“Lina, hai, ni aku Shafie” satu suara lelaki kedengaran dari speaker telefon.
“Hai, sekejap ye ”
“Abang…, sepupu Lina call, abang izinkan?” kata Lina pada suaminya.
“Lelaki atau perempuan?”
“Lelaki abang, kalau abang tak izin, sayang boleh tutup talian”
“Beri pada abang, biar abang yang cakap dengan dia” Lina lantas menghulurkan telefon bimbitnya kepada suaminya.
“Assalamualaikum Shafie, ada apa call isteri saya malam-malam macam ni?”
“Wa’alaikumussalam, maaf saya tak tahu pula Lina dah kahwin, boleh saya cakap dengan dia abang?”
“Boleh, tapi dengan satu syarat, saya sebagai perantaraan komunikasi awak dengan Lina”
“Lina apa khabar abang?”
“Dia sihat, tu je yang kamu nak cakap? Kalau dah habis, saya nak sambung tidur”
“Maaflah ganggu abang dan Lina, kirim salam dekat dia ye abang, saya..(rindu)tak ada apa-apalah, kata dekat dia saya balik Malaysia minggu depan, abang datanglah rumah kami nanti, ada kenduri kesyukuran, maaf lagi sekali ye abang, Assalamualaikum”
“Wa’alaikumussalam, saya nak ingatkan dengan awak, jangan ganggu isteri saya lagi, kalau saya dapat tahu awak ada berhubung dengan Lina tanpa izin saya, awak tahulah apa akan terjadi” tegas Hazril memberi amaran kepada Syafie.
“Ya , saya faham ”
“Abang, apa dia kata?” tanya Lina apabila suaminya telah mematikan panggilan telefon.
“Dia ajak kita pergi majlis kesyukuran minggu depan masa dia balik Malaysia”
“Oh, abang nak pergi? Rumah Datin Mariah dekat je dengan rumah mak dan ayah”
“Tengoklah, kalau abang tak ada apa-apa, Lina.. siapa dia ?”
“Dia sepupu Lina”
“Maksud abang, lebih terperinci maklumatnya”
“Dia belajar dekat Mesir ambil master kedoktoran, dia anak tunggal Dato Zaini dan Datin Mariah, tu jelah dan kita orang memang rapat waktu sekolah menengah”
“Dia ada hati pada Lina?”
“Kenapa abang tanya macam-macam ni, mana sayang tahu dia ada hati ke tak” jawab Lina dengan agak kasar pada suaminya.
“Jangan tinggikan suara pada abang, abang tak suka, abang hanya tanya, kalau tak tahu, katalah tak tahu, bukannya tinggikan suara, malam ni tidur dekat luar bilik”
“Abang, maafkan Lina, sayang tak buat lagi, sayang nak tidur dengan abang”
“Muktamad, tidur dekat luar sehingga abang hilang marah pada sayang”
“Abang, ambil lah pembaris ni, pukul lah sayang, sayang tak akan buat lagi, abang jangan marah pada sayang”
Ya Allah, sesungguhnya keredhaan suamiku adalah keredhaanMu, lembutkanlah hati suami hamba, agar dia memaafkan hamba
Lina masuk ke dalam biliknya dengan hiba di hati. Hatinya terlalu sedih, dia tidak berniat nak buat suaminya marah, cuma waktu tu, dia terlalu mengantuk untuk jawab soalan suaminya itu. Hidup dulu di bawah jagaan ayah dan mak, dia bebas lakukan apa sahaja. Untuk menelefon lelaki, untuk berchatting, untuk keluar shopping, semuanya boleh tanpa perlu izin. Tapi hidupnya kini lebih terikat, apa-apa panggilan telefon perlu minta izin daripada Hazril. Dia ke jenis lelaki yang ayah kata sebagai lelaki yang baik. Dia bingung dan takut akan kemurkaan Allah, marah seorang suami juga marah Allah pada hambanya. Dia tak nak tergolong dari kalangan isteri yang nusyuz. Malam berlalu cepat, Lina masih terjaga dalam alunan zikir di bibirnya.
“Lina, mana baju kerja abang”
“Ya abang ”
“Ni dia abang, abang maafkan Lina, Lina tak nak jadi isteri derhaka” rayu Lina pada suaminya.
