Sambung Degree Selepas Berkahwin?
Assalamualaikum pembaca sekalian.
Baca tajuk macam menarik. Tapi perkara itu tidak berkaitan dengan situasi saya sekarang tetapi berkait dengan saya ketika saya masih tidak mengenal apa itu erti pengorbanan.
Seperti semua maklum. Saya belum berkahwin dan sedang meneruskan pengajian tahap bacelor di UPM. Tahun ini merupakan tahun keempat. Ini hal biasa kita dengar terutama dalam era membangun. Kebiasaanya, pelajar akan sambung asasi/maktrikulasi/diploma dan terus menyambung degree.
Berkaitan dengan tajuk, mesti semua nak tahu apa yang terjadi. Ini hanyalah sebuah renungan untuk diri saya dan semua yang membaca blog ini. Insan yang menghadapinya ialah ayah saya. Saya bukanlah nak buka kisah silam tetapi bagi saya kisah ini boleh memberi inspirasi kepada kita semua.
Ketika ayah saya menyambung pengajian degree, dia sudah bekerja dengan kelulusan diploma. Dia juga sudah berkahwin ketika dia bekerja. Setelah itu, lahir anak pertama dan ketika emak mengandung anak kedua iaitu saya, ayah pun menyambung pengajian. Emak dan ayah sama-sama menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Emak juga bekerja sebagai pembantu tadbir (kelulusan spm). Tujuan ayah menyambung degree adalah untuk meningkat taraf hidup. ketika itu, ayah saya ialah seorang pembantu teknik (kelulusan diploma). Untuk membolehkan dia naik pangkat yang lebih tinggi iaitu jurutera perlulah mempunyai kelulusan degree.
Bermulalah hidup kami berempat yang bagi saya adalah sebuah pengorbanan. Emak bekerja siang dan balik waktu petang. Saya dan abang akan dijaga opah di rumah opah. Kami tiada rumah lagi ketika itu dan tinggal di rumah opah tetapi berlainan bangunan. kawasan rumah opah ada dua rumah. rumah 1 ialah rumah satu tingkat dan batu iaitu rumah yang opah berada dan jaga saya. rumah 2 ialah rumah dua tingkat dan kayu. jadi kami tinggal di rumah no. 2 ni. tetapi rumah 2 ni pula ada dibahagikan kepada beberapa bilik. bilik bawah ialah berbatu, ada dua bahagian. bilik atas ialah berkayu ada dua bahagian juga. jadi, bilik kami yang berbatu tetapi yang kecil. kami hidup cukuplah untuk tidur. Memandangkan bilangan kami pun sikit. Nak jelaskan kecil macam mana tu, susahlah. kalau saya jumpa gambar yang lebih kurang sama, saya akan letak di sini.
Sementara ayah, belajar di Kuala Lumpur dan ada rumah sewa bersama kawan-kawan yang lain. Walaupun ayah sudah bekerja, ayah ambil cuti tanpa bergaji. Jadi, dari mana datangnya duit nak sara anak-anak? Dengan diri sendiri perlu ditanggung (takkan minta dekat ibu bapa pula kan? dah kahwin kan? jadi lelaki/ketua keluarga pula tu)
Emak yang sudah berkorban untuk menyara aku dan abang yang ketika itu masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Ayah sambung belajar kerana emak ingin melihat masa depannya bersama ayah dan anak-anak menjadi cerah. Emak jugalah yang memberi sokongan kepada ayah untuk susah dahulu tidak mengapa tetapi akan senang kemudian. Emak tiada lesen dan menaiki bas untuk pergi ke kerja. Oh.. lupa pula nak beritahu. emak berada di ipoh bersama anak-anak dan ayah berada di kuala lumpur. Masa 3 tahun bukan sekejap untuk menamatkan degree. Dan saya kurang pasti sama ada ayah belajar guna duit simpanan dari bekerja atau ada ambil pinjaman.
Ayah akan pulang ke rumah setiap minggu untuk melihat emak dan anak-anak. Ayah menggunakan motor. Hmm, guna duit lagi..
Saya terfikir, macam mana kehidupan waktu itu? Yang semua orang lihat ialah kami keluarga yang ada segala-galanya. Namun, hakikatnya kami juga seperti semua orang. yang akan melalui satu masa sulit dan itu pasti sesuatu yang dikatakan 'susah senang kita bersama'.
Kenapa saya cerita semua ini? Mestilah ada kaitan dengan keadaan saya sekarang ini. Alkisahnya, duit untuk menampung perbelanjaan saya saat ini belum saya dapat. Saya mengambil yayasan A (nama dirahsiakan) namun belum dapat. Wang yang saya dapat tidaklah cukup untuk membayar yuran pengajian saya tetapi cukup untuk saya makan minum di sini. Yuran pengajian saya yang berjumlah RM1,300++ ditanggung oleh ayah saya.
