Friday, November 16, 2018

Transaction Unsuccessful untuk tiket ETS

Sumber: KTMB

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi.
Semoga semua pembaca dalam keadaan sihat dan baik.

Siapa sini selalu beli tiket balik online? Banyak kan? Biasalah bila semua dah maju, pakai online je lah walaupun dekat je kalau nak beli dekat kaunter.

Jadi, perkhidmatan train adalah pilihan nombor satu bagi saya kalau nak balik rumah di Ipoh. Jadi, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh mengambil masa dalam 3 jam. Banyak kelebihan naik train ni berbanding naik bas. Yang penting selesa walaupun mahal sedikit.

Pilihan saya ialah train ETS jenis Silver. Harga biasa ialah RM25. Dulu banyak jadual yang menawarkan jenis Silver tetapi akhir-akhir ni, train jenis Silver hanya ada pada waktu malam iaitu pada jam 11:05 malam yang bermula perjalanan di Sentral Kuala Lumpur. Dan berakhir di Ipoh.

Untuk post ini, niat saya bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa namun untuk iktibar kita semua.

Saya tiada masalah sebelum ini apabila membeli tiket secara online melalui laman web KTMB. Boleh dikatakan cukup selamat untuk saya membeli secara online. Sangat mudah dan menjimatkan masa. Semua tiket yang saya beli berstatus successful. Namun, semuanya berubah ketika saya ingin membeli tiket semasa cuti pertengahan semester iaitu pada 24 Oktober 2018 yang lalu. Mungkin inilah pengalaman saya yang ingin saya kongsikan kepada semua dan berharap kita dapat menangani masalah ini daripada berlaku lagi di masa hadapan.

Dipendekkan cerita, saya beli tiket dua hari sebelum tarikh saya nak pulang ke Ipoh. Untuk pertama kali, saya membeli tiket untuk 2 orang iaitu saya dan sepupu saya. Mula-mula tu, memang dah rasa lain dekat website dia. Lambat nak loading jadual perjalanan dan dari satu step ke step yang lain mengambil masa yang lama. Selepas itu, dengan masalah ketika saya nak buat pembayaran. (masalah pelajar, bila nak buat bayaran, lepas tu tulis unsuccessful sebab tak cukup duit dalam akaun). Saya kena guna akaun lain. Tetapi, akhirnya bila dah successful bayar, resit tak keluar. Sepatutnya akan terpapar resit kita tetapi tidak kali ini. Bila tekan nak download resit, keluarlah coding yang mengatakan error runtime.

Memang cuak waktu tu. Duit loss, lepas tu tak tahu status sebenar sama ada tiket dah successful atau unsuccessful. Bila semak bahagian manage booking, tak ada pun maklumat tiket yang baru beli. Selepas itu, saya telefon customer centre (+60322671200). Saya tanya sama ada successful atau tidak. Operator akan tanya kad pengenalan dan nama untuk semak sistem dan keputusannya amatlah mengecewakan terutamanya kepada pelajar yang nak balik kena kumpul duit dulu. So, how about the money? Nasiblah saya baca syarat-syarat yang ada. Syarat tersebut mengatakan jika proses tidak berjaya, duit akan dikembalikan.

Jadi proses seterusnya, saya menghantar emel kepada pihak KTMB (callcenter @ktmb.com.my) mengatakan yang transaction saya tidak berjaya dan menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui Maybank2u. Ada 3 pilihan pembayaran iaitu IPay88, Maybank2u & Kad Kredit/Debit. Dan pihak KTMB akan follow up emel dengan kita. Dia akan minta maklumat akaun bank dan lain-lain berkaitan untuk hantar aduan kepada pihak yang terbabit. Duit akan dipulangkan selewat-lewatnya dalam masa 14 hari bekerja. 

Jadi, sekarang sudah hampir sebulan menunggu namun duit masih belum dapat semula. Saya telefon semula untuk tindakan selanjutnya. Rupanya bila check emel dan maklumat yang diminta ketika telefon, ada detail yang saya salah bagi iaitu nombor Reference ID iaitu yang bermula nombor 18----- (kalau Maybank2u). Mungkin sebab itulah duit saya masih belum dikembalikan. 

Sekarang saya nak kongsi tips untuk membeli tiket secara online melalui KTMB.

Disebabkan peristiwa itu, saya membeli tiket di kaunter untuk pulang ke Ipoh ketika cuti midsem. Dan cara ini yang paling selamat. Haha. 

Dan hari ni, abang saya minta tolong untuk saya belikan tiket untuknya. Saya agak keberatan sekiranya perkara sama berulang lagi. Alhamdulillah, transaction berjaya dan details key in dalam sistem. (Agak berterabur sikit ayat saya. Kalau yang tahu selok belok macam mana transaction berlaku, mungkin faham. Kalau tak faham, boleh tanya saya nanti).

Ini tipsnya:
  1. Guna website KTMB ini (https://intranet.ktmb.com.my/ktmb_ui/user/login). Ni website yang biasa saya guna untuk beli tiket ETS. Waktu tragedi tiket unsuccessful, saya guna website ni (https://eticket.ktmb.com.my/guest/user/login). 
  2. Pastikan internet connection okay. Strength excellent atau stabil. Saya guna mobile data atau private internet berbanding public internet. Waktu tragedi tiket unsuccessful, saya guna internet di universiti. Mungkin waktu tu ada problem connection atau tak stabil. Sebab loading page amat memerlukan kesabaran yang tinggi. 
  3. Beli tiket untuk seorang bagi satu masa (session). Waktu tragedi tiket unsuccessful, saya beli tiket untuk dua orang terus.
  4. Bayar melalui IPay88. Setiap kali transaction successful, kita akan dapat resit di emel. Dari situ kita tahu sama ada kita dah bayar atau belum. Waktu tragedi tiket unsuccessful, saya guna Maybank2u.
  5. Lepas dah bayar, tekan continue transaction, sampailah dia kata boleh tutup window pembayaran tu.
  6. Tunggu sampai tiket kita terpapar dekat website KTMB, selagi tak terpapar, jangan refresh website. Kalau dah terpapar tu, tahniah.. anda berjaya beli tiket online. Download tiket tu.
  7. Semak bahagian Manage Booking. Kalau ada, transaction berjaya.
Saya tak pasti sama ada itu punca utama masalah yang saya hadapi atau itu hanyalah pandangan saya. Yang pasti, beli tiket awal kalau tarikh yang kita nak balik tu, tarikh yang ramai orang beli. Hal ini bagi mengelakkan masalah sistem yang tidak boleh menampung banyak pengguna dalam satu masa. 

Saya masih menunggu duit refund saya. Harapnya segalanya dipermudahkan. Aamin.
Bagi pelajar yang akan menggunakan ETS banyak kali, saya sarankan untuk jadi ahli. Dapatlah diskaun. Kalau tiket biasa RM25, akan jadi RM19. Kalau tiket RM36, akan jadi RM25.

Proses dia mudah sahaja. Daftar secara online sahaja. Tapi, dekat situpun saya ada isu. Haha. Takpelah.. yang penting saya punya pendaftaran berjaya walaupun selepas sebulan rasanya baru dia activate.

Akhir sekali, pastikan setiap transaction secara online mesti ada resit sebagai bukti dan rujukan.

Selamat berjaya semua!

Maafkan saya sekiranya ada sebarang masalah dan saya bercakap selaku pengguna.
Dan saya tetap akan guna ETS sebagai pilihan pertama saya.
Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me