Kahwin?? Tidaklah, ini hanya lakonan untuk program
Assalamualaikum pembaca semua.
Rindunya dekat semua. Saya ada cerita baru nak kongsikan kepada semua. Untuk pembaca-pembaca blog saya yang tercinta dan disayangi.
Semalam telah berlangsung satu program iaitu program penyediaan bubur lambuk di pejabat saya. Ini ialah program tahunan pejabat yang saya sedang bekerja sekarang. Saya belum bekerja tetapi saya menjalani latihan industri/praktikal di Majlis Bandaraya Ipoh.
Secara terperincinya, program ni diadakan di luar bahagian pejabat iaitu di jalan raya. Khemah dipasang sepanjang jalan. Setiap khemah bersaiz 20" x 20" diberikan kepada setiap kumpulan. Satu kumpulan mempunyai 4 bahagian jabatan. Jadi, khemah saya ni dikendalikan oleh 4 jabatan yang bergabung. Jumlah khemah yang ada sekitar 20 khemah. Setiap khemah perlu membuat bubur lambuk dan perlu ada hiasan khemah mengikut tema. Temanya adalah kehidupan desa pada tahun 60an - 70an. Jadi, apa yang menarik mengenai hiasan khemah kami ialah kami membuat hiasan seperti kenduri kahwin zaman 70an. Jadi, mestilah ada pelamin kan? Bila dah ada pelamin, mestilah ada pengantin. Ya, pengantin itu ialah saya dan seorang lagi pengantin lelaki. Gambar dirahsiakan untuk melindungi statusnya yang sudah berkahwin.
Bubur lambuk yang telah siap akan diberikan kepada pemandu-pemandu yang melalui jalan raya tersebut. Kira macam kami buat amal di bulan Ramadhan dan hari Jumaat (10 Mei 2019).
Apa yang saya nak kongsikan bukanlah setakat itu. Saya nak kongsikan apa yang saya rasakan untuk tempoh tersebut.
Seperti semua sedia maklum, saya seorang penulis. Mestilah saya ada berangan-angan. Saya dah reka cerita saya sendiri mengenai pengalaman ini. Haha.
Saya tak pernah terfikir untuk berkahwin semuda ini. Dalam sekelip masa sahaja, saya sudah berada di pelamin itu dengan memakai busana pengantin, ditambah dengan wail pengantin. Bukan itu sahaja, saya memakai inai seperti pengantin dan turut teruja, pengantin lelaki juga memakai inai di 3 jarinya. Boleh bayangkan tak bagaimana rasanya bila balik sahaja hubungan itu berhenti sekelip mata. Bertemu sekelip mata, berpisah pun sekelip mata. Namun, setidaknya meninggalkan satu kenangan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Tangan masih berinai. Paling kurang mungkin seminggu dihurung rasa yang tidak pasti sehinggalah inai itu hilang sepenuhnya.
Bayangkan, bagaimana unttuk menghadapinya selepas ini? Saya bukannya terlalu sporting orangnya. Boleh berlagak seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Menipulah untuk saya katakan yang saya tidak ada apa-apa perasaan meskipun lelaki itu telah berkahwin. Serius, memang ada sedikit.
Namun, bukanlah saya mahukan dia sesungguhnya. Ia hanyalah dongeng semata-mata. Sudah semestinya seorang perempuan hanya ingin kasihnya hanya seorang lelaki. Bukannya lelaki yang berkongsi kasihnya dengan dua perempuan atau lebih. Tapi, saya juga tidak menafikan memikirkan perasaan isterinya sekiranya ia benar-benar terjadi.
Sejujurnya, saya tidak patut melakukannya. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang tidak boleh dibuat main-main. Kalau dulu, kanak-kanak sering bermain menjadi pengantin bersama-sama kawan-kawannya. Mungkin itu tiada masalah kerana umur ketika itu tidak matang. Namun, diumur meningkat dewasa ini, sudah pasti matang untuk memikirkannya.
Masih saya ingat, malam sebelum majlis berlangsung. Saya berdebar-debar meskipun ini hanya lakonan. Saya menyedari yang saya akan dikenali ramai selepas ini. Mungkin saya akan diusik dengan gurauan-gurauan manja, tak terlepas juga gurau-gurauan kasar.
Sudah pasti, saya tidak akan melupakan pengalaman ini. Pengalaman yang sepatutnya dirasai sekali seumur hidup namun saya merasakannya dulu sebelum masanya. Mungkin saya seorang yang terlalu memikirkan sesuatu yang kecil namun yang kecil itulah memberi impak yang besar dalam hidup saya.
Salam Ramadhan
11 Mei 2019
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.