Thursday, March 27, 2014

Cerpen Kau Tetap Isteriku (page 1)


Cerpen : Kau Tetap Isteriku
oleh : Nabihah Taquddin


“Awak masih dara ke? Hah!” jerit Hazril di muka Lina sambil tangannya memukul pinggul isterinya berkali-kali dengan senduk kayu.
“Awak dah gila ke? Sakitlah!” rayu isterinya.
“Saya tak puas hati dengan awak” makin kuat pukulannya hinggap ke pinggul isterinya.
“Tolonglah saya, saya sakit awak…” air mata berguguran di pipi Lina.

Hazril berhenti melakukan perbuatan itu. Dia meninggalkan isterinya keseorangan di atas katil. Dia keluar bilik dan menutup pintu bilik. Hatinya masih panas dengan apa yang telah berlaku. Dia dipaksa berkahwin dengan Lina. Sudah seminggu dia berfikir, kenapa dia dipaksa kahwin dengan anak kepada orang yang paling dia benci.
Dia ke dapur untuk mengambil beberapa ketul ais di dalam peti ais. Dia membawa sekali tuala kecil dan minyak gamat ke dalam bilik isterinya berada sekarang.
Isterinya masih menangis dan tidak beranjak sedikit pun dari tempat tadi.
“Jangan dekat dengan saya! Kalau tak saya telefon polis!” ugut isterinya.
Tanpa menghiraukan ugutan itu, Hazril duduk di sebelah isterinya. Lina cuba menganjakkan dirinya tapi dia terlalu sakit. Dia hanya membatukan diri.
“Nah, ambil ni, letak dekat tempat sakit tu” Hazril menghulurkan ketulan ais yang berbalut dengan tuala kecil. Lina mengambilnya dan diletakkan di pinggulnya yang kemerahan. Hazril duduk di sebelah isterinya.
“Awak tahu kenapa saya marah?” tanya Hazril tanpa memandang isterinya.
Tak
“Saya marahkan diri saya sebenarnya, saya senang-senang menerima pujukan ayah awak untuk kahwinkan saya dengan awak. Kalau awak nak tahu, saya sangat benci dengan ayah awak, ayah awak telah membunuh ayah saya”
“Habis tu?”
“Saya rasa yang ayah awak permainkan saya dengan kahwinkan awak sesudah awak sudah tiada dara lagi, sebab dia sendiri tahu saya amat benci padanya”
Awak menyesal?”
“Tak, saya tak menyesal. Walauapapun, awak tetap isteri saya, awak tanggungjawab saya, sekarang awak tertanggung di bahu saya, saya tak akan siakan hidup awak, walaupun saya benci ayah awak, itu tak bermakna saya perlu membenci anaknya sekali, janjilah dengan saya, awak akan bersama saya selama-lamanya” kata Hazril dengan lemah lembut sambil memandang bola mata isterinya.
“Perbuatan awak tadi benar-benar mengguris hati saya…” Lina sebak mengenangkan peristiwa yang menimpanya.
“Saya minta maaf, saya tak patut buat begitu tadi, sakit lagi?”
Sakit sangat
Hazril meletakkan sedikit minyak gamat di bahagian yang isterinya mengadu sakit.  Dia kesian melihat isterinya mengadu sakit. Rasanya menyesal sekali. Wahai isteriku, maafkan aku, aku tidak berniat menyakiti hatimu apalagi fizikalmu, yang sebenarnya aku mencintaimu, tapi fikiranku menjadi tidak waras kerana memikirkan niat jahat ayahmu itu.

Sebulan yang lalu

“Saya rasa tak perlulah awak berbaik dengan saya” kata Hazril semasa memasuki bilik pengantin di rumah ayah mentuanya setelah habis majlis makan malam bagi meraikan pengantin baharu.
“Saya akan ikut cakap awak sebab awak suami saya”
“Baguslah macam tu, tapi depan mak dan ayah, awak kena pura-pura berbaik dengan saya”
Malam ni..”
Apa? Oh, malam ni awak tidur dekat atas katil biar saya tidur dekat bawah”
“Awaklah tidur dekat atas, saya dekat bawah, lagipun saya dah lama rasai kemewahan ni semua”

Mereka menuruni anak tangga bersama-sama sambil tangan Hazril memaut lengan Lina yang berlapik dengan lengan baju. Semua mata tertumpu pada mereka. Dato Zaini dan Datin Mariah turut melihat mereka bermesraan. Namun, riak wajah mereka masih ada lagi api dengki. Dengki melihat Hazril menjadi suami kepada anak saudara mereka. Mereka tahu Hazril bukanlah dari keluarga yang kaya. Kalau dibandingkan Hazril dengan Lina, seperti bos dan pekerja. Memang tak setaraf. Apalah hebat sangat si Hazril tu sampai Dato Fizz menjodohkan anaknya dengan Hazril.

