Friday, January 20, 2017

Rawatlah Hati Ini (No more hurt!)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Umpama sebuah kehidupan baharu bagi saya setelah menerima sebuah kisah kehidupan gadis berumur 21 tahun.

Saya sentiasa mahu bersangka baik terhadap orang lain namun semuanya tiada yang mudah.

Mencintai dan dicintai itu fitrah.

Namun, apabila kita melanggar hukum Allah, sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Saya tak mahu cakap banyak tentang apa yang telah terjadi.

Satu sahaja yang ingin saya sampaikan.

Segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.


Agak-agak apa yang nak saya ceritakan? Dah dapat hint kan?

Ya, memang betul patah hati itu menyiksakan.
Hati dan perasaan yang lembut ini.

Tapi, kita perlu ingat, kenapa kita patah hati?
Kerana kita telah melakukan larangan Allah.

Bukankah bersembang dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada tujuan itu adalah satu dosa?
Bukankah mempunyai perasaan dengan lelaki yang tiada halalnya dengan kita itu adalah dosa?
Bukankah melunakkan suara walaupun melalui ayat-ayat dalam mesej adalah satu dosa?

Semua itu dosa.
Dan oleh sebab itulah, terimalah akibatnya daripada perbuatan kita sendiri.

Kita mula jatuh hati tapi hati ini kita beri sepenuhnya pada yang bukan haknya.
Kita mula lalai dalam alam percintaan sehingga cinta kepada Allah & RasulNya semakin tipis.
Dan apabila cinta yang sepenuhnya kita beri kepada lelaki yang bukan mahram hanya mainan hati, sakit itu menerpa.
Putus harapan, berharap dia membalas mesej, hidup dalam ketakutan ditinggalkan dan bermacam-macam lagi yang kita rasa.

Sebab itulah Allah mengharamkan suatu perhubungan yang tiada akadnya. Kerana perhubungan itu tiada talinya. Tergantung niatnya. 
Kerana hati seorang wanita itu begitu jernih dalam perasaan, Allah melarang kita untuk bermesraan dengan lelaki ajnabi. 
Kerana Allah lebih tahu atas hambanya.

Memang benar patah hati itu membuat kita menjadi gila jika tidak dirawat secepatnya. Tidak hairanlah ada yang sanggup membunuh diri akibat patah hati kerana mereka tidak dapat menerima ketentuan dari Sang Pencipta.

Alhamdulillah, Allah membuka hati ini untuk menerima segala yang terjadi sebagai penguat hati dalam menghadapi ujian kehidupan.

Bagaimana caranya merawat patah hati?
Jangan ambil mudah ye semua kerana patah hati ini adalah penyakit. Jika tidak dirawat makanya jauhlah seseorang itu dari rahmat Allah. Kerana yang dingatnya lebih kepada kekasihnya bukannya Penciptanya.

Pertama, mengadulah pada Allah. Ceritakan kepadanya. Dia lebih mengetahui luar dan dalam kita. Jangan berterusan simpan dalam hati. Luahkan isi hati kita padaNya. Menangislah sepuas hatimu. Lepaskan segala kedukaan yang melanda hatimu. Bersangka baiklah kepada Allah. Mungkin dia bukan jodohmu. Masih ada yang menyayangimu, setia menatimu apabila tiba masanya nanti.

Kedua, dengarlah nasihat daripada orang yang sudah berkahwin. Perhubungan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin dan sudah berkahwin pastinya jauh bezanya. Mereka lebih tahu mana lelaki yang baik untuk dijadikan pasanganmu.

Ketiga, minta maaf kepada ibu bapa kerana membelakangi mereka semasa kita ada perhubungan dengan lelaki lain. 

Keempat, hatimu kini lebih tenang. Tapi perasaan sedih itu pastinya akan datang semula jika kamu tidak kuat. Maka, hiasilah hidup dengan zikir, membaca al-quran dan solat sunat. Dekatkan diri kepada Allah. Bergantung hanya pada Allah. Saya sarankan baca surah Yasin setiap kali selesai solat fardu dan kerap mengambil wuduk. Boleh juga rujuk link ni, Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
Sangat berguna kepada kita semua. In shaa Allah.

Moga bermanfaat untuk kita semua. Saya dah rasa perasaan ini. Sangat perit.
Tapi ingatlah, cinta kepada Allah dan RasulNya adalah cinta yang terbaik!


0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me