Wednesday, January 4, 2017

Aku Kan Terus Coba



Assalamualaikum semua.

Sedikit sedih sebenarnya. Masuk kali ini, dua kali manuskrip ditolak. Pertama sekali hantar awal bulan April 2016. Tunggu dalam tiga bulan selepas tu dapat keputusan. Saya dimaklumkan manuskrip saya tidak mengikut kriteria yang diinginkan. Hancur juga hati saya waktu tu. Sedih sangat rasanya. Tetapi saya kuatkan semangat untuk cuba kali kedua.

Maka, saya hantar manuskrip saya kepada penerbitan lain. Hantar bulan September 2016. Ambil masa dua bulan untuk tenteramkan hati setelah kali pertama hantar manuskrip. Jadi, keputusan sudah keluar sebentar tadi setelah tiga bulan menunggu. Saya memang sudah bersedia untuk menerima apa jua keputusan daripada penerbit ni.
Pray for the best, Prepare for the worst.

Tapi kenyataannya masih sakit. Saya tetap rasa sedih.
Jadi, kenapa ada full version Sungguh, Tulus Menyayangimu adalah sebab saya sudah bersedia untuk menerima keputusan sebegini.

Setelah saya berfikir sejenak tadi, maka dapat saya simpulkan, segala yang berlaku pasti ada hikmahNya. Mungkin dengan pengalaman sebegini dapat saya masukkan dalam manuskrip seterusnya. Saya redha manuskrip Sungguh, Tulus Menyayangimu hanya sekadar di alam maya.
...
Namun aku kan coba dan terus coba hanya untukmu
Dan aku tak kan pernah putus asa dengan dirimu
Berikanku waktu, kuperlukan waktu
...

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me