Wednesday, January 3, 2018

Hati yang berbunga..

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi.

Alhamdulillah dah masuk tahun baru. Yeay!!!

Image result for bagi bunga
Kali ni saya tak nak cakap pasal azam mahupun kenangan tahun 2017. Post tu saya buat lain kali. Untuk post kali ni, saya nak kongsi sikit perasaan saya. Cuba teka apa dia? Hehehe (tutup muka)
Apa? Cinta? Haha. Betul!

Saya sedang dilamun cinta semua. Muah muah. Ya Allah, indahnya..
Tapi dalam waktu yang sama, dalam dilema juga. Sebabnya, sekarang dalam proses rindu gitu.
Selain itu, orang yang saya cinta ni dah mula bekerja. Dia sudah bekerjaya hampir tujuh tahun. Jadi, susah sikitlah kami nak dating. Haha, istighfar nak! Tak adalah dating. Kami tak pernah ok. Kami hanya kenal di media sosial dan hanya beberapa kali telefon.  Jadi, bila dia kerja, waktu kerja dia tak menentu gitu. Jadi susahlah nak chat atau call pada bila-bila masa. Kena buat appointment tau. Haha. Betul ke begini kalau sibuk sangat? Kerja apa tu?

Jangankan semua nak tahu, sebab saya pun tak tahu. Masih dalam pengenalan, jadi tak banyak benda yang saya tahu pasal dia. Nama pun saya tahu nama manja dia je iaitu Mr. E. Tak boleh beritahu lebih-lebih nanti dia terbaca pula. Malu pula dia nanti.

Tapi empat hari yang lepas, kami lost contact sekejap. Asalkan saya call mesti voice mail. Macam ada yang tak kena. Tapi, jangan risaulah. Haritu pun kami lost contact juga. Baik-baik saja. Kadang-kadang bila kita nak masuk dalam kehidupan seseorang, perlukan masa untuk adapt dengan perubahan yang ada. Misalnya, biasanya kalau kita nak buat sesuatu, kita senyap je. Buat je tanpa beritahu orang lain. Tapi lain pula ceritanya bila dah ada teman. Semua benda dia nak tahu. Mula-mula tu runsinglah juga. Sebabkan ni percintaan saya yang bukan pertama tapi yang pertama bila lelaki yang mulakan dulu, jadi saya akan bersikap terbuka. Tak lagi berlapik-lapik bila cakap. Penat nak jaga hati orang memanjang. Nilah perubahan saya untuk tahun 2017. Pernah je saya cakap dekat Mr. E yang saya runsing bila dia asyik call saya. Nampak sikitlah dia merajuk. Tapi, saya tak layan. Sorry Mr. E. Tapi, saya tersedar sesuatu. Kalau setakat kawan, mana ada call banyak kali, saya katalah dekat dia, awak suka saya ke?


Hahahaha… saya tak sangka saya sebegitu berani bercakap sedemikian. Dan, on the spot dia kata, sukalah. Tapi waktu tu, saya dalam keadaan marah, tak perasan sangat. Fikir biasa je lah. Saya katalah dekat dia, macam mana boleh suka kalau tak pernah jumpa. Dia on the spot juga kata, kalau macam tu, mari kita jumpa. Saya juga on the spot cakap, daripada jumpa saya, lebih baik jumpa terus mak ayah saya, tapi awak dah ada tabungan ke? Dia jawab, tak ada. Saya jawab, awak kenalah ada tabungan dulu. Saya pun menabung. Saya tak rasa apa-apa waktu tu, tapi lepas saya fikir semula, saya umpama reject dia. Sorry once again Mr. E. Tetapi yang sebenarnya, saya terkejut untuk menerimanya dalam masa sehari je. Saya tak boleh nak tangkap apa maksud dia disebaliknya.

Jadi, pembaca semua doakan yang terbaik lah untuk saya, okay?
Nak tanya pendapat semua, kalau umur dia tua 9 tahun dari saya, agak-agak boleh serasi ke kami ni? Kalau ada pendapat, komen je lah. Mana tahu ada pengalaman sendiri yang ingin dikongsi.

0 comments:

Post a Comment

Komen daripada pembaca amat dialukan-alukan.
Sebutir kata yang dihasilkan boleh mengubah seseorang kepada yang lebih baik.

About Me