Tuesday, January 1, 2019

Review Hidup 2017 & 2018

Leave (dedaun) atau leave (melepaskan)

Tahun baru 2019 sudah tiba tetapi review 2017 masih tidak tertulis. Haha. Jadi, saya akan gabungkan kedua-dua tahun 2017 dan 2018 dalam tulisan kali ini. Haha.

Bagi saya, dua-dua tahun ini amat mencabar. Tidak kiralah dari segi pelajaran, kawan atau cinta. Haha. Inilah tahun dimana saya berumur 21 & 22 tahun. Serius memang mencabar. Saya tak dapat lupakan bagaimana akhirnya saya menjadi aktif dalam mengumpul kawan dalam internet. Bagaimana akhirnya saya berubah dari introvert ke extrovert. Barangkali saya seorang ambivert. Bagaimana akhirnya saya begitu yakin dan percaya seseorang foreigner tidak kira secara online atau offline.

Saya tidak mampu untuk menceritakan secara terperinci apa yang saya lalui dalam tempoh dua tahun ini. Mungkin saya tidak rancang sebaik mungkin. Hanya ikut sahaja arah yang datang.

Saya tidak mempunyai planner. Untuk tahun 2017, saya sibuk menjaga planner sebuah organisasi iaitu saya seorang Setiausaha Agung untuk Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor (MTM KC) bagi sesi 2017/2018. Sehingga saya tidak sempat menyediakan planner saya sendiri. Saya, semahunya ada sebuah planner seperti ketika saya seorang Pengerusi Pengawas bagi Pusat Sumber Sekolah yang ketika itu saya berusia 17 tahun. Jadi, memang saya tak sempat mencatat sejarah hidup ketika berumur 21 & 22. Untuk dua tahun ini, saya banyak menangis. Haha. Mungkin terlalu memikirkan cinta. Mungkin itu normal bagi saya yang seiring waktu meningkat dewasa. Tidak dinafikan soal cinta pasti ada di dalam minda.

Untuk hari-hari terakhir dalam tahun 2018, saya sempat berubah untuk seketika. Dan sehingga saat ini, menjadi satu cabaran bagi saya untuk mempertahankannya.

Saya terfikir, betapa saya terlalu mempercayai seseorang yang saya tidak pernah lihat apalagi untuk mengetahui perangai sebenar seseorang itu. Betapa banyaknya lelaki yang saya dah bagi harapan. Nak kata Playgirl tu tidaklah cuma kadang-kadang tiada istilah untuk situasi saya. Haha.
Saya memang tidak bagi harapan. Malah harapan itu hancur dengan sendirinya. Dan sayalah yang menanggungnya.

Saya juga terfikir, jika tahu kalau perempuan dan lelaki itu tidak boleh berkawan melainkan salah seorang akan ada perasaan terhadap kawannya sendiri, kenapa memulakan persahabatan antara dua jantina ini?

Saya juga terfikir, bagaimana mudahnya berkongsi perihal peribadi dengan seseorang tidak dikenali apalagi di sosial media seperti Instagram, Facebook dan pelbagai aplikasi yang saya pernah cuba.
Dan yang paling saya sedih, mudahnya memberi nombor telefon pada orang lain. Kebanyakannya lelaki yang suka mengambil nombor telefon. Perempuan jarang sekali. Saya tidak menyalahkan mereka yang ada nombor telefon saya. Mungkin itu salah saya semudahnya memberi mereka nombor telefon.

Kenapa nombor telefon perlu diberi kepada orang tertentu sahaja? Ada dua perkara yang saya rasakan amatlah perlu untuk memberi nombor telefon pada yang berhak. Satu kerana dengan nombor telefon dan tambah dengan penggunaan aplikasi WhatsApp, seseorang boleh lihat kita online dan seterusnya mengganggu pada waktu-waktu yang bagi kita, kita perlukan kebebasan daripada sering disoal atau menambah beban dan negatif dalam hidup kita. Alasan kedua ialah dengan nombor telefon, seseorang itu mudah dijejak atau kata lain, nak chat sekarang, dan waktu itu juga kita terhubung. Bayangkan seseorang yang bukan menjadi keutamaan kita. Keutamaan yang saya maksudkan ialah seperti keluarga, guru-guru, classmate dan rakan kerja. Mereka perlukan interaksi yang segera. Dan bila adanya segelintir yang bukan menjadi keutamaan kita untuk memberikan interaksi segera, hidup kita akan jadi seperti terkongkong ataupun rasanya seperti kita akan membuang masa untuk membalas. Kalau balas-balas, dapat aura positif, tak apalah. Ni pula bagi aura negatif, siap tegur yang bukan-bukan. Memang akan mengganggu hidup. Apalagi dengan situasi saya sebagai seorang pelajar tahun akhir. Jadi pelajar tahun akhir tu, saya tak kisah sangat. Tapi Final Year Project (FYP) yang buat saya terumbang-ambing. Haha.

Saya dah 2 minggu tak buka Instagram dan segala macam aplikasi yang melibatkan interaksi dua hala. Youtube je saya buka. Haha. Itu pun sebenarnya dah buang masa juga. Tapi asalkan tidak ada interaksi. Itu sudah cukup bagi saya. InshaaAllah akan diteruskan sehingga saya selesaikan thesis. Setelah itu, barulah saya fikirkan semula untuk berinteraksi dengan ramai orang. Yeay!!

Doakan saya dapat siapkan thesis dan inshaa Allah tahun 2019 menjadi tahun dewasa untuk saya.
Lebihkan yang utama, kurangkan yang sampingan.

Itu sahaja review saya. Terima kasih 2017 dan 2018. Tahun yang mengajar saya bila umur meningkat, kita lebihkan masa dengan kawan berbanding keluarga dan yang pastinya sibuklah dengan sosial media. 21 dan 22, selamat tinggal. 23, ayuh berpimpin tangan menuju ke masa hadapan. Menggenggam dunia.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me