Thursday, May 30, 2019

Global Volunteer di Bursa, Turki melalui AIESEC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Moga semua pembaca dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.

Alhamdulillah, sudah masuk bulan Ramadhan. Masuk hari ini sudah 23 hari kita semua berpuasa.

Global volunteer atau kesukarelawan antarabangsa adalah program yang saya daftar awal bulan April yang lepas.

Sumber: https://aiesec.org/

Masih ingat lagi post ni Jodohku Orang Turki. Haha, jadi post ni salah satu semangat saya untuk ke Turki. Tapi jangan salah faham. Tujuan saya ke Turki bukannya nak cari jodoh ke apa tapi untuk merasai keindahan negara Turki semasa musim sejuk. Tak sabarnya... hehe

Bagaimana semuanya terjadi? Saya sudah tahun akhir dan sudah semestinya banyak kelebihan ke luar negara semasa berstatus pelajar. Ada banyak diskaun dan juga boleh mohon penajaan.
Sejak hari pertama saya mempunyai passport, saya dah berjanji untuk ke luar negara setiap tahun. Tempoh passport adalah selama 5 tahun yang bernilai RM200. Rugi kalau pergi ke luar negara satu kali sahaja.

Alhamdulillah semenjak masuk tahun pertama sebagai pelajar sarjana muda (bacelor/degree), sudah 3 kali saya ke luar negara iaitu Yogyakarta, Hong Kong dan Krabi. Hanya tahun ini saya tak dapat ke luar negara. Rancangnya saya nak ikuti program Turkçe Yaz Okulu (Turkish Summer School) yang dianjurkan oleh Yunus Emre Enstitüsü (YEE). Namun, tiada apa-apa berita atau pengumuman mengenai penganjurannya tahun 2019. Jadi, tak dapatlah saya ke luar negara untuk tahun 2019.

--------------------------------------------------------------------------------
Haha, I just see the YEE website, then the event is available. But, the name is different. Allah Allah. I'm crying now. Huhu. Let's do next year then.

Even I missed the due date, but all three summers school offered not suitable for me. There are a few qualification need to match to able join the program. And only one participant for each country. Need to be lucky then.

The program needs to register on 27 March - 25 April 2019 using this link Basvuru.
The program is held on 22 July - 4 August 2019.

There are 3 programs offered which are,
1. Archaeology Summer School 2019 (Çanakkale, Izmir, Şanlıurfa, Gaziantep, Ankara, Çorum and İstanbul)
2. Turkish Literature Summer School 2019 (İstanbul)
3. Turkish Cinema Summer School 2019 (İstanbul)

I hope I can join the Literature school but I need to pass the B2 Turkish exam first (TYS). InshaaAllah.

From this website, Turkish Proficiency Exam, have three certificates. The basic is B2, the medium is C1 and the highest is C2.

The exam is held 3 times every year.

1. January (register on December)
2. May (register on March - April)
3. September (register on July - August)
---------------------------------------------------------------------------------

Perkara yang berlalu, tak perlulah ditangisi. Pasti ada hikmah atas segala yang berlaku. Dan boleh jadikan plan saya untuk masa akan datang.

Jadi, begini proses untuk mengikuti program ini. Semua universiti di seluruh negara ada wakil AIESEC masing-masing. Sebelum tu, saya nak ceritakan apa itu AIESEC. AIESEC adalah satu organisasi bukan mencari keuntungan yang dikendalikan oleh para pelajar atau remaja. Apa yang AIESEC buat ialah dengan mengadakan aktiviti kesukarelawan, aktiviti praktikal, dan bakat peringkat antarabangsa kerana penglibatan pelajar antarabangsa. Kesukarelawan ini dikaitkan dengan 17 nilai matlamat pembangunan yang mampan. Atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris ialah "The Sustainable Development Goals" mengikut Negara Bersatu (United Nation).

17 nilai tersebut adalah

Sumber: http://unsdsn.org/

1. Tiada kemiskinan
2. Kelapara sifar
3.Kesihatan dan kesejahteraan yang baik
4. Pendidikan berkualiti
5. Kesaksamaan jantina
6. Kebersihan dan air bersih
7. Tenaga yang berpatutan dan bersih
8. Pertumbuhan ekonomi dan kerja yang baik
9. Inovasi dan infrastruktur industri
10. Mengurangkan ketidaksamaan
11. Bandar dan komuniti yang mampan
12. Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
13. Tindakan iklim
14. Hidupan bawah air
15. Hidupan atas darat
16. Keadilan, keamanan dan institusi yang kuat
17. Perkongsian untuk matlamat

Itulah kesemua nilai yang ada. Nilai yang saya pilih adalah nilai ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.

Sumber: https://sustainabledevelopment.un.org/sdg4

Cara untuk memohon mengikuti aktiviti kesukarelawan adalah mudah.

