Assalamualaikum semua pembaca
yang disayangi
Memandangkan pembelajaran saya di UPM sebagai pelajar ASPer 2014/2015 sudah selesai bulan Mei yang lalu, dapatlah saya menggantikan kembali cuti-cuti sekolah ketika tahun 2014 yang tidak sempat saya bersama-sama dengan orang yang saya sayang iaitu adik-adikku.
seperti cerita-cerita yang pernah saya kongsikan dalam entri sebelum ini, saya mempunyai dua orang adik. seorang perempuan dan seorang lelaki. Mereka berdua sebenarnya anak bongsu dalam keluarga saya. Maklumlah jarak antara mereka amat jauh iaitu sepuluh tahun. sempatlah adik perempuan saya ('Aqilah) menjadi anak bongsu dalam keluarga selama sepuluh tahun. kemudian lahirlah adik lelaki saya (Ahmad Baqir). Semenjak itu, hilanglah gelaran 'anak bongsu' dalam diri 'Aqilah.
Kesimpulannya, mereka memang manja. Memang pening nak jaga mereka berdua ni.
Cuti sekolah selama dua minggu yang lalu (30/5/15-14/6/15) tidak mungkin saya sia-siakan. inilah masa untuk bersama adik-adik saya yang sangat saya sayang. Luahkan rindulah ceritanya ni? Ya...
Minggu pertama
Kami dah siap rancang pakai baju warna yang sama apabila keluar. hari pertama kami pergi ke padang polo. dah lama rasanya tidak pergi. kami pakai baju warna jingga (oren). dua jam juga kami berada di sana. kami senamrobik bersama, berjoging, cuba setiap permainan yang ada (yang bersesuain sahaja) dan kami ada merakam video. setelah itu, kami masih belum puas untuk berseronok lagi, jadi kami ke Angsana Mall (dulu dikenali sebagai UO). waktu tu jam baru 9.30 pagi. kedai satu pun tak buka lagi, hanya kedai makan di tingkat bawah. kami nak main bola boling. bola boling dekat tempat permainan kanak-kanak (yang kena pakai token tu). tu je yang mampu saat ini. hehehe. tunggu punya tunggu akhirnya buka juga kedai termasuklah tempat permainan. setelah tukar duit kepada token (RM1 je kami guna), kami pun bermain. Seronoklah juga, asalkan mereka bahagia.
Hari seterusnya kami pergi ke perpustakaan awam Perak. tema baju kali ini ialah warna merah. tepat jam 9.00 pagi kami tiba di tempat parkir kereta. ketika itu juga perpustakaan turut buka. semua mata memandang kami. ops, ada yang seret kaki rupanya. baqir berjalan sambil menyeret kakinya. keadaan perpustakaan yang sunyi memang membuat bunyi tapak kaki sebagai bunyi yang paling kedengaran saat itu. kebetulan saya jumpa pula dengan cikgu lama. dia dulu cikgu pss saya. dah dekat dua tahun tak jumpa dia. saya turut bertanyakan khabarnya yang kini sudah mengajar di ipg kinta. peristiwa yang paling tak terjangka adalah Baqir buat hal waktu nak balik. dia nak pinjam buku tapi untuk membuat keahlian perlukan mykid. manalah saya ingat no mykid dia. dia punyalah menangis dekat kaunter pinjaman sehinggalah pustakawan kenal kami bertiga. alhamdulillah, masa tu saya bawa laptop yang ada file salinan surat lahir semua adik-beradik saya. akhirnya kad keahlian dibuat. tapi bukan itu sahaja masalah yang timbul depan kaunter tu. masalah beg dompet 'Aqilah pula yang hilang. kecoh jadinya. cari punya cari tetap tak jumpanya. rupa-rupaya ada dalam beg saya. aduh... memang ingatlah pustakawan tu dekat saya ,'Aqilah dan Baqir. Budak baju merah!
dah habis buat kecoh dekat perpustakaan, kami sambungkan lagi aktiviti kami ke Ipoh Parade. kami pusing-pusing dekat situ. ada satu lorong yang penuh dengan pelekat 3D dinding dan lantai. baru sekarang kami nak ambil gambar. sebelum ni malu nak ambil gambar dekat situ. cuma pada saat ini, kami tidak kisah apa orang nak kata. setelah itu cari ice blended Mr. Wish perisa oreo chocolate yang biasa emak beli untuk kami. rasa dia memang sedap, harganya pun cantik juga. untuk yang large RM7.90 dan medium RM6.90. kami nak beli yang large. kami punyalah cari kedai tu sampai satu jam. kata emak tingkat dua. kami cari tak jumpa. rupa-rupanya di tingat bawah, sebelah kedai baskin robin. huh!! memang berbaloi minum waktu tengah hari macam ni. kami pulang setelah minum sedikit ice blended dan wafer yang dapat percuma.
dua hari berturut-turut kami keluar berjalan. kaki ni dah letih nak keluar. jadi kami berehat sehari dan sambung keesokan harinya pula. kami hanya ke Billion yang ada dalam bangunan Megoplex. hanya untuk beli barang untuk membuat cookies cornflakes. sebab cookies tu favourite cookies baqir semenjak tahun lalu. baqir pula nak beli mainan yang digilai ramai kanak-kanak sekarang iaitu b-daman. dapat jugalah capai hajat dia nak beli mainan tu. baru sahaja beli minggu lepas, minggu ni pun nak lagi. itulah cerita pening yang saya nak ceritakan tadi.
Minggu kedua
berlalulah satu minggu, dan untuk minggu kedua cuti sekolah, kami banyak habiskan masa di rumah sahaja. saya juga ada buat percubaan pertama untuk membuat choc cookies. banyak kali bakar barulah menjadi cookies. mereka kata cookies saya ni 2 in 1. ada masa bila dibakar, jadi muffin. ada masa dia jadi cookies. tapi walau begitu, habis semua cookies tu dalam masa dua hari. gembira hati ini seketika.
itulah sedikit coretan yang ingin saya kongsikan bersama-sama pembaca.
kegembiraan itu apabila kita dapat membahagiakan orang yang kita sayangkan.
lakukanlah apa sahaja bersama orang yang kita sayang kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada nilai wang semata-mata tetapi terletak pada keiklasan kita untuk meluangkan masa bersama mereka.
saya sayang keluarga saya!!!!
Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.