“Mak, hari ni masak apa?” tanya Lina apabila sudah duduk di atas kerusi makan bersebelahan suaminya.
“Hari ni mak masak pasta yang mak baru beli dari Itali, kamu mesti suka”
“Mestilah, mak masaklah apa-apa mesti sedap, abang kena rasa, kalau tak rugi!” Lina menjawab dengan senang hati dan matanya tertumpu pada suaminya setelah itu.
Betul ni? Mestilah abang rasa” Hazril menjawab sambil mengukir senyuman kepada isterinya.
“Hazril, macam mana semalam, seronok?” Dato Fizz mencelah.
Ish, ayah ni, ada ke tanya macam tu? Malulah Hazril” Lina bingkas menjawab pertanyaan ayahnya. Hazril hanya tersenyum.

“Lepas tiga hari kita tinggal dekat sini, saya nak awak ikut saya pindah ke rumah lain” kata Hazril sebelum masuk tidur.
“Tapi awak, ayah kata kita boleh tinggal di sini”
Nak dengar cakap ayah atau saya? Syurga bawah tapak kaki siapa Lina?” Suara Hazril berubah menjadi tinggi sedikit.
“Syurga bawah tapak kaki awak. Awak sebagai suami saya, awaklah berhak terhadap saya”
“Kalau macam tu, esok awak cakap dengan ayah yang saya dah beli rumah, dan mampu sara hidup awak”

Hazril dan Lina membawa Dato Fizz bersama isterinya makan di luar. Mereka makan di restoran ternama di ibu kota. Lina mengajukan permintaan suaminya untuk keluar dari rumah pada lusa harinya.
“Kenapa kamu nak pindah Hazril? Bukan sudah cukup besar ke rumah kami untuk kamu berdua?” tanya Dato Fizz sementara menunggu makanan yang dipesan siap.
“Maaf ayah, sebaiknya Hazril berdikari membina hidup dengan Lina, ayah dan mak tak perlu khuatir, Hazril dah mampu sekarang ni”
“Hazril, jagalah Lina baik-baik, dia satu-satunya puteri kami” Datin Mastura memberi amanah kepada menantunya.
Baiklah mak

Hazril membuka pintu utama rumah yang dibelinya. Di belakangnya ada Lina yang mengekori sahaja suaminya tanpa banyak soalan. Hazril mengangkat beg pakaian ke dalam rumah. Lina masuk ke dalam rumah setelah semua beg sudah dibawa masuk. Sejenak dia hendak duduk di atas sofa, suaminya menyuruhnya membuat minuman. Lina terus menyiapkan minuman untuk suaminya tanpa membantah. Setelah siap, dia melihat suaminya sudah tiada di ruang tamu. Dia pun menaiki anak-anak tangga menuju ke tingkat dua rumah. Apabila membuka pintu bilik utama, dia melihat suaminya sudah lena di atas katil. Baju kemeja pejabat masih melekat di tubuh suaminya.
Ya Allah, terima kasih memberi hamba seorang suami yang begitu baik, lembutkanlah hatinya menerima hamba apa adanya
Dia meletakkan jus oren di atas almari berdekatan dengan katil. Dia keluar bilik untuk berehat di ruang tamu. Belum sempat dia menuruni anak tangga, suaminya memanggilnya. Dia mendengar penggilan suaminya lantas menyahut dengan cepat. Dia takut menyakiti hati suaminya.