“Abang dah maafkan sayang”
“Alhamdulillah, terima kasih abang”
“Lina, kenapa mata lebam tu, tak tidur malam ke?”
“Sayang tak boleh tidur bila abang marahkan sayang, sayang janji akan hormat abang”
Lina cepat bersiap untuk pergi kerja. Walaupun penat tidak tidur seharian, di kuatkan juga dirinya untuk pergi kerja. Dia tak mahu suaminya berasa salah sebab dia tidak tidur gara-gara suaminya yang marah padanya.
“Sayang, tengah hari ni abang tak dapat nak makan dengan sayang, abang ada meeting di luar daerah, tak pe ya sayang” kata suaminya semasa memandu kereta.
“Tak pe abang, abang jangan risau, sayang boleh makan dekat kafe sebelah pejabat”
“Kalau nak makan nanti, telefonlah abang dulu, supaya abang tahu sayang tak miss makan tengah hari”
“Baik abang” jawab Lina dengan sopan. Hazril memberhentikan kereta di tepi pejabat Lina untuk menurunkan Lina.
“Sayang .., I love you” kata Hazril selepas isterinya mencium tangannya. Lina membalas dengan senyuman yang menawan.
Semakin hari perut Lina semakin membesar. Tahulah suaminya yang dia sedang mengandung. Badan Lina mudah letih terutamanya waktu pulang dari kerja. Lina juga selalu mengidam makanan-makanan yang mahal. Hazril pada awalnya agak keberatan untuk menunaikan selera isterinya namun dia risau apa-apa akan terjadi pada bayinya nanti.
5 tahun yang lalu…
“Bapa , bangun bapak ! Apa yang dah pakcik buat dekat bapa saya!”
Bapa Hazril meninggalkan dia selama-lamanya. Ketika tren kereta api berlalu dengan pantas di sebelahnya, bapanya menghembuskan nafas yang terakhir. Darah mengalir dari kepala bapanya. Air mata bercampur darah berlumuran di badan Hazril.
“Darling, jom kita pindah sekarang” kata Dato Fizz kepada isterinya dengan tergesa-gesa.
“Apa yang dah berlaku ni ?”
“Nanti abang ceritakan segala-galanya bila kita sampai di London”
Dato Fizz dan keluarganya melarikan diri ke London untuk menyelamatkan diri. Selama mereka di sana, pihak polis membuat siasatan. Oleh kerana Hazril hanyalah orang biasa dan tidak mencukupi duit untuk mendakwa Dato Fizz, kes pembunuhan itu ditutup setahun kemudian. Dia hidup tanpa bapa dan ibunya. Ibunya telah tiada semasa dia di bangku sekolah lagi. Dia hidup dengan rasa benci yang mendalam dekat Dato Fizz.
Ketika dia mulakan kerja di ibu kota, dia bermula dari bawah. Dia belajar berdikari, hidup sendiri tanpa bantuan sesiapa pun. Tiada siapa pun yang berminat dengannya . Aku tak punya apa-apa di dunia ni, tapi aku yakin dengan berbekalkan agama, aku ada bekalan untuk akhirat. Dari segi rupa dia bukanlah jenis yang menjadi dambaan setiap perempuan. Tapi kalau dari segi agama, in shaa Allah, dia sudah bersedia menjadi pemimpin dalam rumah tangga.
Dato Fizz pulang ke Malaysia bersama isterinya dan anak perempuannya. Dia sudah berubah menjadi lebih baik. Peristiwa ketika dia meminta hutang daripada bapa Hazril dibuang jauh dari ingatannya. Hanya dia dan isterinya yang mengetahui hal ini . Anak-anaknya semuanya tidak tahu. Malah mereka masih berfoya-foya menghabiskan masa muda yang indah di pandangan mereka.
“Lina, ayah akan jodohkan kamu dengan pilihan ayah”
“Kenapa pula ayah, ayah kan tahu Lina ada pilihan sendiri ”
“Keputusan ayah tak boleh kamu tolak lagi, selama ini ayah dah bagi kamu kebebasan untuk buat apa sahaja yang kamu suka tapi kali ini, mungkin untuk yang terakhir kalinya, kamu kena ikut cakap ayah, demi kebahagiaan kamu”
“Siapa dia yang ayah nak jodohkan? Dia baik sangat ke sampai dapat bahagiakan Lina dunia akhirat?”
