Saturday, January 24, 2015

Semester tiga a.k.a semester akhir Asasi Pertanian

Assalamualaikum pembaca semua,

Alhamdulillah sudah lepas semester satu dan semester dua di UPM sebagai pelajar ASPer. Maksudnya sudah lapan bulan belajar di sini. Dan lagi empat bulan untuk menghabiskan pembelajaran saya sebagai pelajar ASPer. Sudah seminggu dalam semester tiga. Pensyarah juga sudah berubah. Di sini pensyarah yang mengajar kita untuk setiap semester adalah berbeza-beza kecuali kalau pensyarah untuk sesuatu subjek itu terhad, barulah pensyarah tidak berubah. Saya masih dalam sesi mengenali pensyarah baru. Mudah-mudahan lebih memahami cara pembelajarannya.


















Perkara utama yang ingin saya katakan di sini ialah tujuan hidup saya. Saya nak ingat kembali janji yang pernah saya katakan ketika menyambung pelajaran di sini. Terkadang saya lupa, saya di sini belajar bukannya untuk bermain. Sama sahaja sebenarnya belajar di sekolah ataupun belajar di sini. Jihad fisabilillah itu berterusan. Dulu, masih saya ingat kata ayah saya, ketika saya berada di tingkatan satu, kata ayah "Dulu waktu ayah sedang belajar nak hadapi peperiksaan, ramai kawan-kawan ayah asyik sibuk bermain gitar, tetapi bila dah habis peperiksaan, gitar tu tak sentuh pun". Apa yang ayah cuba sampaikan adalah ketika peperiksaanlah ramai yang nak main-main tapi bila dah habis peperiksaan terus tak main-main sebabnya keputusan tidak cemerlang.
Masih lagi saya teringat kata emak ketika saya berada di tingkatan tiga, kata emak "Dulu emak nak sambung tingkatan empat pun mak dah tak ada siapa nak tanggung belajar emak, tapi alhamdulillah cikgu mak nak tanggung pembelajaran emak sebab cikgu emak tahu emak pandai cuma tiada orang nak pedulikan emak". Maksud emak di sini ialah dulu emak susah sampai orang lain yang tolong emak untuk teruskan pembelajaran tapi sekarang saya ada emak dan ayah yang mampu untuk membiayai pembelajaran saya dan adik-adik.
Masih lagi saya teringat, emak ada kata dekat saya yang saya dibesarkan ketika ayah tiada apa-apa. Ayah sambung belajar degree untuk meningkatkan taraf hidup. Ayah belajar tanpa bergaji. Emaklah yang kerja seorang diri untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah, sekarang ayah dapat gaji yang mampu menanggung kami berlima di rumah. Semuanya bermula dengan pengorbanan.

Dan yang terakhir, sebelum ayah dan keluarga saya hantar saya ke UPM, ayah sempat memberitahu, "Yang penting kita redha dengan apa yang kita dapat". In shaa Allah ayah dan emak. Anakmu ini sedang berusaha dan terkadang anakmu ini terlupa akan janjinya terhadap dirimu. Ingatkan anakmu ini bila terlupa.

In shaa Allah, untuk semester baru ini, saya ingin berubah untuk menjadi lebih matang seperti emak dan ayah saya yang begitu bersabar dalam membesarkan abang, saya dan adik-adik. Kejayaan yang ingin dikecapi tidaklah mudah. Sudah emak dan ayah teladankan kepada saya yang kejayaan itu perlu ada pengorbanan, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan. Doakan saya dan kawan-kawan saya di sini dalam meneruskan jihad fisabilillah di UPM.

Ya Allah, sungguh besar pengorbanan emak dan ayah membesarkan aku dan adik-beradikku. Jagalah mereka untukku.
Ya Rahman, peliharalah kami sekeluarga dan orang sekeliling kami.
Ya Rahim, tunjukkan kami jalanMu yang lurus dan permudahkanlah urusan kami .

Aamin.

1 comment:

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me