“Lina, Lina” panggil suaminya semenjak tadi.
“Ya, saya datang” Dia kini sudah berada di sisi suaminya. Dia masih berdiri sambil memandang suaminya yang berbaring.
“Awak ambil beg dekat bawah tu dan masukkan ke dalam almari, almari awak ada dekat bilik sebelah, ni bilik saya”
“Baiklah, saya turun sekarang”
“Tunggu sekejap, jangan bagi tahu sesiapa walaupun dengan ayah dan mak awak  yang kita tinggal dekat sini, tu arahan seorang suami, awak jangan ingkar”
“Saya akan dengar cakap awak, awak minumlah jus oren yang saya buat tu”
“Buat yang lain, saya tak nak jus oren, saya nak air sirap, tekak saya ni dah lama tak rasa air sirap”

Lina mengangguk faham. Dia turun ke bawah dan siapkan minuman seperti yang dipinta. Semua keperluan sudah tersedia di dapur. Memang betul kata-kata suaminya kepada mak dan ayahnya yang suaminya sudah mampu menyara hidup bersama.
Dia membawa minuman ke dalam bilik. Suaminya sudah tidak berbaring di atas katil. Bilik mandi rancak berbunyi air yang terhempas ke atas lantai. Suaminya sedang mandi. Lalu dia meletakkan segelas air sirap di atas almari yang sama. Jus oren yang dibuatnya tadi sudah habis diminum suaminya. Gembira hatinya sebentar.

“Awak, air ada dekat almari, awak minumlah ye” kata Lina kepada suaminya dari luar bilik air.
Tiada apa-apa balas daripada suaminya. Agaknya tak dengar rasanya. Lina mengangkat beg pakaian suaminya ke atas. Beratnya sama seperti ketika dia mengangkat sepuluh kilogram beras. Namun, dia bersabar dan terus mengangkat beg itu masuk ke dalam bilik. Dia menyusun baju suaminya ke dalam almari pakaian. Baju-baju yang tidak kemas lipatannya, dilipatnya semula barulah dimasukkan ke dalam almari. Baju yang perlu disangkut diasingkan. Tugasnya selepas ini menggosok baju suaminya sebelum suaminya meminta dia berbuat demikian.

Hazril keluar dari bilik air ketika isterinya sibuk mengemas pakaian. Lina tidak perasan suaminya yang sudah selesai mandi.

“Awak, ambilkan baju biru dan kain pelekat satu”
“Ni dia
“Awak sambung nanti lipat baju tu, pergi mandi sekarang, kita solat magribh jemaah”
Baik, tunggu sekejap”

Lina sudah memakai telekung dan berada di sebelah kiri suaminya namun di belakang saf pertama. Inilah kali pertama suaminya mengimamkan solat. Sebelum ini, suaminya hanya solat sendiri. Lina juga begitu. Ayat-ayat al-Quran yang dibaca suaminya sungguh merdu sekali. Tenang hatinya mendengarnya sehingga khusyuk.
Apabila Lina ingin mencium tangan suaminya, suaminya keluar bilik meninggalkan dirinya sendirian bersama sejadah yang belum dilipat oleh suaminya. Semenjak bergelar suami isteri, Hazril baru sekali menyentuhnya. Itupun ketika barada di masjid sejurus selesai ijab dan qabul. Selepas itu, dia tidak menyentuh Lina. Walaupun dilayan sebegitu, Lina tetap menghormati suaminya. Sudah cukup baik suaminya ingin menikahinya.

Lina tidak bekerja kerana masih bercuti sempena majlis perkahwinannya. Hazril sudah bekerja setelah dua hari bercuti. Penting betul pekerjaannya sampai tak sempat berbulan madu. Mungkin hanya angan-angan untuk aku yang bergelar isteri kepada lelaki yang berada di depan aku saat ini.

Mereka sedang bersarapan di ruang makan dapur. Lina menyiapkan makanan untuk suaminya. Suaminya hanya makan sahaja tanpa menegurnya. Tidak ada sedikitpun pujian untuknya. Namun Lina yakin, makanan yang dimasaknya sedap kerana dia masak dengan penuh kasih sayang terhadap suaminya.


“Awak, malam ni awak tidur dengan saya, saya rasa sunyi tidur seorang diri” Hazril memujuk Lina yang masih berbaring di atas katil.
“Malam ni… saya sakitlah awak” kata Lina dengan sedikit getar di hati.
“Awak jangan menunda keinginan suami, berdosa kalau saya tak redha” pujuk Hazril lagi.
“Baiklah, malam ni saya datang bilik awak” akur Lina terhadap permintaan suaminya.

Lina memasuki bilik suaminya setelah solat insyak di dalam biliknya. Dia perlahan-lahan mengatur langkah kerana kesakitan yang belum hilang semenjak petang tadi. Hazril menanti di atas katil sambil membaca buku. Lina mengetuk pintu sebelum masuk. Hazril membenarkan isterinya masuk ke dalam bilik hanya dengan kata-kata mengalukan kehadiran isterinya. Dia masih berada di atas katil namun buku yang dibaca telah diletakkan di dalam laci. Lina masuk dan memberi senyuman kepada suaminya. Dia mendekati katil dan duduk di sebelah suaminya.

