Sunday, November 13, 2016

Ceramah & Kursus Keusahawanan sempena Projek Keusahawanan Start From Zero! pg 1

Poster SFZ

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca yang saya sayangi,
Moga sentiasa dalam rahmat Illahi.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Berkuasa kerana telah memudahkan segala perancangan kami untuk mengadakan buat pertama kalinya Projek Keusahawanan Start From Zero!. 

Projek Keusahawanan Start From Zero! mempunyai dua fasa. Fasa pertama ialah Ceramah dan Kursus Keusahawanan yang telah berlangsung pada 23 Oktober 2016 yang lalu. Fasa kedua ialah Jualan Secara Berkumpulan Usahawan KC.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah banyak membantu kami sepanjang projek ini berlangsung. Semoga projek ini berjaya dijalankan sehingga akhirnya. In shaa Allah.


Dari kaca mata Pengarah

Banyak yang saya belajar dalam menganjurkan satu program iaitu ceramah dan kursus. Saya mengenali ramai kawan. Saya membentuk satu kumpulan. Dan kumpulan itulah yang menjayakan program ini. Dalam proses membentuk satu kumpulan atau ahli jawatankuasa, tak semua yang sanggup untuk menggalas tugasan ini. Ada ahli yang menarik diri sebelum apa-apa tugasan diberikan kepada mereka. Ada juga yang menarik diri disaat pertengahan kerja. Itulah yang saya terima. Terkadang saya sedikit terasa hati. Di mana letaknya rasa percaya mereka terhadap diri masing-masing. Namun, itulah yang menguatkan hati saya bahawa dalam kebanyakkan orang, ada juga yang berjaya mencabar diri masing-masing untuk menggalas tugas sebagai ajk projek ini. Terima kasih kepada ajk saya yang bersama-sama membantu saya menjayakan program pertama untuk Biro Pembangunan Usahawan.

Bermulalah latar belakang sebuah program. Tanpa mereka, tidak mungkin program ini berjaya dilaksanakan. Sebagai seorang ketua, menipulah untuk saya katakan saya tidak merisaukan semua ahli saya. Tambahan pula, ajk saya merupakan orang yang rapat dengan saya yang sama-sama menjadi keluarga Galeri Usahawan Canselor (GUC). Kata orang, tak sayang maka tak ikhlas. Itulah yang saya terapkan dalam pembentukan ajk kali ini. Alhamdulillah, rasa sayang sebagai sebuah keluarga dapat saya rasakan. Terutama sekali bila kita jadi ketua. Setiap tugasan atau unit, saya cuba dalami. Secara tidak langsung, saya dapat lihat ketekunan setiap ahli untuk menjayakan tugasan ini. Kami mengambil masa satu minggu untuk buat persediaan namun mengambil masa dua bulan untuk memanggil penceramah atau dengan kata lain mengenali dan berkawan dengan penceramah.

Mesyuarat & Postmortem yang dijalankan


Pada satu masa, saya perlu memilih sama ada kawan atau cinta. Haha. Tetapi yang sebenarnya kerana saya seorang ketua. Yang menyayangi anak buahnya. Yang menjaga kebajikan anak buahnya. Perasaan itu hadir dengan sendirinya dan sukar untuk dibezakan. In shaa Allah, saya akan lebih peka dengan perasaan yang hadir dalam hati ini dan membezakan antara kawan dan cinta.




0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me