“Kamu akan tahu tidak lama lagi, bulan depan juga kamu akan dinikahkan”
Dato Fizz bertemu Hazril dengan tidak sengaja ketika membeli belah di pasar raya. Hazril yang perasan kelibat Dato Fizz cepat-cepat melarikan diri. Ketika dia keluar dari pintu utama pasar raya, pengawal keselamatan milik Dato Fizz berjaya menangkapnya. Dia dibawa ke suatu tempat yang jauh dari pandangan orang ramai.
“Pakcik dah bunuh ayah saya, sekarang ni pakcik nak bunuh saya pula? Silakan, silakan saya tak takut, pakcik buatlah apa yang pakcik nak buat, tapi pakcik kena ingat balasan Allah pasti akan berlaku, mungkin bukan di dunia ini, tapi di akhirat kelak” jerit Hazril apabila Dato Fizz sudah berada di hadapannya.
“Pakcik datang ni bukan nak bunuh kamu, tapi pakcik nak minta maaf, pakcik tak sengaja membunuh bapa kamu, pakcik langsung tak ada niat menyakiti bapa kamu apalagi membunuhnya”
“Jadi sekarang ni pakcik nak tuntut wang yang bapa saya belum jelaskan?”
“Pakcik tak perlukannya lagi, kamu simpanlah untuk dijadikan mas kahwin”
“Mas kahwin ? Kahwin dengan siapa?”
“Kahwin dengan anak pakcik bulan depan juga. Dia perlukan orang seperti kamu, pakcik tahu kamu seorang yang baik”
“Kenapa saya ? Pakcik nak aniaya saya ke?”
“Tak, tolonglah pakcik Hazril, itu jelah yang dapat saya lakukan untuk menebus segala dosa-dosa pakcik pada kamu dan keluarga kamu”
Hazril memikirkan hal itu. Di fikirannya hanyalah satu adakah anak pakcik itu seorang yang didambakannya selama ini. Tapi, pakcik kata anaknya seorang yang memerlukan bimbingan. Adakah pakcik itu sudah berubah? Dia melakukan solat istikharah bagi memilih keputusan yang terbaik. Dia serahkan segala masalahnya kepada Yang Maha Esa.
Majlis pernikahan berlangsung dengan sederhana. Tidak ramai yang dijemput hadir, hanya jiran-jiran dan ahli keluarga mereka. Majlis yang ringkas namun meriah . Di hati Lina, dia cuba untuk berubah dan ingin menjadi isteri solehah kepada Hazril. Aku janji demi Allah, aku akan berubah kepada lebih baik, jika benar dia jodohku dunia dan akhirat, Kau hadirkanlah rasa cinta di hatiku ini untuk sentiasa mencintainya hingga akhir hayatku.
Sean menghadiri majlis kesyukuran adik saudaranya, Syafie. Dari jauh dia melihat Lina dan Hazril berjalan beriringan. Perut Lina agak besar dari sebelumnya. Lagilah tambah bencinya pada Hazril. Tak guna punya Hazril, kau buat adik aku mengandung! Tanpa melengah waktu, dia menuju ke arah mereka dan menumbuk Hazril sepuas hatinya. Lina terkejut tindakan abangnya lalu mempertahankan suaminya. Keadaan menjadi kecoh sebentar. Ramai yang mengerumuni mereka . Hazril tersungkur di atas lantai.
“Abang, tolong berhenti” jerit Lina sambil tangannya dilapangkan untuk mengelak daripada suaminya dipukul lagi oleh abangnya.
“Lina, kamu sepatutnya tak percayakan dia ni, dia cuma nak bolot harta kita”
“Abang, dia tetap suami Lina dunia akhirat, abang tak berhak mencaci dia”
“Oh sekarang ni kamu dah pandai melawan abang, ilmu apa yang dah suami kamu beri kat kamu ni”
“Oh sekarang ni kamu dah pandai melawan abang, ilmu apa yang dah suami kamu beri kat kamu ni”
Ambulans tiba di hadapan pekarangan rumah Dato Zaini. Hazril di bawa ke hospital untuk dirawat. Lina turut masuk ke dalam ambulans menemani suaminya.
“Lina” kata Hazril dengan perlahan.
“Ya abang, abang bersabar ye” Lina memandang suaminya dengan penuh kasih sayang.
