Thursday, October 16, 2014

Sayangnya seribu kali sayang

Assalamualaikum..

terutamanya kepada pembaca setia blog ini
yang tidak henti-henti menanti post terbaru daripada saya

tajuk kali ini "sayang seribu kali sayang"
sayang dekat siapa?
sayang dekat kekasih ke?

tak..tak.. jangan salah faham
sayang di sini mengenai gigi saya saat ini

isnin yang lepas saya pergi ke klinik gigi. gigi geraham saya dah bengkak. dah tiga hari menanggung kesakitan. teringat kata ustazah saya dekat sekolah dulu, :"sakit gigi ni...adalah yang ketiga sakinya daripada kesakitan yang amat sangat iaitu setelah sakit ketika menghadapi sakaratul maut dan sakit untuk melahirkan anak"
Bukan  main-main sakit gigi ni. Sebabnya sakit gigi ni melibatkan saraf.

Dah terlanjur cerita pasal saraf ni, saya terpaksa mengakui yang saya gagal menjaga gigi saya. gigi geraham saya sudah rosak. kata doktor, saya perlu pilih antara dua pilihan. Satu cabut gigi dan kedua, menjalani rawatan saraf. dua-dua saya tak sanggup.
mengenangkan kembali saat gigi 'canine' saya dicabut tujuh bulan yang lalu, saya tak sanggup nak menghadapinya lagi. nak buat rawatan saraf pula... YA ALLAH... lagilah tak sanggup..siap bedah saraf pula..jadi apa-apa macam mana?

Tapi itulah akibat yang perlu saya tanggung. Tak jaga gigi, malas gosok gigi..
Sambung balik cerita pergi klinik Isnin lepas, doktor memeriksa gigi geraham saya dan katanya tampalan gigi telah pecah. Jadi dia gerudi tampalan tu sehingga terkena saraf gigi. Rasanya... hanya Allah yang tahu. Air mata dah mengalir. Doktor hanya mampu berkata "sabar ye dik, sikit je lagi" selepas itu, dia buat tampalan sementara di gigi tu. Dah selesai semua, barulah dia beritahu saya mengenai dua perkara yang masih menjadi tanda tanya kepada diri saya sehingga hari ini. Rawatan saraf hanya boleh dibuat di klinik swasta. Cabutan gigi boleh dibuat di hospital kerajaan.

Keluar daripada bilik rawatan, saya terus menelefon mak dan ayah saya. Saya luahkan apa yang saya rasa pada mereka. Ayah saya kata minum susu banyak-banyak sebab dia dah pernah kena. Dulu pun, ayah saya pilih cabut gigi daripada rawatan saraf. Mak pula kata habiskan antibiotik yang saya dapat. Yang pasti, mereka kata kita ada pilihan lain. Iaitu minum susu banyak-banyak (susu disini bukan susu tepung biasa tapi susu 'Anercal'), gosok gigi setiap kali makan, kumur dengan mouthwash dan flos gigi.

Kalau pilih 'cabut gigi',
gigi geraham akan kehilagan satu kawannya.
gigi geraham fungsinya amat penting
nak tak nak gigi palsu perlu dibuat
nanti nak gigit pun susah...

Kalau pilih 'rawatan saraf',
gigi geraham selamat tak perlu dicabut,
tapi pembedahannya bukan sekejap tapi berjam-jam,
kena pergi beberapa kali pemeriksaan,
harga rawatan.. memang mahal ikut struktur gigi,
selepas pembedahan ada implikasi,
adakalanya gigi akan menjadi hitam,
dah hitam mestilah buat 'crown',
crown ni pun ikut jenis,
nak cantik...mestilah mahal

Jadi, saya masih berharap gigi saya tak perlu dibuat rawatan saraf mahupun dicabut
sebab saya sayang gigi saya
hargailah gigi anda sebelum dia rosak
dimakan bakteria..

Jangan jadi macam saya.. gigi dah rosak barulah ada kesedaran
harapnya ini kesedaran yang sebenar-sebenarnya
In shaa Allah


2 comments:

  1. Replies
    1. ngilu lg orang yang merasainya...
      sorry buat akak ngilu, cuma nak share pengalaman

      Delete

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me