1. Mental dan fizikal yang kuat.
2. Mempunyai kewangan yang cukup. Jika tak cukup, pastikan sudah ada rancangan dalam mengumpul dana. Sama ada duit simpanan, kerja sambilan dan penajaan dari keluarga, kawan, universiti atau syarikat. Tidak semua projek adalah berbayar. Namun kebanyakan projek memerlukan yuran untuk mengikutinya. Paling kurang RM600.
3. Fahami maksud sukarela, matlamat AIESEC dan matlamat "The Sustainable Development Goals" (SDG).
4. Baca artikel di laman sesawang ini SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS untuk mengetahui lebih lanjut mengikut nilai-nilai yang ada.
5. Fahami cara AIESEC bekerja dengan baca What is AIESEC?

6. Daftar masuk dan log masuk di AIESEC.
7. Tekan butang 'Explore' untuk lihat semua projek yang ada.

Tiga produk dari AIESEC

8. Dekat bahagian 'Product' ada 3 jenis iaitu Global Volunteer, Global Talent dan Global Entrepreneur. Untuk aktiviti kesukarelawan, pilih Global Volunteer. 'Product' ini tidak memberikan gaji. Global Talent dan Global Entrepreneur akan dapat gaji tetapi ia lebih kepada pekerjaan dan terdapat syarat-syarat yang perlu ditepati. Global Volunteer lebih terbuka dan kebanyakannya menerima peserta dari berbilang negara. Tempohnya ada selama 6 minggu, ada juga 12 minggu.
9. Pilih bila dan di mana. Kemudian tekan search. Sebolehnya, pilih sebanyak mungkin dan bandingkan antara semua projek yang ada. Boleh tekan bintang yang bertulis 'Save as Favourite' untuk menyimpannya terlebih dulu dalam akaun.
10. Bagi saya, sebelum tekan 'Apply Now', tanya dulu pengalaman dari peserta-peserta yang pernah join untuk projek tersebut. Pada kebiasaannya, setiap tahun akan diadakan projek yang sama walupun kadang-kadang berbeza nama. Cara nak cari, mudah sahaja. Ada di YouTube, mungkin di blog atau dimana sahaja. Tanya dahulu apa aktivitinya dan perkara yang kita nak tahu tentang projek tersebut. Yang penting juga, ketahui siapa wakil AIESEC di universiti anda dan hubungi mereka untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
11. Tengok yuran yang diperlukan. Anda kena sediakan duit tersebut. Kerana setelah anda lulus temuduga, anda akan dikehendaki untuk membayar dalam masa 3 hari.

Source: https://news.utm.my/2018/03/volunteer-abroad-with-aiesec/

Ini proses yang sebenar untuk memohon mengikuti projek kesukarelawan AIESEC!

1. Lengkapkan maklumat diri. (Hal ini penting untuk pihak AIESEC mengetahui latar belakang kita)
2. Tekan 'Apply Now'. (Kebiasaannya dalam masa seminggu akan dapat emel dari AIESEC).


3. Kita akan dapat e-mel yang memaklumkan permohonan kita telah diterima dan perlu menghubungi AIESEC tempat yang kita akan pergi. Contohnya saya ke Bursa, jadi AIESEC Bursa yang akan beri e-mel kepada kita. Dia akan beri nombor telefon untuk kita hubungi melalui WhatsApp atau dalam Skype.




3. Simpan nombor tersebut dan kenalkan dalam WhatsApp dengan ayat sebegini. Ini contoh sahaja.




4. Pada waktu yang sama, maklumkan juga kepada wakil AIESEC di universiti kita. Kalau saya, UPM.
5. AIESEC dari tempat yang kita nak pergi tu, akan maklumkan yang dia nak buat interview. Jadi, dalam waktu ni, banyakkan membaca dan ketahui apa kelebihan dan kelemahan kita. Jadi, bila dah sedia, tak ada masalah bila dia minta buat video call. Ada juga yang minta buat video, dan hantar pada mereka. Jadi, bersedia je lah.



Disebabkan saya terlepas untuk membuat video call, oleh kerana waktu Malaysia dan Turki yang jauhnya 5 jam. Maka, wakil AIESEC Bursa meminta saya untuk menjawab soalan yang dia beri dan rakamkan. Alhamdulillah, saya pun menjawab soalan itu dengan rakam dalam video. Saya ada hantarkan di YouTube juga untuk membantu sesiapa yang berminat nak join.




6. Dalam masa seminggu atau paling awal 3 hari, kita akan dapat whatsapp dari wakil AIESEC UPM yang mengatakan kita telah lulus dalam temuduga. Waktu ni, saya bersyukur sangat. Alhamdulillah. Waktu ni, saya dah ada duit untuk bayar yuran sebanyak RM600.



Akan bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me