“Maafkan abang sebab susahkan sayang selama ni, kalau ajal abang dah datang…” tak sempat Hazril menghabiskan ayatnya, matanya terpejam, badannya menjadi lemah.
“Abang jangan cakap macam ni, abang pasti sembuh, sayang cintakan abang, abang kena kuat”
“Abang jangan cakap macam ni, abang pasti sembuh, sayang cintakan abang, abang kena kuat”
Sudah seminggu Hazril berada di wad. Setiap hari Lina menjenguk suaminya. Siang dan malam dia menjaga suaminya. Dia berdoa suaminya akan sedar dari koma. Lina menjadi sedih . Dia sedih sendirian . Tanpa ada sesiapa menjenguk suaminya, tanpa ada sesiapa memberi perhatian padanya. Ketika itu hadir Syafie dalam hidup Lina. Syafie kerap datang ke hospital selepas seminggu Hazril koma.
“Syafie, maafkan saya, saya tak boleh benarkan awak lama-lama di sini, suami saya akan marah” kata Lina di birai katil.
“Lina, awak sungguh baik, awak banyak berubah dari dulu”
“Syafie, awak teruskanlah hidup awak, saya dah jadi isteri orang, tak perlulah awak puji saya lebih-lebih”
“Maafkan saya sebab lambat meminang awak dulu, awak masih ada rasa pada saya”
“Zero”
“Saya tahu, saya doakan awak bahagia dengan dia, saya balik dulu”
Sean menjadi gelabah apabila mengetahui adik iparnya sudah koma dua minggu. Syafie menemui Sean supaya Sean melawat Hazril di hospital.
“Sean, kau patut pergi jumpa Hazril dekat hospital, bila-bila masa je Hazril tu boleh mati, kau tak takut dosa ke?” marah Syafie tanpa panggilan abang kepada Sean.
“Hei Syafie, tak usahlah kau nasihatkan aku ni, aku tahulah apa yang aku buat, sampai mati pun, aku tak akan minta maaf dekat dia, suka hati dialah nak mati ke apa, yang penting dia pergi dari hidup Lina”
“Sudah sudahlah Sean, Lina tu dah cinta sangat dekat Hazril tu, walauapapun terjadi dia tetap setia, apa kata kau carilah pasangan hidup untuk hidup kau pula, tak perlulah sibuk rumahtangga orang”
“Hei Syafie, tak usahlah kau nasihatkan aku ni, aku tahulah apa yang aku buat, sampai mati pun, aku tak akan minta maaf dekat dia, suka hati dialah nak mati ke apa, yang penting dia pergi dari hidup Lina”
“Sudah sudahlah Sean, Lina tu dah cinta sangat dekat Hazril tu, walauapapun terjadi dia tetap setia, apa kata kau carilah pasangan hidup untuk hidup kau pula, tak perlulah sibuk rumahtangga orang”
“Kau cakap senanglah, kau tahu apa, pasal si Hazril tu, dia tu tak setaraf dengan keluarga kita”
“Sekaya manapun kita, kita tetap hamba Allah, dan akhir sekali kembali pada Allah, harta semua ni tak bawa mati pun, insaflah Sean”
“Sekaya manapun kita, kita tetap hamba Allah, dan akhir sekali kembali pada Allah, harta semua ni tak bawa mati pun, insaflah Sean”
“Kau boleh pergi dari sini tak, hish! runsing kepala aku ni dengar kau membebel dekat sini”
“Tak kisahlah kau nak dengar atau tak, yang penting aku dah ingatkan kau”
Jemari tangan Hazril bergerak perlahan. Lina perasan keadaan itu seterusnya memanggil doktor.
“Abang, abang, bangun, ni Lina, isteri abang”
Doktor menghampiri Hazril dan memeriksa nadi di pergelangan tangan kanan Hazril. Nadinya mengikut nadi orang normal. Dadanya ditekan beberapa kali menggunakan mesin. Mata Hazril terbuka .
“Abang ok ke ?”
“Mana kaki abang, kenapa abang rasa kaki abang tak gerak?”
“Abang, kaki abang ada je, kenapa ni doktor?” Lina menjenguk kaki suaminya lalu berasa cemas dengan kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“Abang, kaki abang ada je, kenapa ni doktor?” Lina menjenguk kaki suaminya lalu berasa cemas dengan kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.
