arkadaşım hayırlı olsun
(have a good life, my friend)
Assalamualaikum semua.
Hari ini genaplah 16 minggu Mr Kemal sudah berkahwin dengan pilihan hatinya. 16 minggu membawa hati saya yang lara. 16 minggu untuk saya benar-benar mengenal erti 'move on'. 16 minggu yang sama tempoh masa perkenalan kami. Secukupnya satu semester perkenalan saya dengan dia. Perkenalan pertama yang berbeza negara. Perhubungan jarak jauh yang pertama. Jauhnya sehingga jarak masa antara saya dan dia ialah 5 jam. Begitulah pengalaman pertamaku menjalani percintaan jarak jauh.
Saya tidak pasti apa hubungan yang kami lalui. Nak kata kawan, mungkin ya. Nak kata bercinta, mungkin ya dan tidak. Yang pasti hubungan kami diantara kawan dan cinta. Itulah katanya.
Nak cakap lebih pun benda dah jadi. I just need to let it go and start a new story. Ada satu perkara yang saya ingin nasihat kepada pembaca semua.
Percintaan jarak jauh atau bahasa inggeris dikenali dengan singkatan LDR bukanlah perkara yang mudah. Terutama sekali apabila komunikasi tiada. Yang paling teruk ialah bila kedua-dua insan ini tak beritahu niat yang sebenar mereka berkawan. Ada orang berkawan kerana mereka mahu meluangkan masa. Ada orang berkawan kerana nak cari pasangan yang serasi dengan mereka. Ada orang berkawan kerana ingin melupakan yang lama dan menggantikan yang baru. Memang sukar untuk mengatakan apa tujuan kita sebenar dalam berkawan. Diri sendiri pun masih terumbang ambing dalam mencari jawapan yang benar atas dasar apakah kawan itu.
Cinta itu memang akan hilang dan pergi. Tetapi kenangan itu akan tersimpan dalam hati. Move on bukanlah bererti melupakan tetapi melepaskan sesuatu yang bukan milik kita dan menerima hakikat yang sebenar bahawa Jodohku Orang Turki hanyalah khayalan saya semata-mata. Kita merancang, namun Allah jualah sebaik-baiknya perancang. Pertemuan saya dan dia terhenti di sini.
Sebagai penutup, kami berpisah cara baik. Dia mengatakan dia telah menjumpai teman hidupnya dan berharap hubungan saya dan dia masih lagi seperti kawan. Tetapi tidak semudah itu untuk kita menganggap kawan setelah pernah melalui rasa suka pada dia.
Sedangkan saya memerlukan masa 10 tahun untuk melupakan cinta monyet yang diangap cinta sejati. Inikan pula baru 16 minggu. Haha.
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.