Alhamdulillah, saya dah selesai degree
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengakhiri zaman belajar saya di universiti pada 6 Februari 2020. Itulah tarikh keramat status saya bertukar dari pelajar SULUNG ke BERGRADUAT.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang saya lambat mengakhiri pelajaran saya untuk peringkat ijazah sarjana muda. Saya lewat 1 semester dari kawan-kawan saya yang lain. Jadi, saya akan bergraduat bersama junior-junior saya yang tahun empat pada tahun ini. Tarikh graduat belum keluar dan mungkin diadakan pada bulan Oktober atau November 2020.
Sebalik kegembiraan yang saya rasa pada hari ni, ada beberapa episod kesedihan yang saya alami dalam masa 1 semester yang lalu.
Di saat rakan-rakan meraikan kegembiraan mereka semasa hari konvokesyen, saya masih dalam tempoh belajar. Dan ketika saya melawat mereka, saya menitiskan air mata. Entah kerana gembira melihat kawan-kawan seperjuangan berjaya menamatkan pelajaran pada masanya atau kerana sedih tidak dapat bersama-sama naik atas pentas meraikannya.
Ketika itu, saya menyedari, saya bertuah kerana mengetahui apa perasaannya apabila perlu menambah satu semester kerana perlu mengulang satu subjek yang tidak lulus.
Selain itu, saya menjadi baik. Alhamdulillah. Bagi saya, inilah best version of me bila saya berada di tahap yang paling rendah dalam hidup saya.
Setiap orang diuji kerana Allah menyayanginya. Dengan ujian itulah, kita menjadi lebih baik dan yang paling penting mengetahui bahawa perancangan Allah adalah lebih baik.
Mungkin saya akan bangga diri, mungkin juga saya akan menjadi tidak baik, dan mungkin juga saya akan mendapat pekerjaan yang tidak sesuai. Sesungguhnya apa yang Allah aturkan untuk kita, itulah sebaik-baik perancanganNya dan terbaik untuk kita.
Dalam tempoh itu, saya mengenali seseorang yang bagi saya, itulah cinta yang saya cari selama ini. Namun, beberapa hari sebelum saya mengambil peperiksaan akhir, dia meninggalkan saya. Namun, kehadiran dia juga memberi saya pelajaran bahawa walaupun saya berada di titik bawah saat itu, ada lagi yang lebih susah daripada kita. Ringkasnya, dia mengajar saya erti bersyukur kerana dia berasal dari keluarga yang susah.
Saya juga bersyukur mendapat pensyarah yang baik dan dengan mudah saya memahami pelajaran yang diajarnya. Pada masa itu, saya tidak menjangka yang pensyarah ini yang Allah pilih untuk membantu saya lulus untuk pelajaran yang saya ulang ini. Dengan izin Allah, alhamdulillah daripada F atau gagal berubah menjadi B.
Semua itu bermula dengan satu malam. Saya menangis malam itu. Sebenarnya saya tidak ingat. Mungkin kesedihan itu akhirnya membuat saya bangkit daripada lemah dan melupakan peristiwa yang menyedihkan itu. Saya kata pada diri saya, ada sebab kenapa semua ini berlaku pada saya. Mungkin inilah yang terbaik untuk saya. Mungkin dalam tempoh ini sebelum saya bergraduat, saya akan bertemu beberapa orang yang sekiranya saya berjaya, saya tidak akan bertemu dengan dia.
Saya ingin kongsikan sedikit amalan yang baik untuk lakukan. Iaitu setelah Subuh, baca surah Yassin. Selepas Asar, baca surah al-Waqiah. Sebelum tidur, baca surah al-Mulk. Setiap hari Jumaat, baca surah al-Kahfi (ayat 1-10 dan 100-110). Solat dhuha dan solat malam.
Alhamdulillah, dalam tempoh itu, rezeki saya murah dan akhirnya saya juga dapat mengikuti program Aiesec iaitu di Turki. Ketika saya menulis kisah ini, saya sedang berada di Bursa, Turki. Ini juga ada kisahnya. Saya akan kongsikan bila ada kesempatan, inshaaAllah.
Untuk pembaca yang mengalami pengalaman seperti saya, anda memang kuat. Jika ingin kongsikan pengalaman itu dengan saya, boleh komen di bawah.
Dan mungkin ada yang sedang berada di tahun 4 dan risau jika tidak dapat menamatkan pelajaran mengikut masa yang ditetapkan, ingatlah tiada siapa yang peduli kita belajar berapa tahun untuk menghabiskan Ijazah Sarjana Muda. Mereka hanya mahu melihat pointer kita. Tetapi kitalah yang mengalaminya. Hanya kita yang mengetahui liku-liku yang perlu dihadapi sebelum berjaya menamatkan pelajaran.
Alhamdulillah kepada semua yang hadir dalam hidup saya terutama keluarga yang sentiasa memberi semangat dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain.
InshaaAllah, itu bukan pengakhirnya. Doakan saya dapat pekerjaan yang baik dalam masa terdekat. Aamiin.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.