Sunday, August 16, 2015

Alhamdulillah, 'Software Engineering' jawapannya

Alhamdulillah, saya dapat menyambung pelajaran untuk ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) di UPM, Serdang.
Berita ini saya dapat pada hari Khamis yang lalu, namun dek kerana kesuntukan masa, saya tidak sempat memberitahu kalian semua.

Lain yang kita idamkan dulu, lain pula perjalanan yang kita dapat. Begitulah hidup saya yang baru bermula dari sekarang. Jika mengikut post yang pernah saya postkan dulu, cita-cita saya sebenarnya menjadi seorang ahli meteorologi (ahli kaji cuaca). Namun, setelah beberapa bulan belajar di pusat asasi UPM, saya memikirkan apa yang terbaik untuk diri saya memandangkan matapelajaran utama untuk menjurus bidang Sains Tulen tidak sepenuhnya 'cantik' pointernya. Lalu, setelah bertanya kepada orang yang rapat dengan saya, bertanya senior-senior yang ada dan memohon petunjuk dari Illahi, saya pun memilih Software Engineering sebagai pilihan pertama dalam borang permohonan masuk ke degree.

Alhamdulillah, pilihan pertama saya itu menjadi kenyataan. Semuanya dengan izin Allah.

Serba sedikit bagaimana akhirnya saya memilih bidang Sains Komputer untuk menyambung belajar. Setiap kali kelas IT, saya dapat tangkap apa yang diajarkan oleh pegawai penolong IT. Selain itu, saya juga minat untuk membangunkan sebuah web. Mungkin saya tiada langsung pengalaman belajar 'coding', namun itu bukan penghalang unuk saya mengecapi kejayaan dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya selama ini, terutamanya ibu bapa, abang, adik dan kawan-kawan. Tak dilupakan juga kepada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.

Nantikan episod baru Nabihah Taquddin menyambung pelajaran dalam bidang IT (Software Engineering) dan berada di Kolej Canselor, UPM bermula 29 Ogos 2015. Kejayaan bakal terukir di langit biru UPM...

Sekian

p.s: posting ini menggunakan 'html code' (bukan 'compose')

2 comments:

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me