Monday, April 7, 2014

Syok luahkan perasaan

begitulah tajuknya untuk peristiwa hari sabtu yang lepas (5/4/14). Baru hari ini ada masa nak bercerita. semalam pun sibuk sebenarnya. Tapi cerita semalam kita cerita lain kali. Sabtu yang lepas, saya, sepupu saya(Shafiqah) dan adik saya pergi ke ipoh parade. Tak adalah jauh sangat tapi apa yang spesialnya kali ni, saya yang bawa kereta waktu perjalanan ke sana. percaya tak? hehehe. saya cuma bawa kereta untuk ambil sepupu saya lepas tu, mak saya yang ambil tangan. dia risau saya bawa kereta ke ipoh parade. saya kan budak baru dapat lesen P. 

Mula-mula kami ke kedai novelhut, kedai buku terpakai untuk beli novel yang saya idamkan tapi tak jumpalah buku tu(pudarnya pesona cleopatra dan coke n sundae). lepas tu pergi kedai buku popular, cari buku yang baru sikit dan jumpa pun akhirnya buku novel Kala Cinta dan Wahyu Bersatu (sekuel kepada warkah cinta berbau syurga). sebenarnya nak beli novel warkah cinta tapi harganya jauh lebih mahal. jadi saya beli novel ni. sekuel pun sekuel lah.. peduli apa kan..asalkan boleh layan..
  


dekat sana kami berpecah dengan mak. kalau bertiga kan lagi best. lebih privacy. jiwa kami pun lebih kurang sama, yelah remaja lah katakan. tempat permainan pertama kami pergi ialah pusat main bowling. main satu game pun dah cukup. lawan dengan tiga orang. kami main dengan penuh gayanya, penuh saspen, dan penuh jenaka, haha, kalau bola masuk longkang tu, jangan katalah, memang wajib berlaku. tapi yang paling menggembirakan, orang bertuah yang dapat nombor satu ialah.... jeng,jeng,jeng,... sayalah orangnya, tempat kedua sepupu saya dan terakhir adik saya. nampak gayanya saya seorang je yang gembira jadi kami pun keluar dari pusat bowling tu untuk cari aktiviti lain yang lebih seronok.



kali ni kami masuk tempat permainan kanak-kanak. lawak kan, kami ni nak rasa macam kanak-kanak baliklah... yang penuh dengan kegembiraan, ye ke? tak tahulah
permainan pertama yang kami main ialah racing car.. broom,broom, tekan pedal minyak je, boleh tahanlah... sebab dah pernah bawa kereta jadi terujanya sikit je lah
lepas tu naik racing motor pula, motor kapcai tak mainlah, motor sportlah, priiit...
goyang kanan, goyang kiri, pergh.. asyik!! Sebabnya kami ni tak reti naik motor in real life
adik saya ni pula teringin naik basikal, memanglah letih akhirnya, kena kayuh laju-laju, kalau tak kayuh, kalah lah jawabnya...



niatnya nak main game yang menari sambil pijak petak yang berlampu.. teringat pula waktu kecil-kecil dulu.. tapi bila difikirkan balik... malulah, nanti ada pula ambil kesempatan.. huh seram

memang tak puas main dekat sini, jadi kami pun mengelilingi semua ruang mainan yang ada, dan kami menjumpai permainan yang sangat adventure, apa namanya pun tak ingat, tapi permainannya kena tembak pirates yang ada dekat skrin permainan tu. memang feeling main game ni, siap bergegar kapal laut yang kami naiki. 



waktu pun dah pukul 3 petang, jadi kami ke surau untuk solat zuhur. tak tahu pula dah renovate. memang cantik surau ni. selesa sangat. dekorasinya juga bak berada di lobi hotel. dengan air-condnya. tapi bukan itulah tujuannya. cuma baguslah buat surau yang selesa. jadi tak ada alasan ya untuk tidak beribadat. walau sesibuk manapun kita, ingat tujuan utama kita iaitu beribadat kepada Allah. nak berseronok tak salah, tapi jangan sampai melalaikan.. 



kami bercadang nak keluar lagi sekali sebelum masuk universiti. tempat yang wajib pergi nanti ialah game tembak pirates tu, memang tak sempat nak main lagi hari tu. harapnya dapat pergi..


0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me