Monday, May 9, 2016

FESFIK 2016 Melabuh Tirainya


Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah pertandingan membuat filem pendek sempena Festival Filem Pendek Intekolej UPM (FESFIK 2016).



Semalam (8 Mei 2016) merupakan Malam Anugerah FESFIK 2016, diadakan di Panggung Percubaan UPM. Majlis amatlah gilang gemilang, dihadiri semua krew FESFIK dari setiap kolej dan tetamu kehormat dari kalangan pengetua.

Keputusan yang kami dapat tidaklah menggembirakan. Produksi saya iaitu 4Motion Production tidak membawa pulang sebarang anugerah namun kami masih ada anugerah yang tercalon.

Sebulan menghempas pulas melakukan tanggungjawab sebagai AJK Publisiti, memberi banyak perubahan dalam hidup saya. Alhamdulillah, pengalaman itu lebih bermakna berbanding anugerah yang ingin dikecapi.

Menipulah untuk saya katakan saya tidak terkilan dengan kekalahan yang terjadi, namun saya lebih terbuka untuk menerimanya sebagai sesuatu yang telah Allah tentukan. Segalanya pasti ada hikmah.

Perubahan apa yang berlaku sebenarnya?

Banyak untuk saya katakan dan mungkin tidak cukup untuk saya luahkan di sini. Namun, saya akan cuba senaraikan perubahan yang telah terjadi.

1. Pada awalnya, saya agak kekok untuk bekerjasama dengan krew-krew FESFIK di kolej saya. Kebanyakkan mereka tua daripada saya dan saya tidak rapat/kenal. Namun, setelah sebulan bekerjasama, luangkan masa bersama, saya lebih rapat dengan mereka dan sudah saya anggap sebagai keluarga saya di sini.


KREW KLARITI

2. Menguruskan sebuah produksi bukanlah mudah. Setiap krew memainkan peranan yang penting dalam sesebuah produksi. Baik pengarah sehingga pelakon, menyumbangkan sesuatu yang berharga dalam sebuah filem. saya telah mengetahui liku-liku dalam menghasilkan sebuah filem pendek.

nota: In shaa Allah, saya akan menghasilkan sebuah filem pendek cuti sem nanti.

BANNER & BUNTING LUKIS

3. Selaku ajk publisiti, inilah kali pertama saya menjadi ajk publisiti. Banyak kenangan dan pengalaman yang saya timba sepanjang memegang jawatan ni. kalau boleh, biarlah ajk publisiti tetap ada dalam hati saya. Saya kini tahu menggunakan PS, menghasilkan sebuah poster, bunting dan banner. Saya akui bukan mudah menggunakan PS sehingga satu tahap saya tak dapat lelapkan mata untuk siapkan tugasan ini. Selain itu, saya mempromosi filem pendek ini, sehingga saya tepis rasa malu untuk mendapatkan 'like' daripada orang ramai/pelajar. Cara saya mempromosikan filem ini melalui mulut, FB, Insta, Blogger, WhatsApp dan Wattpad.

AJK PUBLISITI KLARITI

4. Dalam sesebuah produksi, ajk publisiti memainkan peranan untuk memberi arahan/ meminta tolong daripada krew untuk melukis dan menggantungkan banner, bunting dan poster. Inilah yang mencabar bagi saya memandangkan saya perlu bekerjasama dengan semua krew yang berlainan umur dengan saya.

5. Adakah saya dikenali? emm, tidak tahulah. Kerana bukanlah itu tujuan saya untuk masuk FESFIK. Cukuplah sekadar saya tahu tanggungjawab saya dan filem ini dikenali semua. Biarlah orang tidak tahu latarbelakang sesebuah filem namun mereka tahu kehadiran filem pendek kami iaitu KLARITI.

KREW PUBLISITI
Kepada krew KLARITI, andalah yang memberi kekuatan dan dorongan kepada saya untuk terus maju dalam bidang ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung.

Saksikanlah Filem pendek KLARITI,
hasil usaha krew 4Motion Production
FESFIK 2016

Trailer KLARITI


KLARITI



0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me