“Selama sebulan saya jadi suami awak, saya tak pernah sentuh badan awak apatah lagi mahkota awak, saya minta maaf sebab selama ni saya tak pernah membelai awak dengan sepatutnya, saya malah abaikan keperluan batin awak” kata Hazril sambil tangannya menggengam erat tangan isterinya.
“Saya juga nak minta maaf atas kesilapan saya dan ayah saya, sebab memaksa awak untuk menerima saya, ada satu benda yang awak perlu tahu dan sememangnya awak berhak tahu, saya masih dara, awaklah orang pertama yang akan menyentuhnya”
“Malam ni…saya tak paksa awak, saya tahu awak masih dara, saya yang terburu-buru sehingga tergamak buat seperti tadi, terima kasih memelihara mahkota awak untuk saya”
“Boleh saya panggil abang, dah lama saya menanti untuk hari ini”
“Boleh sayang, abang gembira sayang berada di depan mata abang, setia melayan kerenah abang, abang akan jaga dan pimpin sayang sehingga ke Jannah, in shaa Allah”
“Terima kasih abang, sayang bersyukur, Allah dah buka hati abang untuk terima sayang seadanya”
“Mulai malam ni, sayang kena tidur sebelah abang, abang tak nak berjauhan dengan sayang”
“Baik abang, segalanya untuk abang”

Solat subuh dikerjakan secara berjemaah. Lina sudah mula bekerja. Hazril yang menghantar isterinya ke pejabat. Pejabat Hazril dan Lina tidaklah jauh, cuma beberapa kilometer sahaja jaraknya. Waktu tengah hari, mereka keluar bersama untuk makan di restoran.

“Lina?” satu suara menyapa mereka dari jauh.
“Eh, abang Sean” Lina menyahut sapaan itu.
“Siapa tu sayang?” tanya Hazril kepada isterinya.
“Dia abang Lina yang kerja dekat US tu” jawab Lina sambil mengelap mulut dengan tisu.
“Macam mana sekarang? Boleh abang duduk?”
“Duduklah, bolehkan abang?” kata Lina lalu memandang suaminya pula.
Siapa dia ni, sejak bila Lina ada boyfriend?”
“Saya Hazril, suami Lina” Hazril bersuara setelah memerhati gelagat adik-beradik apabila bertemu.
“Oh, your husband, well bila you all kahwin, ayah dengan mak tak cakap apa-apa pun”
Hazril bingkas bangun untuk membayar bil di kaunter. Dari jauh, Hazril melihat isterinya berbisik sesuatu kepada Sean. Mesti ada yang tak kena ni.
“Lina, jom, dah lambat ni” ajak Hazril setelah bil makanan sudah dibayar tanpa memandang Sean.
“Abang Sean, Lina pergi dulu ye” kata Lina sebelum meninggalkan abangnya seorang diri di meja makan.

Hazril masih tertanya-tanya apa yang dibisikkan oleh isterinya di restoran tadi. Matanya masih belum pejam semenjak tadi. Runsing benar fikirannya saat ini. Lina perasan suaminya masih belum tidur lalu bangun dan menjenguk suaminya di sebelahnya.