“Saya rasa saraf tunjang suami puan yang menyambung dari saraf otak ke saraf bahagian kaki rosak, sebab tu dia lumpuh”
“YA ALLAH!” Hazril menjerit sepuas hatinya sehingga air matanya mengalir laju.
“Abang sabar, abang” Lina memeluk erat suaminya untuk menenangkan hati suaminya.
Hazril baring di atas katil mengenang nasibnya. Kakinya lumpuh untuk selama-lamanya. Semua perkara yang hendak dibuat mesti atas bantuan isterinya.
Beberapa bulan berlalu….
“Abang, anak kita dah 48 minggu, bila-bila masa sayang akan beranak, kita juga tak buat persiapan keperluan baby” Lina meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
“Kita nak beli dekat mana?”
“Dekat mana-mana pun tak apa abang”
“Kalau macam tu, petang ni kita pergi kedai baju yang dekat rumah kita”
“Baik abang ”
“Allahu akbar, allahu akbar” Hazril mengazankan di telinga anaknya. Anak lelaki yang baru dilahirkan mirip muka Lina. Rasa syukur lahir dari hatinya. Anak ini bukti cinta antara Lina dan Hazril. Sebak rasanya memikirkan nikmat yang baru dikecapinya. Dia sudah menjadi seorang ayah. Namun seorang ayah tunggal. Anak lelakinya tidak dapat merasai belaian dan kelembutan hati emaknya. Lina, semoga sayang bahagia di sana, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang Allah ‘Azza Wa Jalla janjikan untukmu wahai isteri solehah.
Beberapa jam sebelum bayi dilahirkan…
“Abang, jika ditakdirkan sayang pergi dulu, halalkan makan minum Lina, ampunkan Lina atas dosa-dosa yang pernah Lina lakukan dekat abang, abang jaga anak kita ni, ni amanah Allah, dalam hidup ni, perkara yang paling bahagia pernah sayang lalui ialah bersama abang, terima kasih atas segala-galanya, anak ini adalah hadiah untuk abang, mungkin khidmat terakhir sayang sebagai isteri abang, redhakan pemergian sayang ya abang” kata-kata Lina sebelum melakukan pembedahan cara caesarian. Hazril mendengar begitu teliti sehingga air matanya mengalir tanpa disedarinya.
“Abang redha dengan sayang, sayanglah satu-satunya orang yang ada dalam hidup abang, di saat abang terluka dan ditimpa musibah, sayanglah yang setia menjaga abang, abang maafkan dosa-dosa sayang pada abang, sayang dah berkhidmat dengan begitu tulus sehingga sayang tampak sempurna di mata abang, abang janji akan jaga amanah yang Allah beri pada kita, sebelum terlambat, terima kasih melahirkan zuriat kepada abang, sungguh abang inginkan anak sebagai penyeri dalam hidup kita”
Pintu wad ditutup. Hazril hanya menunggu di luar wad. Keluarga Lina turut ada menunggu kecuali Sean yang berada di luar negara.
Doktor keluar dengan rasa hiba menyampaikan berita sedih kepada mereka. Dalam kehibaan itu, sinar bahagia memancar hidup mereka. Lina pergi untuk selama-lamanya namun bayi yang dikandungnya selamat lahir ke dunia. Begitulah lumrah kehidupan, bila ada yang pergi pasti ada yang datang. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.
kurang memuaskan....perlu dipertingkatkan lagi
ReplyDeleteTq krn sudi beri komen annonymous. In shaa Allah saya perbaikinya lg. Ada apa2 cadangan?
Deleteboleh diperbaiki lagi.
ReplyDeletebleh perincikan lg bhagian mna yg perlu diubah..
DeleteThe story is good.. Tapi cara penyampaiannya mcm hambar... Idea dah ade tapi perlu dikembangkan lagi supaya cerita jadi lebih menarik... Maaf.. Saya hanya memberi pndapat saya...
ReplyDeleteterima kasih atas pendapat yg diberikan. in shaa Allah saya memperbaikinya lg. saya amat berminat untuk mendengar komen awak utk cerpen saya ni https://www.wattpad.com/258496104-isteriku-tolong-abang-boleh-nota
DeleteActually sy x nmpk connection link dri satu ke satu part. End up, sy x fhm. Myb you bny idea.. Tht was good.
Delete