Thursday, April 24, 2014

Alhamdulillah dapat matrikulasi

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Tadi dah check untuk kemasukan ke matrikulasi dan tingkatan 6

Tingkatan 6 ~~  http://apps5.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2014/index.cfm
(tak dapat)

Matrikulasi ~~  http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran
(dapat)

Alhamdulillah dapat matriks di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau lebih dikenali sebagai KMNs
KMNs tiada dalam pilihan saya masa memohon hari tu, tapi saya dapat ke KMNs
Pergi ke Negeri Sembilan??
Saya jarang pergi sana sepanjang hidup saya, kalau ada pun, pergi Port Dickson dan Nilai
Jadi, memang tak tahu langsung selok-belok di Negeri Sembilan
Saya pun mencari maklumat tentang kehidupan di KMNs untuk mengenali lebih sedikit pasal matriks ni, dan dapatlah tahu serba sedikit tentang KMNs

boleh baca blog ini untuk melihat aktiviti harian di KMNs

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/tips-ke-matrikulasi-kmns-terbaik.html

http://vanieylloworld.blogspot.com/2012/05/road-to-kmns-kolej-matrikulasi-negeri.html

http://nadodress.blogspot.com/2013/05/persediaan-matrikulasi-kolej.html


Saya belum mengesahkan kemasukan ke matriks, masih menunggu keputusan upu bulan lima ni

Harapan saya dapat masuk Pusat Asasi di UPM atau lebih dikenali sebagai ASPer (Asasi Pertanian).

Dan saya dapat maklumat tentang ASPer yang amat berguna jika mendapat Asasi dan Matrik (tak tahu nak ambil mana satu untuk sambung belajar)

http://www.xpresikuseven.com/2013/01/kelebihan-asasi-sains-pertanian-vs.html

Doakan yang terbaik bagi semua batch 1996, walau apapun keputusannya, itulah yang terbaik
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya

Yang penting niat mesti betul
Jihad di jalan Allah (Fisabilillah)

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me