“Abang…, abang tak tidur lagi? Kenapa ni? Ada masalah?”
“Oh sayang, tidurlah balik, abang tak apa-apa”
“Sayang tak boleh tidur sebelum abang tidur, kalau sayang ada buat salah pada abang, abang cakaplah, kalau abang nak pukul sayang, abang buatlah sehingga abang redha dengan sayang”
“Baiklah, pergi ambil pencil case tu” kata Hazril sambil tangannya dihalakan ke arah meja di tepi dinding. Lina menurut dan di dalam hatinya dia berdoa supaya dia boleh terima apa jua tindakan suaminya dengan ikhlas.
“Ni abang” Hazril membuka zip pencil case dan mengambil pembaris besi di dalamnya. Lina yang melihatnya terus menadahkan kedua-dua tangannya memberi izin untuk suaminya memukulnya.
“Abang tanya sayang dan sayang kena jujur dengan abang” arah Hazril dengan tenang. Lina mengangguk kepalanya.
“Apa yang Lina sorokkan dari abang, apa yang Lina bisik tadi, sehingga abang rasa marah pada Lina”
“Abang pukul lah tangan Lina dengan pembaris tu sampai abang tak marahkan Lina lagi, Lina dah sakitkan hati abang, Lina tak sepatutnya berbisik depan abang tadi” air mata Lina menitis deras lalu dia tertunduk ketakutan.
“Abang tak marah dah, cuma tolong bagi tahu abang supaya abang tak rasa dikhianati oleh isteri abang sendiri”
“Tadi Lina bagitahu abang Sean yang ayah tak mahu hebohkan pasal perkahwinan kita sebab dia tak nak ada sesiapa pun tahu yang dia paksa kita kahwin, sedangkan sayang tahu yang abang Sean paling tak suka orang biasa macam abang. Jadi lepas tu, abang Sean memang terkejut. Tu je yang sayang cakap dekat abang Sean. Dan abang Sean suruh sayang jauhkan diri dari abang. Sayang terus diam dan waktu tulah abang datang untuk hantar sayang pulang ke pejabat” kata Lina dengan nada sedih namun masih boleh difahami Hazril. Lina memandang suaminya meminta supaya dipercayai.
“Sekarang abang rasa lega, tapi betul sayang nak jauhkan diri dari abang?”
“Sekarang sayang dah jadi isteri abang, dan berdosalah kalau sayang menjauhkan diri dari abang, sekarang abang keutamaan sayang, lepas tu barulah keluarga sayang” jawab Lina dengan lembut. Hazril meletakkan tapak tangannya di atas tangan isterinya dan membelai lembut. Pembaris tadi diletakkan di atas katil. Dia seterusnya memeluk isterinya.
“Abang tak akan guna kekerasan untuk membimbing sayang, abang akan guna kelembutan dan kasih sayang supaya sayang boleh ikut dan memahaminya, simpanlah pembaris ni semula, abang redha dengan sayang”

Dato Fizz dan Datin Mastura menyambut kepulangan Sean dengan gembira. Sean memasuki biliknya tanpa banyak bersembang. Dato Fizz berasa hairan dengan tingkah laku anak sulungnya itu. Belum pernah lagi anaknya itu lari daripada terus berborak ketika pulang ke rumah. Penat mungkin.
Sean turun untuk makan malam. Berselera seperti biasa. Tiada apa-apa yang pelik seperti tadi.

“Sean, ada apa-apa yang berlaku ke tadi?”
“Tak adalah mak, cuma Sean letih balik dari KLIA”
Takkanlah aku nak kata aku jumpa Lina dan suami dia tadi. Dia cuba memberitahu mak dan ayahnya namun dengan cara tak mencurigakan.
“Ayah, Lina mana? Dari tadi tak nampak pun dia”
“Adik kamu dah pindah”
Pindah? Buat apa dia pindah? Bukankah dia tu tak reti berdikari?”
“Ikut suami dialah” Datin Mastura mencelah. Dia terlanjur membuka rahsia antara dia dan suaminya.
“Bila masa Lina kahwin, kenapa Sean tak pernah tahu?” Sean mengamuk di dapur dengan membaling gelas jatuh ke lantai.
“Sean! Dengar dulu penjelasan ayah” Dato Fizz berdiri untuk membetulkan keadaan.
“Ayah tak nak kamu tukar rancangan kami, sebab tu kami rahsiakan dari kamu” sambung ayahnya.
Rancangan apa ayah? Tell me!”
“Ayah dah tak sanggup bergelumang dengan dosa sebab tak didik adik kamu dengan baik, jadi ayah bagi dia dekat Hazril, ayah tahu kamu tak suka latar belakang Hazril yang tak sekaya kita tapi ayah tahu dia orang yang baik”
“Memang Sean tak setuju, Sean tak akan anggap Hazril sebagai adik ipar, nak jumpa dengan dia pun Sean tak sudi, tapi Sean akan balas dendam dengan dia sehingga dia ceraikan Lina”
“Kurang ajar” tamparan kuat hinggap di pipi Sean.
“Kenapa ayah ni, ayah tak boleh halang Sean, Sean tak akan sesekali benarkan Hazril jejak kaki ke rumah ni dan jadi sebahagian daripada keluarga kita”

Datin Mariah ada rancangan sendiri untuk menghancurkan kebahagiaan Lina dan Hazril. Mereka juga tidak senang dengan kehadiran Hazril. Bagi mereka, Hazril orang luar yang ingin merampas kekayaan keluarga mereka. Ini semua tidak adil. Sepatutnya Lina dijodohkan dengan anak mereka yang kini sedang belajar bidang kedoktoran di Mesir. Anak mereka juga baik seperti Hazril. Tapi kenapa Hazril juga yang menjadi jodoh bagi Lina. Tak boleh ke tunggu lagi setahun?.

