Saturday, May 10, 2014

Baru lepas menonton filem 'Still 2'


Assalamualaikum semua pembaca

Semalam saya dan emak pergi menonton wayang cerita hantu Thailand (Still 2)
Sebenarnya ada lagi ayah dan adik-adik yang ikut kami sekali tapi mereka menonton filem Amazing Spiderman 2


Cerita Hantu? Tengok malam-malam pula tu. Di skrin yang besar, suara yang jelas! Biar betul mak!

Itulah reaksi saya pada mulanya.
Cerita ini rating 18, kerana seram, sedikit budaya barat dan lain-lain.
Waktu masuk pawagam, kamilah yang pertama masuk bilik pawagam. Dalam hati saya, tiada orang lain yang tengok ke?? Gila apa tengok berdua je, dahlah gelap. Lepas lima minit berlalu, barulah ada beberapa orang yang masuk. lega sikit hati ini. Kalau dikira-kira ada lah lebih kurang 20 orang yang tengok cerita ni.
Saya menonton filem ni di pawagam GSC Ipoh Parade.
Cerita ni bermula pukul 8.45 pm dan habis pada 10.45 pm



Sinopsis daripada saya mengenai cerita ni.

Cerita ini sebenarnya lebih kepada cerita cinta seorang wanita yang tidak kesampaian. Kalau kita tengok dekat gambar atas ada nombor 14,16,15,13. Nombor itu menunjukkan ada empat kisah hantu yang berlainan tempat dan masa.

cerita '14'
Nombor 14 dikaitkan dengan tarikh kejadian. Pada 14/X/XXXX, telah berlaku satu kemalangan yang berlaku di jalan raya. Kisah ni disebabkan oleh seorang lelaki playboy, dia 'date' dengan dua orang pekerja pada waktu yang sama. Perempuan pertama tulah yang jadi hantu sebab tahu yang bf dia sanggup tipu dia. Perempuan ni kemalangan di jalan raya semasa pulang dari tempat kerja pada waktu malam. Kemalangan ini termasuk lagi beberapa orang yang bersamanya ketika menaiki van pekerja. Jadi, hantu ni nak balas dendam dekat bf dan perempuan baru. akhir sekali, dua-dua mati dalam keadaan tragis.

hantu ni bermain sms dengan mereka dengan hantar gambar yg menakutkan, bila bf bagi sms kepada perempuan baru, sms tu tak sampai tapi diganti dengan sms lain.

cerita '16'
Nombor 16 dikaitkan dengan bilik pelacur no.16. Gf seorang lelaki telah ditarik masuk ke dalam kelab malam yang sunyi dari kesibukan kota. Jadi lelaki ni nak selamatkan gf dia dengan membayar seorang pelayan lelaki supaya membantunya membawa keluar gfnya yang bernombor 16. Namun, nasib malang, rancangan mereka diketahui oleh bos kelab malam tersebut. Mereka telah dibunuh. Jadi, setelah sekian lama kelab malam tidak berhuni, dua orang remaja datang ke sana kerana diajak seorang lelaki yg baru mereka kenali (dia nilah hantu lelaki yg kena bunuh tu). Pada pandangan mereka, kelab malam itu masih hidup. Jadi, hantu boss dan hantu lelaki bersama hantu gfnya nak balas dendam dekat pelayan lelaki tu. last sekali, dua orang remaja tu pun kena bunuh.

dalam seram-seram, cerita ni ada unsur lawak juga, memang gelak habis dalam pawagam.

cerita '15'
Nombor 15 dikaitkan dengan nombor bilik hotel. Satu hari ni, seorang perempuan seksi sudah tertarik dengan seorang lelaki kaya. ketika dalam bilik hotel yang bernombor 15, perempuan ni telah menetak lelaki kaya ni sebab tak sanggup untuk tidur bersama. lelaki ni marah apabila perempuan ni telah menyebabkan kepalanya berdarah. jadi, semasa perempuan ni melarikan diri, lelaki ni telah menolak perempuan ni sampai jatuh tangga. mayat perempuan ni telah disimpan di dalam air-cond. Hantu perempuan ni nak balas dendam dekat seorang remaja lelaki yang ada masa dia meminta tolong tapi lelaki remaja ni tak tolong dia pun. akhirnya lelaki remaja ni, mati jatuh tangga juga.

gambar filem 'Still 2' ada kaitan dengan cerita hantu ni

cerita '13'
Nombor 13 dikaitkan dengan cd no. 13. cd ni dimainkan ketika pasangan suami isteri ni sedang menari. Kisah bermula apabila suami mengetahui isterinya masih melakukan pekerjaan lama iaitu menjadi pelacur. Isteri dia telah hamil dengan lelaki lain. suami terlalu marah sehingga membunuh isterinya hidup-hidup. hantu isteri tidak dapat menerima apabila suaminya mahu membakar mayatnya. lalu, dia membalas dendam dengan melakukan perkara sama yang suaminya lakukan masa membunuh dia, malah lebih tragis. walaupun suami ni diseksa dengan bermacam-macam dia tetap tidak mati. selepas sudah teruk diseksa, dia terus membakar isterinya dan masa dia bakar, dia teringat kembali macam mana isterinya suruh dia tinggalkan daripada menjadi sami untuk bersama dengannya. setelah mayat habis dibakar, dia pulang dengan menaiki keretanya. dalam perjalanan, hantu isteri pecahkan cermin depan kereta sehingga kereta itu remuk. ambulans membantunya kerana dia masih hidup. pihak polis memeriksa bumper kereta dan mendapati ada mayat isterinya yang telah dibakar namun masih dalam keadaan tidak terbakar langsung. akhirnya, dia dimasukkan ke dalam penjara. Dalam penjara tu pula, hantu isteri masih ada. tapi hantu isteri tidak lagi menyiksanya namun menyatakan mereka telah berjanji untuk bersama selamanya dan dia tidak boleh hidup tanpa suaminya.

dalam seram-seram dengan patah tangan,lidah dicarik,kulit disiat, cerita ni akhirnya buat hati tersentuh, boleh buat orang sedih

Itulah ceritanya. Mungkin ada sedikit kekeliruan. Maaf sangat sebab tak ingat nama watak. Tapi dalam banyak watak tu, ada beberapa watak yang mukanya seakan artis malaysia dan korea. artis malaysia seperti Bront Palarae dan Gambit. artis korea seperti Choi Tae-joon.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me