Tuesday, July 18, 2017

Setahun dalam keluarga MTMKC sesi 16/17



Assalamualaikum para pembaca yang disayangi.

Hari ni nak cerita sikitlah mengenai pengalaman saya sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor bagi sesi 2016/2017.

Pejam celik-pejam celik dah habis sesi 2016/2017 dan itu bermakna berakhirlah juga tugas saya sebagai Exco Biro Pembangunan Usahawan di kolej tercinta iaitu Kolej Canselor, UPM.

Kalau boleh, ingin saja saya cerita setiap liku-liku yang telah saya hadapi sepanjang jadi MTM. Namun, kisah satu tahun ini tidak mungkin cukup untuk saya cerita dalam satu post ini. Mana mungkin saya lupakan setiap memori yang tercipta dalam menempuh alam kepemimpinan ini.

Dari sini juga berlakulah segala kegembiraan, kedukaan, kekecewaan, keinginan dan keperluan. Tidak sangka setahun itu berlalu bagai daun-daun kering yang gugur dari pokok tatkala musim luruh tiba. Bulan berlalu, menukar fasa hidupnya dari terang ke gelap dan terus menerus berpusing mengelilingi bumi. Begitulah hidup dalam organisasi ini.

Kata orang, pengalaman itu tidak dapat tercipta sendiri melainkan kita sendiri yang membentuknya. Di sini, saya mencipta pengalaman saya. Pengalaman yang mungkin tidak sama dengan ahli-ahli lain. Inilah pengalaman saya dalam keluarga MTMKC 16/17.

Punyalah panjang intro, kini tibalah isi kepada post ini.

Siapa kata mudah untuk menjadi pemimpin?
Siapa kata mudah membentuk kenangan?
Adakah kenangan ditinggal sahaja selepas segalanya berlalu?

Tapi satu sahaja yang saya pegang untuk hari lalu, hari ini dan hari seterusnya.
Hidup ialah satu persinggahan. Di dalamnya ada peluang yang datangnya hanya sekali.
Sudah pasti saya perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang datang.
Semua ini yang akan membuat kita lebih matang.
Pandai cara berfikir, cara menyelesaikan masalah dan bertanggungjawab atas segala keputusan yang kita pilih.
Mengenali pelbagai jenis manusia, yang berbeza-beza cara hidupnya, perwatakannya, raut wajahnya dan hatinya.
Mengenali politik sebuah organisasi, sebuah pekerjaan dan sebuah keluarga, yang asasnya bukan darah yang sama tetapi hati yang bersatu.

Alamak dah masuk pula skrip novel.

Bukan benci yang dicari, bukan juga masalah yang ditinggal berlarutan.
Tetapi sayang dan penyelesaian yang memihak kepada semua.
Semua yang terlibat dalam satu organisasi.
Baik dari kalangan ahli mahupun ahli luar yang berhubung dengan kita.

Ada kalanya hidup umpama mayat yang hidup.
Tetapi terpulanglah, mahukan sesuatu yang hanya mengikut arahan atau sesuatu yang dilakukan demi kepuasan dan keadilan.

Kena marah atau terluka, itu sudah biasa. Namun, tahukah kita alam pekerjaan adalah lebih dahsyat?

Dan pada akhirnya, insan yang berguna inilah yang akan mewarisi sebuah keadilan dan keterbukaan.

Faham ke ayat saya ni? Haha. Lain kali saya sambung lagi post ini dengan sesuatu yang lebih difahami semua.

Manusia tidak mudah berubah tetapi pengalaman hidup yang akan menyedarkan manusia tentang kesalahan yang pernah dilaluinya.

Terima kasih MTM KC 16/17.

Didedikasikan kepada semua yang terlibat sepanjang penglibatan saya sebagai MTMKC 16/17 baik secara langsung mahupun tidak langsung.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me