AJK SFZ |
Hari Kejadian
Malam sebelum Ceramah & Kursus Keusahawanan dijalankan, kami mengadakan mesyuarat terakhir. Kami menyusun strategi dan saling mengingati setiap ajk untuk sentiasa peka dengan sesuatu yang bakal berlaku. Pagi hari yang cerah dimulai dengan bacaan doa kepada Maha Pencipta semoga segalanya berjalan lancar. Pada pukul 7.30 pagi, semua ajk turun ke PKP, bilik seminar, dapur bilik eksekutif untuk siapkan segala persiapan pendaftaran dan program utama. Semua ajk memberi kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Pada pukul 8.30 pagi, peserta mula hadir ke hadapan PKP untuk pendaftaran diri dan sarapan. Penceramah pertama iaitu penceramah yang akan memberikan sesi Ceramah Keusahawanan tiba ke Kolej Canselor pada pukul 9.00 pagi dan bersarapan terlebih dahulu sebelum memberikan ceramah. Sepanjang ceramah berlangsung, semua peserta memberikan tumpuan dan aktif berinteraksi dengan penceramah. Memandangkan umur penceramah dalam lingkungan umur peserta, maka mudah sahaja untuk peserta memahami ilmu yang disampaikan oleh penceramah. Ceramah ini banyak memberikan peserta ilmu sebelum memulakan perniagaan. Ceramah berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dan disambung dengan waktu rehat. Penceramah untuk kursus keusahawanan juga sudah hadir untuk membuat persiapan. Penceramah untuk slot ceramah serta seorang kawannya, penceramah untuk slot kursus, penasihat, pengarah dan timbalan pengarah makan di bilik vip di kafe manakala peserta makan di kafe.
Kursus keusahawanan bersambung semula pada pukul 1.00 petang oleh penceramah kedua yang banyak mengajar peserta tentang pengurusan sebuah organisasi kedai runcit. Dan yang paling utama mempunyai sijil SSM sebelum memulakan perniagaan. Peserta memberitahu pengetahuan mereka mengenai pengurusan kedai runcit kerana ada antara peserta yang sangat rapat dengan isu pengurusan terutamanya petugas GUC. Kursus berakhir pada pukul 3.00 petang.
Program bersambung pula dengan ucapan pengarah bagi memberitahu agenda utama bagi program ini iaitu bagi mewujudkan beberapa kumpulan yang akan menjalankan perniagaan di Kolej Canselor. Peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada maksimum 5 ahli. Hasil daripada perbincangan, 4 kumpulan telah berjaya dibentuk. Perbincangan yang lebih terperinci akan dibuat pada masa akan datang antara ahli kumpulan dan pengarah. Program tamat pada pukul 3.30 petang.
<< Kembali page 1
<< Kembali page 1
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.