punya, tengok jari ni dah ada cincin tunang” jarinya dibelek-beleknya.
“Ceh-ceh , hari tu kata tak sukalah tak cintalah, sekarang ni dah macam kakak yang punya, Mira pun tak nak Abang Ilman tu. Dekat sekolah Mira ada yang lebih hensem tau, lebih baik pilih mereka daripada Abang Ilman,” ketawa Syamira tercetus.
                        “Dah,dah. Tolong pinkan di belakang tudung ni” katanya sambil menggayakan selendang birunya.
Nura Afyna berjalan beriringan dengan Syamira. Dia memerhati keadaan sekeliling kedai makan. Kelibat Ahmad Ilman tidak ditemuinya.
            “Assalamualaikum” sapa seorang lelaki daripada arah belakang mereka.
            “Waalaikumussalam” serentak Nura Afyna dan Syamira menyahut ucapan salam.
            “Eh, Abang Ilman rupanya” tegur Syamira apabila memalingkan wajahnya ke belakang.
            “Maaf ya, jomlah kita ambil tempat” pelawa Ahmad Ilman kepada mereka.

Nura Afyna yang berbaju kurung tersipu malu, nasib baiklah ada Syamira sebagai peneman. Kalau tak dah lama dia menjerit kesukaan. Apa tidaknya, penampilan Ahmad Ilman yang kacak plus bersopan santun telah memikat hatinya yang dulunya keras seperti batu. Sememangnya waktu lelaki itu meminangnya, matanya agak kabur kerana terlupa memakai kanta lekap. Bila berjumpa untuk kali kedua, barulah terserlah keelokan wajah Ahmad Ilman. Dia duduk bertentangan dengan tempat duduk Ahmad Ilman. Secara tak sengaja, mata mereka bertelagah. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah tempat duduk adiknya. Syamira tersenyum-senyum melihat gelagat kakaknya yang malu-malu kucing itu.
“Fyna hari ni cantik sangat” pujian Ahmad Ilman benar-benar membuat pipinya kemerahan.
“Biasa-biasa saja” balas Nura Afyna tanpa memandang wajah Ahmad Ilman.
“Nak order apa, saya belanja Fyna dan kawan Fyna hari ini”
“Eh, ni adik Fyna, Syamira namanya” katanya sambil menggosok-gosok bahu Syamira. Syamira hanya tersenyum.
“Oh, sorry ya Syamira, nak makan apa?”
“Betul ke nak belanja ni, tak sia-sia Mira teman Kak Fi” serentak mereka bertiga ketawa.
“Fyna dan Mira nak kuetiau goreng dan ais sirap” katanya setelah berbisik dengan adiknya.
“Ok! Nanti saya orderkan” Ahmad Ilman menyambung bicara.
        “Dulu saya tak sempat menyatakan rasa cinta saya kepada Fyna” Ahmad Ilman bersuara memecahkan kesunyian beberapa minit yang lalu.
           "Fyna tak pernah menemui Ilman sebelum ini, bagaimana Ilman boleh jatuh hati kepada Fyna?”
“Mungkin Fyna tak perasan waktu tu, waktu kita pergi rombongan ke Karnival MAHA tahun lepas” Ahmad Ilman cuba mengembalikan ingatannya.
“Ada ya? Tak perasan pun” kata Nura Afyna dengan sambil lewa.
“Betul, kalau tak percaya tengoklah gambar ni, saya curi-curi tangkap hari tu” Beberapa keping gambar dikeluarkan daripada beg galas berwarna biru tua. Nura Afyna hanya tersenyum. Tak sangka ada juga yang berminat dengan aku ni, guraunya di hati.
“Dah percaya? Betul kan tu Fyna?”
“A’ah memang tu Fyna lah”
Mereka bercerita tentang hal-hal kecil dan tidak ada kena mengena dengan hari perkahwinan yang bakal mereka tempuhi. Percakapan Ahmad Ilman begitu lancar berbanding Nura Afyna. Setiap hari dia berkomunikasi dengan kawan-kawan sepejabat. Nura Afyna pula hanya duduk di rumah menemani emaknya yang tidak bekerja. Setelah berbual-bual, dia sudah mula mesra dengan tunangnya tetapi dia perlukan masa untuk menerima semua ini.


Ahmad Ilman menghantar Nura Afyna dan Syamira pulang ke rumah. Ketika mereka tiba di rumah, jam telah lewat senja. Ahmad Ilman menumpang rumah tunangnya untuk menunaikan solat Magribh. Encik Fadhli menjadi imam, mengetuai solat Magribh bersama makmum-makmumnya, Ahmad Ilman, Nura Afyna, Syamira dan Puan Mahirah. Selesai solat, Ahmad Ilman meminta diri untuk pulang. Dia bersalaman dengan Encik Fadhli. Sebelum pulang, dia sempat mengukir senyuman kepada Nura Afyna. Nura Afyna yang menyedarinya sudah berbunga-bunga hatinya serta tersipu malu namun pada waktu yang sama hatinya berasa geram. Dia tahu dirinya akan bergelar isteri kepada Ahmad Ilman tetapi tidak perlulah sehingga menunjukkan kemesraan di hadapan emak dan ayahnya. Emak dan ayahnya mungkin sudah berfikir lain mengenai hubungan mereka. Bukan semudah itu untuk dia menerima seratus peratus Ahmad Ilman. Lelaki itu perlu menggunakan cara lain untuk menambat hatinya. Hati ini sungguh berharga untuk dimiliki.

Tajuk karya ini dahulunya dikenali sebagai Aku Jodohnya 2

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me