Hazril membuka matanya. Lina tiada di sebelahnya. Dia bangun daripada terus terbaring dan mencari isterinya. Kenapa dia tidak kejutkan aku?.

Sayang..sayangpanggil Hazril.
“Sayang dekat sini abang” sahut Lina dari luar.
“Kenapa ni sayang, gelap-gelap macam ni dekat luar rumah, bahaya tahu tak”
“Sayang dengar bunyi bayi tadi abang”
Bayi? Biar betul sayang, sayang mengigau ni, dahlah jom masuk, nanti masuk angin pula perut tu”

Mereka mandi seterusnya solat subuh berjemaah. Setelah itu, Lina menggosok baju kurungnya dan baju kemeja suaminya.

“Abang..abang, cepat ke sini” Lina memanggil suaminya untuk melihat sesuatu lembaga yang dijumpainya di luar rumah.
“Kenapa ni? Panggil abang macam nak marah abang je”
“Maaf abang tapi tengok tu” Lina menunjukkan lembaga itu. Hazril memerhati dengan teliti apa yang berada di depan mata mereka.
“Eh, tu bayilah, siapa yang letak ni?” Mereka mendekati bayi itu dan mendapati bayi itu sudah pucat.
“Ya Allah abang, dia dah mati ke?”
“Jom bawa dia ke hospital, pergi ambil kunci kereta, kita pergi sekarang”

Hazril memandu kereta menuju ke hospital. Jam baru 7.30 pagi maka dia sempat ke hospital sebelum masuk ke pejabat. Bayi itu dimasukkan ke unit kecemasan. Mereka menanti keputusan doktor di hadapan bilik ICU.

“Bayi ni bernasib baik, dia masih hidup”
“Alhamdulillah, sekarang kami boleh melihatnya?”
“Boleh, tapi selepas ni, kami akan hantarkan laporan kepada pihak polis, boleh encik ikut kami memberi keterangan.”

“Kesian sayang tengok bayi tadi, siapalah yang sanggup buang anak?” kata Lina ketika mereka duduk bersandar di kepala katil.
“Mungkin dia terdesak, mungkin juga dia tak mampu menjaganya, yang penting sekarang ni, bayi tu dah selamat”
“Tulah abang, Alhamdulillah masih hidup baby tu”
“Sayang…malam ni abang nak layanan sayang” kata Hazril sambil  memandang isterinya.

Mereka mengambil wuduk dan solat sunat dua rakaat. Setelah itu barulah Lina menukar pakaian yang indah untuk sang suami. Mereka melayari bahtera nan indah di kegelapan malam yang diterangi bintang-bintang di langit.

3 bulan berlalu…

“Sayang rasa mual abang, tak larat nak habiskan makanan ni”
“Dah, jangan makan lagi”
“Tapi sayang nak makan benda lain, sayang nak makan buah mangga”
Buah mangga? Sayang mengidam ke?”
Mana ada. Dah lama tak makan buah mangga kan abang. Tapi sayang dah dua bulan tak datang period, tak tahulah kalau betul-betul mengandung”
“Kita kena check ni, jom pergi klinik sayang
“Tak naklah, takut nanti doktor tu buat apa-apa dekat sayang, tapi kalau beli pregnancy kit je, boleh kan abang?”
“Yelah, abang belikan sekarang juga, abang tak sabar nak tengok hasilnya nanti”

Satu line je? Apa maksudnya tu?” Hazril membelek-belek pregnancy test.
“Maksudnya tak mengandung abang, sayang sedihlah abang” Air mata Lina bertakung di kolam mata.

“Dah…dah jangan nangis lagi, kita berdoa moga-moga hasil alatan tu salah, kita tunggu lagi sebulan ye, abang sentiasa ada di sisi sayang, sayang jangan risau” kata Hazril dalam dakapannya sambil mengurut belakang badan isterinya.

                                                                                                                                                                       
                                                   <Teruskan membaca sambungan cerpen>

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me