Saya tidak mahu membahaskan kenapa saya belum dapat duit tetapi saya cuba membandingkan keadaan ayah saya waktu dia sedang belajar peringkat degree. Saya kalau tiada duit nak makan, saya hanya fikirkan diri saya. Tetapi lain pula bila seorang lelaki dan sudah berkahwin. pasti dia akan memikirkan isterinya dan anak-anaknya juga. Malah, dia wajib untuk memberi nafkah yang berupa makanan, minuman dan pakaian termasuk tempat tinggal yang sempurna. itu pastinya sulit bukan?
Barulah saya sedar, kenapa emak melarang saya untuk berkawan rapat/calon suami yang hanya mempunyai kelulusan SPM. (Saya tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa, tetapi berdasarkan sejarah hidup keluarga saya. Mohon maaf jika perkataan saya mengguris perasaan pembaca).
satu, berkaitan masa sulit yang kita terima. adakah kita sanggup untuk berkorban untuk bantu dia sambung belajar bagi masa depan keluarga yang cerah? mungkin sanggup tetapi jika boleh ubah, lebih baik kita ubah awal dengan memilih yang ada kelulusan lebih tinggi.
kedua, bekerja dengan kerajaan adalah mengikut kelulusan. jika kelulusan spm, maka pemilihan kerja adalah sedikit. walaupun ada yang mengatakan kalau berkelulusan tinggi pun belum tentu dapat kerja yang bagus. selagi kita boleh berusaha mendapat yang terbaik, kenapa perlu mengeluh terlebih awal?
ketiga, kita (pihak lelaki) adalah ketua keluarga. urusan rumahtangga adalah terletak pada kita. sedangkan isteri nak keluar rumah pun perlu mendapat keizinan suami kerana setelah mas kahwin diberikan kepada isteri, isteri wajib taat pada suami. di situlah nafkah yang menjadi kewajiban suami menjadi sesuatu yang penting untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak. maka, tiada lagi menjadi kewajiban kepada ayah untuk memberi nafkah kepada anak perempuannya yang telah berkahwin. perempuan itu adalah hak suaminya pula. jika suami tidak mampu memberi sepertimana ayah memberi kepada perempuan itu, mungkinkah perempuan mampu menerima kelemahan itu? menurunkan taraf hidup daripada yang serba mewah kepada taraf yang biasa-biasa jika hanya berharap duit daripada suami sahaja. sanggupkah anda wahai perempuan? jawapannya ada di hati masing-masing. di situlah kenapa wanita bekerja. jika dia seorang yang baik dan memikirkan masa depan bersama suaminya, dia akan tolong suaminya. mungkin sedikit, hanya membayar yuran tadika anak setiap bulan yang beratus. mungkin hanya dengan memberi duit belanja kepada anak setiap hari rm2 (anak pula selera makan). oleh itu, wahai pembaca perempuan, kita perlu ada pelajaran. kita perlu ada pekerjaan.
daripada tiga alasan yang saya beri, ada bab kufu (persamaan) yang saya sentuh iaitu sesuatu yang perlu dititikberatkan sebelum memilih pasangan hidup. Malah, kufu menjadi syarat sah akad perkahwinan. wali (untuk mazhab syafie mengikut urutan ialah ayah orang yang pertama menjadi wali dan diikuti datuk dan senarai yang lain) berhak membatalkan akad jika mengetahui pasangan yang menikah tidak sekufu/setaraf.
Jadi, setelah diselidiki, dari mana datangnya duit untuk belajar walaupun telah berkahwin dan ada anak kecil, pertama kerana adanya perempuan yang bergelar isteri yang sentiasa memberi sokongan bukan dari segi perkataan tetapi wang ringgit. isteri jualah yang sanggup susah senang bersama suami. kedua, Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 32
وَأَنكِحُوا اْلأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32).
Sumber : https://remajaislam.com/268-carilah-kaya-dengan-nikah.html
Jawapannya ialah "Nikah membuka pintu rezeki!"
Alhamdulillah, seiring waktu berjalan, keluarga kami diberkati Allah. Abang saya sudah berkahwin. Adik saya (Aqilah) masuk kolej komuniti dan adik yang paling bongsu (Baqir) belajar sekolah rendah. Baqir teman mak dan ayah di rumah. Hehe. Ayah dan emak masih bekerja dan mempunyai kereta dan rumah. Yang pasti segala kesenangan itu pasti ada kepayahan yang perlu kita hadapi. Usah mengalah terlalu awal kerana perjalanan kita baru bermula. Carilah pasangan yang sekufu demi mencari kebahagiaan dalam rumahtangga. Jodoh itu rahsia Allah.
Selamat belajar semua dan teruskan semangat 😁
Yang baik boleh dijadikan pengajaran. Saya hanya berkongsi pandangan saya. Jika ada salah dan silap, mohon dimaafkan. Jika ada pandangan, boleh komen dibawah. Terima kasih kerana sudah baca. rasanya ni tulisan saya yang paling panjang selain novel dan cerpen yang telah saya tulis.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.