Gambar hiasan |
Lewat sikit saya post kali ni. Waktu malam gitu. Ada sense of emotional sikit.
Apa orang kata masa macam ni, memang mudah untuk kita luahkan perasaan kita.
Alkisahnya begini.
Awak semua kenal saya sebagai penulis kan? Atau kenal saya sebagai watak lain? Haha.
Ramai yang mesej, komen dan macam-macam medium yang mereka lakukan dan bertanya pada saya bila nak sambung menulis. Jawapan saya pasti, inshaa Allah bila ada idea.
Masalah sekarang ialah idea tu ada je sebenarnya. Tapi hati untuk merelakan atau tidak untuk menulis. Kenapa saya kata sedemikian?
Apa yang kamu baca, itulah diri saya. Kamu kenal watak ni macam ni, watak tu macam tu, itulah refleksi diri saya. 'Kejujuran' itulah masalah saya.
Baguslah untuk berlaku jujur tetapi bukan untuk semua benda kan?
Kejujuran adalah perkara yang baik jika kita pandai untuk mengawalnya. Siapa je yang tak suka kalau kita jujur? Lebih-lebih lagi dalam satu perhubungan. You see what I mean? It's come again.
Jadi marilah saya jujur untuk kali ni sahaja. Tentang satu rahsia. Untuk skop penulisan. Bukan skop lain. Saya ulang skop PENULISAN.
Saya tahu ramai suka part cheezy atau lebih terang bahagian mature content atau lebih terbuka bahagian sex. Inilah elemen yang ada dalam novel Kau Tetap Isteriku. Saya terhenti untuk sambung menulis disebabkan elemen ini.
Saya bergelut dengan hati dan minda saya. Jadi, I end up watching prohibited video, yeah you know right? Tapi betul ke tindakan saya ni? Sudah pasti salah kan? Dan bila saya sedar semuanya salah, saya cuba perbaiki diri saya. Jadi yang lebih baik.
Takkan saya nak tambah dosa kamu semua baca novel yang begitu. Bukan sahaja kamu. tetapi diri saya juga. Nak berulang melakukan sesuatu yang kita sendiri tahu salah.
Jadinya, novel itu tidak akan bersambung lagi sehinggalah saya bakal berkahwin kelak. Let me feel it with halal one.
Mungkin ini diri saya. Bukan diri penulis lain yang dapat membahagikan antara kehidupan dan watak dalam sebuah novel. Saya tetap saya walau dalam novel.
Yeah, semestinya ada yang sedang berduka. Biar betul nak stop jadi penulis?
Haha. Wait! Saya tak akan berhenti jadi penulis tetapi saya akan mengubah hala tuju. Mungkin dalam penulisan ilmiah? atau lebih kepada genre yang tidak mengaitkan dengan kelemahan saya seperti cinta? What is life without love?
0 comments:
Post a Comment
Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.