Wednesday, April 11, 2018

Nota Kecil untuk Sayang



Assalamualaikum semua..

Hari ini kisah cinta lagi. Mungkin semua dah bosan. Nak baca kisah yang tak seberapa ni. Tapi, saya perlu luahkan juga di sini. Nota kecil ni saya tulis untuk sayang a.k.a saya sendiri. Itulah gelaran yang saya gelar untuk diri saya sendiri dalam diam. Kenapa panggil macam tu? Tak geli ke?

Cuba semua bayangkan jika satu hari nanti, bila dah kahwin nanti, tiba-tiba suami kita panggil 'sayang' untuk kali pertama. Mesti terkejut kan? Jadi, saya praktislah panggil sayang. Tak adalah culture shock.

Nota ini saya tulis waktu saya berada di hutan. Waktu tu ada program kolej. Maka terhasil nota ini. Ini kali kedua saya pergi program ini. Tahun lepas ada juga nota kecil. Tapi dengan orang lainlah. Orang tu rasanya semua dah tahu kan. Tak perlulah saya cerita lagi. Maka, kali ini cerita cinta saya dengan orang Turki. Maka, inilah notanya.

Aku tiada kata untuk aku luahkan sekarang. Soal cinta, kalau dulu aku cuba untuk melupakan J kerana aku tahu aku tak sepatutnya ada hati padanya. Dan perkara itu berjaya namun hanya berkurang sikit rasa itu. Untuk tahun ini, kisah itu sudah tamat, namun hadir pula rasa lain. Aku tak tahu ini cinta atau nafsu. Kalau cinta, kenapa tak pasang niat untuk berkahwin dan kalau nak kahwin, bersedia ke jiwa batin ini?
Kadang-kadang aku rasa bersalah ada rasa ini. Umpama berdosa untuk aku mencintai lelaki ajnabi dalam hidup aku. Aku tak tahu pengakhiran cerita ini. Sama ada disatukan dalam satu ikatan yang sah atau berakhir dengan mengikut haluan hidup masing-masing. Aku sedar kalau kita berharap untuk manusia mengikut apa yang kita mahukan namun mereka tidak melakukannya, maka rasa kecewa itu yang akan kita rasa.
Lain rasanya bila perasaan cinta yang bukan daripada diri kita seperti kisah-kisah sebelum ini. Mengenali lelaki berumur 25 tahun ini yang berasal dari Turki umpama menyimpan angan-angan yang tidak jelas. 
Konklusinya, anggap dia sebagai kawan sahaja. 

1 comment:

  1. Play Free Casino Slots | SEGATIC PLAY
    Free Slots · No Deposit Bonus · Play now! · 100% up to €150 · No Deposit Bonus · 100% up to €150 · No deposit Bonus · 100% up to €200 · Play for septcasino free.

    ReplyDelete

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me