Assalamualaikum
sedar ataupun kita tidak sedar, dunia ini ibarat roda yang berpusing. sekali kita berada di atas, sekali kita berada di bawah. hari ini kita hidup, berada di atas tanah tapi kita tak tahu mungkin hari esok kita mati, berada di bawah tanah, iaitu dalam kubur.
kita leka mencapai bahagia di dunia tapi kita lalai mencapai bahagia di akhirat. sebaik-baiknya mencapai kebahagiaan itu perlulah seiringan, dunia dan akhirat.
semalam saya dan keluarga menziarahi rumah orang yang meniggal dunia. saya dengan arwah tidaklah rapat, namun emak saya begitu rapat dengannya. di hati ini seperti biasa mengambil iktibar daripada apa yang saya lihat. arwah ketika meninggal sudah 83 tahun. ketika dikafankan, saya teringat hadis ini:
Hadis Rasulullah s.a.w :
"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud
orang sekeliling yang begitu rapat dengan arwah, semuanya mengalirkan air mata dan mencium dahi arwah buat terakhir kalinya. teringat pula pada hari pemergian orang yang amat rapat dengan saya. saya juga mengalirkan air mata. sesungguhnya semua yang hidup pasti mati. tiada satu harta pun akan dibawa olehnya ke dalam kubur kecuali tiga perkara yang disebut dalam hadis atas. salah satunya iaitu doa anak-anak soleh betul-betul menyusuk kalbu.
mampukah kita menjadi anak yang soleh yang mendoakan ibu bapa yang telah kembali ke rahmatullah?
berusahalah menyiapkan diri menjadi hamba yang taat pada perintah Allah, agar doa kita mengalir terus ke kubur ibu bapa kita.
selagi mereka masih hidup, sayangilah mereka sepenuh hati kerana Allah. redho Illahi terletak pada redho ibu bapa..
sebagai peringatan buat kita semua termasuk diri ini
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.