Monday, November 9, 2015

Tips Elak Patah Hati

haha, serius lawak tajuk atas tu... ops, ada yang patah hati betul-betul ke sekarang ni?



Assalamualaikum semua

Dah lama tak berborak panjang-panjang semenjak dah jadi 'future software engineer'. sibuk memanjang dengan 'coding'. sebenarnya 'coding' dah jadi macam kekasih pun ada. eh, taklah sampai macam tu sekali. saya banyak menulis pasal kehidupan sebagai seorang pelajar 'programming' dekat blog lagi satu, My Journey As SE Student.

Kita ketepikan sebentar tentang perjalanan baru saya setelah bergelar pelajar SE. Hari ni saya nak bagi sedikit tips untuk semua bagaimana nak elak kita 'frust' bila cinta kita hanya indah di satu pihak saja iaitu pihak kita. sebelum pandang jauh pasal cinta, sebenarnya saya dah terpikat dengan seseorang ni... cuba teka siapa dia?

tapi... nampaknya saya dengan dia macam tiada persetujuan bersama, saya pun tak tahu sama ada saya saja yang indah dengan dia atau kami sama-sama indah.( wah, berbelit pula ayat saya ni).

saya dah ada sedikit harapan bila dengar dua lagu positif ni. sebab tu nak kongsi dengan semua.

ni dia lagu pertama yang sangat bagus untuk elak patah hati

"Lelaki seperti Aku" oleh Alif Satar


point tepat
"Memang tiada lelaki seperti aku, tapi yang lebih baik...banyak"


macam mana? ok tak sekarang? dengar betul-betul lirik dia,

lagu kedua ni pula, kita ikut sahaja apa yang kita rasa, kalau syok sendiri pun tidak mengapa,
feel free to feel the love

"Senyum lagi" oleh Mark Adam ft Qierra



point tepat
"jadi sudah terjadi, biarkan ia terjadi,tapi mengapa terjadi"
"senyum saja, senyum lagi"


emm, beratnya dikala bercinta.... haha biarkan ia terjadi

walau apapun yang terjadi, senyumlah
ingat juga kenapa kita suka dia?


hanya kita saja yang boleh jawab...
kalau dengan si dia kita jadi lebih baik, teruskan 
tapi kalau dengan si dia kita jadi semakin teruk, maka fikir semula, adakah dia benar untuk kita

salam senyum dari saya,
kuat semangat semua!!

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me