Saturday, March 10, 2018

Sözlerimi Geri Alamam







Gambar dekat atas tu menggambarkan perasaan saya dalam senyap. Hehe. Kalau lihat, ada gambar perempuan rendah dengan lelaki tinggi. Itulah saya dengan dia. Tinggi saya 145 cm dan dia 175cm. Banyak beza kan? 

Assalamualaikum pembaca semua.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas dengan sempurna.
Beberapa hari yang lepas, saya kurang sihat. Masuk angin sikit perut saya ataupun saya terlebih makan. Macam itulah ceritanya. Sebelumnya, saya makan makanan yang mahal sikit, jadi saya cuba untuk habiskan makanan tersebut. Pada hari itu juga, saya memberitahu mengenai si dia kepada kawan rapat saya. Seolah tidak ingat dunia saya bercerita tentangnya pada kawan saya. Jadi, kiranya waktu saya makan, pada waktu sama mulut saya ni tak habis-habis bercerita. Tengah bercintalah katakan. Hehe.

Namun, saya sedar. Allah beri kita rasa sakit supaya kita ingat kembali tujuan kita di dunia ini. Insaf jugalah.

Kenapa saya terlalu memikirkan tentang dia sedangkan ibu bapa sendiri pun tak sebegitu kau ingat? Siapa dia untuk kau ingat lebih-lebih? Suami ke? Habis tu, ibu bapa kau letak mana?

Nak bercinta tu, boleh. Tak salah. Namanya pun fitrah. Tapi biarlah berpada-pada. Cintailah dia seadanya. Selagi dia bukan suami, dia bukanlah siapa-siapa.

Saya pun sedar perubahan yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Boleh dikatakan saya ni terlalu berharap. Sis sedar sikit, siapa dulu yang mula? Dia atau kau? Dia kan? Habis tu, dah kenapa kita pula yang berlebih? Nak kena lagi sekali ke? Kau tahu kan bertapa peritnya rasa kecewa itu?

Saya kata sebegini kerana saya mengharapkan dia mesej saya setiap hari. Jadi, bila terlalu excited, begitulah yang terjadi. 

Saya nak berubahlah kawan-kawan. Supaya jadi sabar sikit. Biar lelaki yang mulakan dulu. Selagi dia senyap, biarkan mereka. Mereka ada kehidupan. Begitu juga saya. Nanti, bila dah jadi suami, barulah boleh nak mengongkong ke apa. Tapi bukan sekarang, ok?

Dua hari saya tak buka instagram & mesej dengan dia. Dengan harapan saya dapat kawal perasaan yang berlebihan itu supaya menjadi sederhana. Harapnya dapat maintain. Doakan sis. Terima kasih.

Doakan hubungan kami mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak. 
Saya rindu mak ayah saya di rumah. Dan lagi satu, rindu dekat keluarga dia. Haha, pelik juga ada perasaan begitu. Oh ya, dia dah tunjuk gambar keluarga dia dekat saya. Ada kakak, emak dan nenek. Ayah? Saya tak tanya lagi. 

Akhir sekali, sis belanja sikit translation dari lagu untuk tajuk di atas. 

Sözlerimi Geri Alamam
(Saya tidak dapat tarik balik kata-kata saya)

Sözlerimi geri alamam
Yazdığımı yeniden yazamam
Çaldığımı baştan çalamam
Bir daha geri dönemem

Saya tidak dapat tarik balik kata-kata saya
Saya tidak dapat tulis balik tulisan yang pernah saya tulis satu masa dulu
Saya tidak dapat memutarkan semula perkara yang telah berlaku
Sata tidak dapat patah balik

....

Saya dengar lagu ni dari cerita teledrama Kiralik Aşk pada episod akhir iaitu episod 69.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me