Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi,
Alhamdulillah cerpen pertama saya di media cetak sudah diluluskan oleh editor Majalah Muslim Teens. Selepas ini, masih banyak lagi karya yang ingin dikongsikan kepada semua. Kita tunggu dan lihat, cerpen apa lagi yang akan keluar. Memandangkan ada seorang teman yang menghantar email kepada saya untuk kongsikan sedikit tips bagaimana akhirnya cerpen Episod Hitam Diari Hatiku mendapat tempat dalam majalah Muslim Teens, maka saya dengan senang hati ingin berkongsi juga kepada pembaca setia blog ini.
Sedikit latar belakang cerpen ini.
Pada awalnya, cerpen ini pertama sekali saya hantar kepada majalah lain. Namun setelah 3 bulan berlalu, tiada apa-apa khabar yang saya terima. Namun, saya masih setia menunggu maklum balas daripada editor. Masa berlalu pantas sehingga melebihi 5 bulan, namun masih tiada apa-apa perubahan, Maka, saya kuatkan semangat untuk hantar kepada majalah Muslim Teens pula. Setelah hampir 2 bulan menunggu, khabar gembira ini datang pada hari raya dan ia umpama duit raya pada hari raya kali ini. Alhamdulillah.
Jadi, apa tipsnya?
Secara jujur, tidak mudah sebenarnya untuk menambat hati seorang editor. Banyak karya saya yang ditolak. Namun, saya masih tekad untuk menghantar juga kepada editor majalah.
Bukan cukup sampai di situ sahaja. Setelah karya saya ditolak, saya mengambil waktu berbulan-bulan untuk bertanya kepada penulis lain, membaca blog penulis lain, membaca tips-tips daripada laman web dan memberi rakan-rakan untuk memberi ulasan terhadap karya saya. Bukan namanya penulis kalau tiada keazaman dalam diri. Begitulah juga yang terjadi kepada saya.
Melalui pengalaman itu, karya saya ada beberapa kesalahan yang perlu diberi perhatian.
Apa yang saya dapat akan saya senarai di bawah:
1) Pastikan tema karya adalah bertepatan dengan tema sesebuah majalah.
cth: Majalah Muslim Teens adalah majalah islamik/motivasi bagi pembaca yang berumur 15 tahun ke atas.
2) Pastikan jumlah patah perkataan untuk karya yang ingin dihantar perlulah lebih kurang dengan karya yang pernah tersiar dalam karya bagi edisi sebelumnya.
cth: Majalah Muslim Teens hanya ada 3 muka surat yang dikhaskan untuk halaman Buana Karya (ruangan cerpen). Jadi setelah dikira, mungkin patah perkataan yang dihadkan adalah 750-850 patah perkataan).
3) Gunakan tulisan Times New Roman, saiz 12 dan langkau 1.5 atau 2.0
4) Minimumkan kesalahan tatabahasa dan teknikal seperti tertinggal noktah, huruf besar di hadapan setiap pembuka ayat, kegunaan tanda petikan (" ") dan tanda baca yang lain.
5) Tambahkan pengetahuan dengan membaca buku-buku ilmiah berkaitan cara-cara menulis karya dengan baik. Buku yang saya pernah baca seperti Panduan Menulis Cerpen oleh Jasni Matlani terbitan PTS. Boleh juga mengikuti bengkel-bengkel yang diadakan oleh sekolah dan penerbit yang memanggil penulis lain untuk menjadi penceramah. Ceramah yang pernah saya pergi pernah memaparkan penulis seperti Zaidin Abadi dan Nisah Haron. Tidak mustahil kita boleh menjadi kawan dengan mereka. Dan mulalah berkawan dengan penulis-penulis baru/senior untuk mengetahui isu semasa dalam bidang penulisan seperti pertandingan yang sedang berlangsung.
6) Sementara menunggu keputusan daripada editor majalah yang kita hantar, kita boleh luaskan bakat dengan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh pihak penerbit seperti Terfaktab, DBP, MPH, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), JS Adiwarna dan lain-lain.
Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah, PM saya di Facebook (Nabihah Taquddin) ataupun e-mail (nabihah.student@gmail.com)
selamat ya bos atas diterimanya cerpen pertamanya oleh editor majalah muslim...
ReplyDeletesaya suka baca artikelnya bos..mantap deh pokoknya artikelnya bos...
Terima kasih ya..
DeleteAssalamualaikum..saya nak tanya.macam mana akak cari majalah yang sesuai dengan artikel akak
ReplyDeleteWa'alaikumussalam. Caranya dengan pergi kedai buku yang ada jual banyak majalah. Dari situ, kita baca bahagian artikel yang lebih kurang dengan artikel yang kita nak hantar. selain itu, boleh juga cari dekat internet dengan search nama majalah, mungkin dari situ, kita boleh tengok website majalah dan tahu apa yang dikehendaki oleh majalah tu. ikut genre atau tidak dengan artikel kita
Delete